Teringin nak..

Setiap orang mesti ada benda yang dia sebenarnya teringin nak buat.

Google
Aku teringin yang amat sangat sebenarnya nak naik hot air balloon. Aku start teringin masa aku sekolah rendah lagi. Aku tengok drama orang puteh. Tak ingat dah apa. Rasa macam sweet and awesome gila lah kalau duduk atas tu. Even aku gayat,keinginan tu tetap jadi keinginan sampai sekarang.



Sebenarnya aku suka panjat bukit or gunung. Tapi buat masa ni aku baru lepas panjat bukit. Nak panjat gunung bukannya senang. Kena ada skills kan. Lagipun aku rasa aku tak mampu kot pasal aku semput. Jadi,dari situlah aku terfikirkan rock climbing yang indoor punya. Nak rock climbing outdoor memang tak mampu lah. Tak pasal semput menyusahkan orang nak kena angkut. Hari tu ada pasal rock climbing indoor ni kat TV1. Ternganga-nganga aku tengok TV. Bukan main khusyuk Padahal selama ni tak pernah-pernah nak mengadap TV1 tu..

Sebenarnya aku suka benda-benda macam ni dari kecik lagi. Tapi ayah aku memang tak akan bagi lah kan. Macam pergi panjat Bukit Broga tu,mana bagi tahu dia. Dah panjat baru cakap. Emak pulak tak bagi pasal aku asthma. Dia risau tu je..

Ada ba...nyak lagi sebenarnya aku teringin nak buat. Dulu masa PLKN tak puas flying fox semua tu pergi pulak Kem Bina Negara. Masa tu ada dua pilihan,sama ada nak flying fox or rock climbing. Disebabkan rock climbing dia macam tak best sangat, aku pilih flying fox. Masa PLKN flying fox yang duduk punya. Yang kat KBN lagi best. Kita duduk macam terbang. Mula-mula dia macam hempas kita ke bawah,lepas tu baru bergerak. Masa hempas tu (bukan hempas sampai bawah!), rasa macam nak terkeluar jantung. Lepas tu terus buat gaya superwomen terbang. Budak laki lagi lucu. Buat aksi superman,spiderman,ultraman semua ada.. Budak perempuan malu-malu sikit.

TAPI, jangan ajak aku naik roller coaster dan sewaktu dengannnya. Yang buat segala usus nak terkeluar. Tak berani!!
DAN,jangan heret aku ke tengah laut. Aku takut laut. Aku suka pantai. Duduk-duduk basahkan kaki je. Nak mandi or main air laut memang tidak sama sekali.

Manusia memang pelik. Akulah tu.

Happy Birthday to My mom!
I love you so much!
:D



2 comments:

Zakia said...

Aku pun teringin nak naik hot air balloon.. Rock climbing dah penah dah.. Sangat best!! anyway, Happy birthday to ur mom. Semoga sihat selalu :)

nyna amani said...

Best kan? Thanx Zakia.. :)