Aku menghalakan cursor dan menekan simbol message itu. Inbox dari seseorang yang tak tahu kenapa buat jantung aku seperti jatuh tergolek dari paksinya. Aku balas dalam senyum. Mesej semalam rupanya, dan waktu itu dia tak online.
Aku bukak profile dia. Tengok status relationship. Ohh,still lagi dengan gf dia.. Aku senyum. Kemudian mengalihkan cursor arah picture. Amboi Nina,sejak bila jadi stalker. Aku lihat gambar-gambar dia yang rasanya aku dah pernah lihat sebelum ni. (Sebab dia bukan pengguna facebook yang tegar).Senyum lagi.
Malam itu, kenangan semasa aku empat belas tahun itu menari-nari diruang fikiran. Tersenyum lucu dalam indah kenangan.
Esoknya aku seperti tak sabar-sabar nak bukak Facebook lagi. Padahal, sejak berkenalan dengan Twitter, aku dah semakin melupakan Si Facebook. Kali ni, tab pertama adalah Facebook.
Yes! Ada balasan dari dia. Aku senyum lagi. Tapi kali ini aku tidak berniat untuk membalas. Dia kekasih orang. Meski suatu waktu dulu dia pernah sayang aku, dan aku pernah sedikit suka dia, keadaan dah tak sama lagi. Jadi, biarlah inbox itu berakhir hanya disini. Biarlah kalau dia kata aku sombong. Yang nyata, aku dah balas inbox pertama menjawap banyak juga soalan dia.
Kita masih kawan,dan akan selalu jadi kawan.
Jawapan kepada soalan terakhir dia.
"Ya, saya masih simpan."
:)
1 comment:
gud2..think positive. ^^
Post a Comment