Tak apa orang rendah, anggaplah kita golongan comel. ^_^

Satu.

Aku tengah urut kaki kat Teluk Chempedak. Setengah jam RM25. Aku ambek setengah jam je lah. Lagipun orang bayarkan.

Tukang urut : Lapar la.. Asyik rasa nak makan je. Dulu saya ni badan tak de la macam ni. Kurus kering je. Sekarang macam ni dah ha..
Tukang urut aku ni badan dia berisi..

Aku : Samalah kita.. Saya dulu pun kurus je.. Badan start naik lepas habis sekolah lah.. 
Si tukang urut pun bercerita lah. Dia kata beli kena beli seluar mahal. Kalau yang murah tak fix dengan cantik lah dekat kaki. Aku pun ia kan je lah.. Sembang punya sembang.

Tukang urut: Belajar lagi ke?
Aku : Ha ah..
Tukang urut : Sekolah mana?
Aku : Err.. belajar kolej..
Tukang urut: Umur berapa?
Aku : Dua puluh dua.
Tukang urut : Haaa??? Betul ke?
Aku : Ye la, dah tu awak ingat saya umur berapa?
Tukang urut : La, ingat lapan belas. Baru habis sekolah.. Badan kecik je.
Aku : HAHAHAHA.. Awak umur berapa?
Tukang urut : Saya lapan belas.
Aku: Owhhh.....

Serius aku ingat dia dah kawen.

Tukang urut : Tapi badan macam dah kawen kan. Untunglah macam akak ni badan kecik.
(Macam tahu pulak apa aku cakap dalam hati.)

Dalam hati aku, aku badan macam ni pun dikatakan kecik?? Mungkin kecik pada dia kot maksudnya. Tettt...

Dua.

Aku lepak rumah Zyra kan dua hari last week. Kawan-kawan adik dia (kawan Aziq) suruh kirim salam..

Azad, adik bongsu Zyra,
"Tu kakak lah bodo!!"

Malam tu datang lepak lagi bebudak tu. Yang sorang tu baru habis sekolah lepas SPM.

"Bagi la Twitter diaorang."
"Kepala hotak kau.. Dia tu kakak lah."
"Ye ke? Umur berapa?"
"Dua puluh dua lah!"
Lepas tu diorang ketawa sebab malu sendiri. Aku sekali malu sebab dah tua. HAHAHA!

Tiga.

Aku jumpa Nurul lepas habis kelas kat depan kolej. Cakap-cakap dengan dia. Balik tu dia cerita.

Kawan Nurul : Siapa tu?
Nurul : Satu bilik dengan aku..
Kawan Nurul : Owhh. Sem berapa?
Nurul : Eh,dia nak habis dah.. Sem lima.
Kawan Nurul :Eh, cepat nya dia habis. Budak lagi.
Nurul: Budak kau kata? Tahu tak umur dia dah dua puluh dua. Kau jangan nak cakap macam tu eh depan dia. Kang dia perasan! 

HAHAHA..

************************
Aku tahu kenapa orang ingat aku budak sekolah. Sebab aku rendah. Arghhh!
Tapi kalau fikir positif bagus jugak, macam awet muda gitu kan. Paling tak best kalau kena kacau dengan budak rempit yang bajet dah dewasa tu. Nak je cakap, aku ni kakak lahh!!

Ok,baik mengaku siapa tanya ni kat ask.fm aku? Sensitif tau.. HAHA

Tak pe,tak pe.. Aku bersyukur je dengan tahap kerendahan aku ni.. Even dibuli seperti budak sekolah aku pasghah bak kata Lisa Surihani.. Ermmm..

Aku faham perasaan orang-orang tak berapa nak tinggi ni. Kalau badan berisi sikit terus nampak kerendangan nya tu.. Bila kurus sangat macam tak cukup makan pulak sebab jadi mengecut. Dah la rendah,pastu kurus, mengecut je kan.. Ala, orang tinggi pun ada masalah dia juga, tak boleh nak pakai kasut tinggi-tinggi sangat, seluar pun susah nak cari jugak.. Bersyukur je la kan.. Positif je.. Hekhek..

;p





2 comments:

Zakia said...

Bagus la wei..kalau ko kahwin nanti anak-anak ko macam sebaya dgn ko je..hehe..betul, kalau kecik ni senang cari saiz..kawan aku tinggi, paling susah nak cari saiz kasut. Kalau kecik2 ni gi kedai kasut takyah suruh salesgirl amik kasut, dah boleh try yg kat rak..hehee

nyna amani said...

Haha,mesti anak-anak aku lagi tinggi dari aku.. Ha ah, kaki aku size 36. Kalau kasut budak size paling besar aku boleh pakai. Tp ada jugak yg badan kecik tapi kaki besar..