Perlu ke balik pada EX?


"Nina, Meon(bukan nama sebenar) cari aku balik.."
"So?"
"Ermmm,should I accept him back?"
'You know my answer.."
"..but I can't.. Aku still sayang dia. Sayang dia gila-gila.."
'Then,suka hati kau lah.."

HONESTLY, aku MALAS nak layan soalan ni dah. MALAS.

Eh, kawan-kawan aku! Korang ni tak ambik pengajaran ke benda yang dah jadi kat aku? Aku tak faham ahh. 

Semua orang berhak diberi peluang.

Istanbul aku datang.

Tomok: Please give me one more chance..
Beto: I just need one chance.

Perkara paling bodoh pernah aku buat adalah terima ex aku balik! And guess what, pada yang tak tahu, dia sekarang dah jadi ex aku lagi sekali. Dan untuk yang terakhir kali lah. Sebab kali ni betul-betul dah the end. Bagi aku dia tak pernah wujud. Sebab kalau aku percaya dia pernah wujud, aku teringat kebodohan aku.

Aku malas nak bukak cerita lama. Aku malas nak cerita buruk ex sendiri sebab aku pun ada salah aku jugak. Apa yang aku boleh cakap, tolonglah kalau rasa susah sangat, buatlah istikharah kalau nak terima balik. Sekurang-kurangnya nanti kau tak menyesal.

Manusia boleh berubah?
Ya, aku pun percaya itu. Sebab itu dulu aku keep forgiving him. Sebab itu aku terima dia balik.

Dia menangis.
Ya, sebab itulah aku selalu percaya dia. Dan sebab dia jugalah aku dah tak percaya air mata lelaki. Jadi kalau ada yang cakap dekat aku kalau laki tu jatuhkan air mata sebab kita, dia betul-betul sayangkan kita. Nope, aku tak percaya. Aku DAH TAK percaya. Sorry.

Tak semua lelaki macam ex kau.
Yup,aku percaya itu. Sebab tu aku cakap buatlah istikharah. Manalah tahu dia bukan spesis ex aku.

Kalau aku, aku takkan balik pada ex aku dah. Kalau aku balik, tolong lempang aku laju-laju atau tolong bedah otak aku tengok kot-kot ada fius tercabut sebab bingai sangat nak terima balik dia.

Please move on. Please.

Sebab apa aku suruh move on? Sebab bila pasangan kau curang, itu adalah salah satu petunjuk sebenarnya. Macam aku, dua bulan pertama macam orang gila. Tiga bulan pertama siap nak merayu. Enam bulan berikutnya dah lega sikit. Sebab? Lepas enam bulan tu, Allah tunjuk kat aku ONE BY ONE. Banyak yang aku tahu lepas break sebenarnya. Tapi takkan aku nak cerita kan. Kalau aku cerita itu tunjukkan kebodohan aku sendiri lah sebab percaya dia selama ni. So,i just zip my mouth. Setahun kemudiannya? 

Inilah aku yang hari ini. Memang aku tak lupa dia. Tak lupa sebab aku sentiasa teringat benda-benda yang ALLAH tunjukkan kat aku after break. Honestly, lepas tahu aku cakap pada diri sendiri.

"Kenapa aku tahu sekarang? Kalau aku tahu dulu, bukan dia yang tinggal aku. Tapi aku yang tinggal dia."

Kau kena percaya setiap yang berlaku tu ada hikmah. Kalau dia datang balik pun ada hikmah. Hikmah dalam ujian. Apa-apa pun, mintak petunjuk Allah. DIA lagi tahu apa yang terbaik untuk kita..

Kita kena kuat. Kuat sangat-sangat. Lagi susah, lagi banyak Allah akan bagi senang masa akan datang. Percaya itu.

Jangan ingat EX, jangan rindu EX, jangan balik pada EX, sebab apa? Sebab kalau benar-benar ikhlas cinta kita, dia tak akan pernah jadi EX.



4 comments:

botolairkosong said...

stuju sngat3 dear!~

nyna amani said...

Kan? Tq sbb setuju.. :)

aDiB sYaZWaN said...

Aku suka kau guna ayat bingai. hahaha
maknanya kalau kembali kat ex ibarat tengok cerita yang sama untuk kali ke 2. dah tahu macam mana endingnya. hahaha

nyna amani said...

Yes, tahu tak pe... Ending yang tak menggembirakan pun..