Review drama Oh Lala Couple



Kisahnya diorang ni dah kawen tapi husband dia buat dia macam kuli. Bukan kuli dia je tapi kuli mak mertua, kuli adik ipar and kuli anak sendiri. Sampai satu tahap dia tak tahan and dapat tahu suami dia curang. Ok part ni aku nangis sangat sebab dia nampak depan mata husband sendiri dengan perempuan lain tu kiss and whatever dalam rumah dia sendiri! Rumah yang perempuan lain tu duduk is rumah heroin dalam cite nih. Heroin dia Neo yeok, Hero Sunam.

Lepas dapat bukti kukuh, diorang pun bercerai. Lepas je bercerai diorang tertukar badan.  Alah,jadi macam cerita Secret Garden tu. Lawak sebab Sunam tu memang pandai berlakon. Lepas tu lah macam-macam konflik berlaku dan terbongkarlah kehidupan diorang sebelum ni. Diorang kan percaya kehidupan selepas mati.

Masa kehidupan sebelum ni pun Sunam dia memang penipu, curang and hampeh la perangai. Neo Yeok ni sampai bunuh diri sebab kononnya pertahankan cinta apa benda entah. Bila dah mati kantoi la Sunam ni sebenarnya suami anak tiga dah pun. Memang perangai penipu pencurang tu bawak sampai ke kehidupan baru.



Bila dah tertukar badan, baru dia tahu Neo yeok ni susah macam mana. Baru dia lalui apa yang Neo yeok lalui. Banyak la yang rahsia pengorbanan Neo Yeok ni terbongkar.

Dalam masa yang sama ada la hero kedua and biasalah kan lagi baik lagi caring.

Lepas diorang dah tertukar badan pada asal balik, Sunam menyesal ceraikan neo yeok,curang and tak hargai ex wife dia. So dia nak balik kat Neo Yeok.

So, kalau korang nampak suami korang buat projek depan mata, sanggup ke korang terima balik even tahap cinta sayang korang tu setinggi gunung Everest?

Cerita ni tunjukkan betapa agungnya cinta isteri kat suami dia dan macam mana dia survive lepas diceraikan.
Selamat Menonton.


Lagu untuk Tupperware kekasih


Lately I've been thinkin',
Thinkin' bout what we had,
I know it was hard,
It was all that we knew, yeah

Have you been drinkin'?
To take all the pain away,
I wish that I could give you what you deserve...

'Cause nothing can ever,
Ever replace you.
Nothing can make me feel like you do, yeah.
You'd know there's no one
I can relate to,
I know we won't find a love that's so true...

There's nothing like us,
There's nothing like you and me,
Together through the storm.
There's nothing like us,
There's nothing like you and me,
Together, oh


I gave you everything, babe,
Everything I had to give.
Girl, why would you push me away? yeah
Lost in confusion,
Like an illusion,
You know I'm used to making your day...

But that is the past now,
We didn't last now,
I guess that this is meant to be, yeah...
Tell me, was it worth it?
We were so perfect.
But, baby, I just want you to see...

There's nothing like us,
There's nothing like you and me,
Together through the storm.
There's nothing like us,
There's nothing like you and me,
Together, oh

There's nothing like us,
There's nothing like you and me,
Together through the storm.
There's nothing like us,
There's nothing like you and me,
Together, oh...


Nothing Like Us-JB
Lagu bieber untuk Selena.
Katanyalah.
Lagu Nina untuk...?
-----

Ira kata lagu ni untuk aku.


 There's nothing like us.
Nothing.

Segmen : Bloglist Februari by Eyqa Hasnan

Segmen berlangsung : 27 Januari 2013 (8.15malam) - 31 Januari 2013 (10pagi)


Terima kasih Cik Eyqa invite kita join segmen dia.. Cantik blog dia..
Nak join click banner. Make sure penuhi semua syarat okeh.

Eccedentesiast


Faiz : Kalau aku jin and aku bagi 3 wish, kau nak apa?
Aku : Bijak, slim , bahagia. Kau?
Faiz: Aku nak badan tegap sikit, tinggi sikit and ... (aku tak ingat lagi satu dia jawap apa)
Aku : Hahaha. Sekarang kau sedar kau pendek?
Faiz :Ahh, kau lagi pendek dari aku.

Eh?

 Sakai pic ni kan? I can't stop laughing.

True and dare with Faiz.

Aku : Dalam banyak-banyak girl yang kau pernah couple, kau kan playboy kan.. Mana paling kau sayang?
Faiz : Una la.. (Sambil senyum-senyum)
Aku : sebab?
Faiz : Sebab aku paling lama dengan dia..
Aku : Itu boleh jadi sebab ke? Ex aku tak pun. Aku rasa dia paling lama dengan aku.
Faiz : Ahh, tu lain... Kau pulak?
Aku : ----- 


Kami mengalami pengelupasan kulit yang teruk!
Macam mana nak pergi kelas esok??
Argghhh.

Short Segmen Huda dan Niera


Tamat : JAM 11.30 MALAM ini =D

In love


Kalau semua orang tahu,
tapi biar mereka tak tahu..
:)

Thank you Ana Rafali


Aku dah tak ingat bila aku comment kat blog Ana Rafali ni. Minggu lepas kot. Then dia janji dengan fans dia akan bagi gift after bagi email tu. Aku pulak tak ingat gift tu pada tarikh semalam. Hari ni aku baru bukak then aku dah x boleh nak download. Tak pe lah, tengok youtube sudah ye.

Btw, thanx Ana! :)

Semua tak nak.

Hari ni cuti. Makanya mari kita bercuti. Sebenarnya kalau ikut plan  Faz@Megat nak hantar Faiz ke Seremban but then masa lepak Faz cakap boleh hantar Ira sekali kat Semenyih. Diorang ada plan nak pergi PD. Tapi kakak Ira tak bagi pergi pulak. Dia suruh balik awal. So aku ajak Nurul pergi. Memang tak lah kalau aku pergi sorang. Aku tak balik Kuantan pasal teman Nurul ada common test Jumaat,Sabtu and Ahad. Dari mati kutu kebosanan, baik pegi jalan kan. Aku bangun subuh tu terus kejut budak dua ekor tu.. Breakfast dulu depan hostel laki, then gerak kul 7 lebih.



Kitorang berendam dari pukul 9 lebih sampai pukul 11 lebih nak dekat kul 12.Benti makan then sambung berendam balik. Terasa lagi badan kena hempas dengan ombak. Bestnya!!

Pukul 5 macam tu gerak ke Nilai pulak. Cari barang untuk souvenior event Dinner kitorang. Baru teringat belom cari baju untuk dinner. Ahh, lantak la..

Dengan muka legamnya, perit muka-muka berjalan kat Nilai 3 tu. Teringat wedding Cik Bell, so call dia tanya nak tambah apa-apa tak. Kebetulan goodies beg belum cukup. So I bought cute goodies bag for my aunt! Wah-wah syoknya pilih barang kahwin kat situ!

Dah letih menapak, jumpa yang dicari. Faz yang kautim semua, gerak balek ke Seremban hantar budak ni.



HAHA, padan muka kena bawak beg aku. Dia dengan Faz sumbat maca-macam dalam beg aku. Sendiri bawak lah! Sweater pun gigih sumbat dalam beg aku kan.. 

Sampai Seremban kitrorang g makan dulu. Laparnya Tuhan saja yang tahu. 
Pic ada kat Faiz. Dia whatsap 1 je gambar aku. Kalau dah ada aku update.

 Muka dah x tahu rupa apa. Dah tak larat nak gelak, tak larat nak bukak mata. Dah hantar budak betuah tu sampai rumah, kami bertiga pun gerak balek ke KL semula..

Diorang bengang sebab aku tak nak naik banana boat,
tak naik paporazi kejadah tu. 
Naek jet ski pun tak nak.
Memang TAK la der aku nak main benda mcm tu. 
Masuk laut pun sampai betis je..
Haha.
k bye, Letih ngantuk nak beradu!
Salam

Rasa muda

 Kawan dengan orang muda rasa macam muda. Haha.

Next trip,
Port Dickson tomorrow!
Yehhuu..

Setia Hujung Nyawa Vs Sehangat Asmara


Cerita yang buat aku Maghrib pukul 8.


Memang siapa tak tahu kan aku minat hero dia ni. Even dah bertunang mamat ni, gigih kot cari Twitter Amar ni. Wahaha..


Aku suka cara dia bercakap, suka suara dia, suka lakonan dia. Sebelum ni aku dah perasan dah dia ada berlakon, tapi bila dia buat rambut baru, baru nampak kehenseman dia tu.. 

Novel ke drama memang buat aku nak mengadap TV even busy macam mana pun. Yang latest is,


Sehangat Asmara! Novel ni entah berapa kali entah aku baca.. Tapi aku tak pernah bayangkan yang Zainal Arif tu macam Adi Putra. Aku imagine dia putih dan tinggi. It's ok lah. Tapi sebab dia kat Astro, esoknya aku baru boleh tengok. Siap download kot.




Nak edit blog eh.. Boleh..


Hye missmiera, boleh.. Kita boleh tolong buatkan. Inbox kita kat Facebook ye nak editkan jadi macam mana ke apa. Then bg your details. :)

Belog saya direview!

Rezeki hari ni bukak blogger nampak ada orang nak review blog then cecepat komen.

Thanx to blogger Wan review blog kita!

Ala, kesian Wan tak faham header kita. Header tu tulis 'Nyna Amani'.. Sebenarnya kita boleh dikatakan tetiap minggu tukar header. Jadi memang esok lusa tukar lagi headernya. Haha.

Second is, kita guna simple template. Tak berat sebab memang tak suka letak banyak widget tak berapa penting. InsyaAllah kalau ada masa, kita akan ikut nasihat Wan buat tuto..

Thanx Wan! :)

sorry


Siapa pun awak, saya maafkan. Saya maafkan even saya tak tahu apa salah awak dengan saya. Maafkan saya juga. Terima kasih doakan kebahagiaan saya.

:')




tak boleh nak berahsia lansung..

Minggu lepas.

"Kak Nina nak pergi mana pakai cantik-cantik malam-malam ni?"
"Pergi makan lah.."

Mereka pandang aku penuh curiga. Fon berbunyi.. Aku tengok fon dan senyum-senyum..

"Kak Nina nak pergi mana ha?"
"Ya Allah, saya nak pergi makan lahh.."
"Tipu.. Kenapa baca mesej senyum-senyum tu? "
"Allah haii.. Nak senyum pun tak boleh."

"Selalu Kak Nina pergi makan dengan kitorang selekeh-selekeh je.. (Kurang ajar kan) Ni siap pakai wangi-wangi."

Zyra yang tadi baring mengadap laptop dah bangun dan pandang aku dengan tajam.

"Kak Nina nak keluar dengan Kak Ira sekali ke?"
"Tak lah....." Aku masih betulkan tudung di depan cermin.
"Dengan Faiz?"
Aku diam je.
"Tapi kalau dengan Faiz pun pakai selekeh jugak. Tak pernah macam ni pun.. Ni bukan makan dengan Faiz ni.. Baik Kak Nina cakap betul-betul.."

Aku rasa nak ketawa. Fon bunyi lagi. Lepas tu aku ketawa-ketawa. Ketawa yang membangkitkan rasa curiga Dayah dan Zyra sekaligus.

Dan, lepas soalan bertubi tubi aku tak layan. Aku pergi toilet. Diorang siap kunci pintu dan..

Dan, bukak handphone aku baca mesej!

"Kak Nina, Sharukan (bukan nama sebenar) ni siapa haa????"

Lepas tu bertubi tubi aku kena bahan.

And, Dayah siap skodeng lagi aku dekat Mama Ita. Nasib tak nampak tuan empunya badan. HAHAHA..

Balik dari makan dengan Sharukan, kena mengadap Nurul pulak..
"Siapa Kak Nina orang tu??"
Soalan yang memecahkan ketawa aku.
"Kawan saya lah.. Kawan lama.."
"Tipu... Kak Nina pakai baju yang Faiz bagi.. Baju tu kan nampak Kak Nina kurus.. Mesti pergi jumpa orang special.'

Kahkahkah.. Macam tu punya fakta pun ada ke?

************************
Sebenarnya aku keluar dengan kawan lama aku. Lama kot tak jumpa. Kawan lelaki. Tak boleh bagi tahu lagi,nanti kontroversi. Keluar teman dia makan area kolej aku je pun.. Rumah dia kat Kepong je.. Tahu kenapa diorang macam syak sangat aku?

Kata Dayah,
"Kan Kak Nina pernah cakap nanti kalau Kak Nina couple lagi, Kak Nina tak nak bagi tahu. Kak Nina nak hantar kad kawen je. Sebab tu kitorang syak. Lepas tu Kak Nina asyik senyum-senyum je baca mesej. Dah la tiap-tiap pagi fon berbunyi.." Tettt..

Yang tetiap pagi fon berbunyi tu orang lain ye. 

Kata Zyra,
"Kak Nina selalu keluar sauk je apa yang ada. Lepak dengan siapa pun bedal je pakai apa. Tapi tadi nak keluar siap pakai lip balm. Lagipun, Kak Nina mana pernah keluar dengan laki berdua je.."

Ahahahaha!

Ye ke?

Hahaha.. Tak adalah.. Just happy jumpa kawan lama. ;p



What a Fool

I can’t live without you- what a fool I am
You are living inside of my memories
Where am I standing right now?
What am I looking for in this strange place?
Just when I get used to it, you are not by my side
* Listen to my love, to my sad song
I can live with just the memories of when we used to be together
I can’t leave your side and day by day I am withering
What a fool, what a fool, what a fool I am
Like a lie, sometimes I completely forget you and smile
Convincing myself that I have to, that nothing ever happened
Do you know- do you already know-
That the sparkling tears under the eye-blinding sky,
Were a promise that could not be kept?
The unfinished love is crying
It’s alright- it will become better now
As I comfort myself
Now, goodbye

Bukan Uitm Lendu je...

Apa yang jadi kat Uitm Lendu remind me to my own hostel last year.. Kalau ada orang kata diorang nak cari publisiti lah, apa lah, jangan lah pandai-pandai dan sedap mulut korang je cakap macam tu. Korang tak tahu macam mana rasanya bila ada di situasi tu.

Awal tahun 2012,dalam keadaan emosi aku yang tak stabil, our hostel diserang dengan benda-benda halus ni. It started dengan histeria lah. Setiap malam ada je yang jadi mangsa. Tidur pun terganggu. Sampai aku sendiri dah malas nak pergi tengok.

Keadaan tu semakin teruk bila satu hari kami semua yang duduk hostel diminta kosongkan hostel dan berkampung kat student center. Bayangkan lah dengan tiba-tiba dan tak makan lagi, dari awal malam sampai entah pukul berapa kami semua tak dibenarkan keluar. Disebabkan kami ni merungut kelaparan, warden bagi juga kamu keluar and tiba-tiba dengar orang menjerit. Seorang  student jatuh dan bangun perambat kami tak bagi balik. Benda tu dah masuk dalam that girl. Dia cakap,"Siapa suruh korang keluar? Masuk! Masuk!" Masa tu perasaan takut aku dah hilang, yang ada is sakit hati. Aku rasa macam,heyy, aku ada banyak benda lagi nak buat. Assignment berlambak,perut lapar.. Aku sengaja keluar lambat tak lari bertempiaran macam budak-budak lain sebab nak tengok budak yang kena rasuk tu. Perghh, mata bulat merah and budak laki pegang dua tiga orang pun dia kuat lagi..

Itulah pertama kali dalam hidup aku terasa macam kurang ajar punya setan. Dia masuk dalam badan orang lepas tu kejar /perambat orang lebih kurang 100 meter sebab nak suruh ikut cakap dia..What the hell punya setan. Memang dah nama setan.

Setengah jam kemudian barulah keadaan terkawal.Tabik spring dekat budak laki kolej aku yang berani. Tak kisahlah kalau dalam hati diorang takut, but diorang yang kawal keadaan. Baca doa, azan segala. Buat apa yang terdaya. Ustaz yang panggil ada kat surau buat cara dia, budak-budak ni buat cara dia.

Apa sebenarnya yang jadi?

Dengar cerita pasal ada event pergi Ulu Yam. Diorang ada buat aktiviti kat situ. Then ada couple yang buat tak senonoh.. See? Benda-benda halus pun tak suka orang buat maksiat kat tempat dia. Ada juga cerita kononnya ada orang ambik barang kat sana. Biasalah, macam-macam ceritalah yang keluar kan..

Apa yang boleh aku cakap, semua tu Allah nak bagi kita ingat Dia.Masa tu barulah pakat-pakat solat dan baca Yassin. Masa tu baru nak ingat balik segala Ayat suci yang terlintas. Masa tu lah segalanya kita berbalik pada Dia. Sebab keadaan yang seperti itu, semua orang tahu, Allah saja yang mampu tolong kita. Kita ni ikhtiar saja..


Wordless Wednesday : If they come back


Fellina, Herbalife dan gym.. Mana satu?

Seiring dengan peningkatan usia, ramai yang sibuk dah nak jaga kecantikan. Yang gemuk nak kurus, yang kurus nak gemuk. Yang gelap nak puteh. Yang puteh nak gebu. Dan aku, sebagai belia (lah sangat) yang dah umur 23 tahun ni pun sibuklah jugak terpengaruh dan dipengaruhi dengan produk-produk yang hot  sekarang ni..

Seminggu dua lepas aku sibuk lah dok usha sana sini pasal Felinna tu, lepas tu tersesat pulak terdengar ceramah Herbalife, kawan aku pulak sibuk ajak pergi gym.

Aku nak pakai Felinna tu pasal nak kuruskan peha yang mengalahkan peha ibu mengandung nih. Makanya aku sibuk lah cari testimoni segala. Tak sangka pulak classmate aku dah guna dah.. Ok, now aku nak bagi tahu berdasarkan pengalaman kawan-kawan aku. Bukan aku eh. Aku baru pakai semalam, itupun bukan aku punya.


Masa aku sibuk tweet pasal ni, kawan aku respon,


Ni testimoni kawan aku lah. 

TAPI,

Aku tanya kawan aku lagi sorang. Farah nama dia. Aku tanya dalam kelas. Dia jawap,

"Entah la kak, tak ada pun.."
Then Ima ni cakap,
"Dah kau asyik makan je."
Fara gelak and cakap,
"Ha ah, saya tak control makan pun.. Tak ada perubahan apa-apa pun.."

Dan,
Sebenarnya Ima jugak minum Herbalife. Jadi aku tak tahu pengurangan dia tu atas sebab Herbalife atau Si Felinna ni.. Atau gabungan kedua-duanya..

Yang aku pulak sendiri pakai, aku boleh cakap bau dia memang wangi.
Siapa kata tak pedih?
Mula-mula memang x pedih. dah lama-lama tergaru-garu aku kepedihan.
Aku membayangkan lemak-lemak aku sedang dibakar.
Tapi, 

"Kalau tak jaga makan, tak guna jugak."

So, tak payahlah aku beli kan?


Next is Herbalife. Yang ini bebudak bilik aku pakat dok shake lah hari-hari. Yang berisi sikit pun beli, yang kurus kedeking pun beli. Semuanya sebab nak balancekan berat masing-masing lah.

Aku tak tahulah nak cakap Herbalife ni macam mana. Yang aku nampak, kawan aku asyik tak bermaya je pasal tak makan. Pagi minum shake, tengah hari makan sejemput, malam minum shake.

Sebab apa makan sejemput? Sebab kalau kau minum Herbalife ni tiga tong pun kau tak jaga makan, jangan mimpilah nak kurus der...

Herbalife ni just tolong kau cepatkan and balancekan apa-apa yang patut..
Tapi idok lah aku nak shake pagi malam tanpa makan..

NEHI!

Turun ke beratnya?
Mana tak turun dah kalau makan sejemput.

Setahu aku kalau minum shake ni kita jadi kenyang kan?
Tapi aku tanya kawan aku, kenyang ke minum benda alah tu.
Dia jawap,
"Tak pun!"

Sanggup berlapar? Sanggup malam kalau kebulur nak mampus kau telan lah segala buah-buahan yang ada?
Aku tak sanggup.
Aku kalau kebulur nak nasik, NASIK!


Ha.. gym pulak. Gym ni kawan aku Ekyn lah dok ajak-ajak aku pergi. Menggoda aku dengan sauna segala.. Tapi aku batalkan niat sebab kat situ tak ada mamat ensem. Yang ensem bawak awek sekali. Wahahaha.. Tak adalah.. Aku ni mana mampu nak pergi gym bayar Rm80 sebulan.. Duet aku untuk makan adalah.. Duet nak pergi gym bagai tak ada..

Kurus ke pergi gym?
 Memang akan kurus TAPI, yang ini pun sama kena jaga makan.

Kawan aku sendiri cakap kalau kau hari-hari pergi gym pun, tengah malam mentekedarah macam bela saka, nan hado kau nak kurusnya..

Cuma apa yang bestnya bila kau pergi dapatlah buang peluh, kenal-kenal dengan orang, dapat ilmu baru, jumpa orang baru, sama-sama share pengalaman.

**********************

Bagi aku, kalau kau nampak orang badan lansing kan, ada dua benda je.

1. Memang badan dia makan macam bela saka atau tidow macam hape pun, badan dia dah memang cenggitu. Maintain je.. Memang ada orang yang jenis macam ni.

2. Dia jaga makan dan jaga semuanya. Bukan setakat buat satu-satu perkara. Dia mesti berusaha keras untuk dapatkan badan yang macam tu.

Tak yah bohong lah.. Kawan-kawan aku pesen dua ni je.

Ada sorang tu punya obses nak kurus segala memang dia buat semua benda.
Hasilnya memang kurus selim melim lah.
Berbaloi lah dengan apa yang dia buat.

Dan, bagi aku kau pakai dan makan lah suplement apa pun,
kalau kau tak jaga makan, janganlah nak berangan lebih-lebih.

So, macam aku ni dah banyak sangat alasan kan,
aku rasa satu cara je aku boleh turunkan berat badan aku.
Tak payah nak Felinna sangat,
tak payah nak Herbalife sangat.

Better aku puasa dan masa berbuka makan lah sekadar aku perlu.
Lepas tu nak kecikkan peha, baik aku rajin pergi kelas turun naik tangga tak pun buat senaman yang Tat Loo ajar. Sama je macam aku pergi gym.

Ye dak?





Mana ada.


Kalau ada kita memang bagi tahu lah.
Kita tak sembunyi-sembunyi lah..
Penat kena bahan.

Splendid Saturday even ada kes ragut x diduga..

Rabu lepas masa tengah lepak makan malam tiba-tiba Megat cakap. "Jom kita breakfast kat Morib weekend ni." Aku gelak je lah. Aku jawap balik, "Kau nak buat apa breakfast jauh-jauh?" Dia jawap la nak tengok ketam lah. Aku banyak kali la jugak pergi Morib tu pasal dekat dengan rumah Zyra, aku rasa tak ada apa-apa pun kat situ then dia sambung lagi, "Lepas tu kita lunch kat Wangsa Walk tempat kitorang makan ari tu.." Aku tak sangka pulak dia ni memang cakap betul-betul bukan main-main.

So, semalam pagi buta pukul 7 lebih kitorang gerak ke Morib.




Kami pergi berempat je pasal Una ada presentation.



 Orang batak tengok belacak.





Lepas breakfast kat Morib, tak sempat nak ambek gambar sebab dah lapar sangat masing-masing. Breakfast hadap laut style jugak idea si Megat ni kan. Ok, lepas tu kitorang nak pergi jumpa adik angkat Megat. dia duduk kat Banting tu. Masa tengah call, adik angkat dia sambil keluar nak tunggu depan rumah dia kena ragut! Kitorang dalam kereta macam apa je. Megat dia bengang, dia pusing satu perumahan nak cari motor tu kononnya. Mana nak jumpa dah. Kesian betul aku tengok adik angkat dia. Nama dia Ika. Aku kenal pasal budak tu satu kolej dengan kitorang jugak. Tak pasal-pasal fon baru kena ragut. Then Megat hantarkan Ika buat report polis and pergi klinik. Punyalah lama kami bertiga duduk dalam kereta. Macam-macam benda gila dah buat. Haha. 

Lepas hampir dua jam selesaikan apa yang patut, kami hantar Ika balik and teruskan perjalanan balik KL semula. Next plan is lunch dekat Wangsa Walk tempat yang diorang cakap sedap sangat tu kan.

So..


U cafe nama restaurant ni. Kitorang lunch dah pukul 5 lebih! Bayangkan lah tahap kelaparan nya. Makan-makan pulak perut dah masuk angin. Semua makan tak habis. Lagipun portion dia banyak. 

Lepas makan teman diorang karaoke pulak. Aku dengan Ira segan. Tapi pegang jugak mic. Haha. 

 Budak dua orang ni memang hantu karok. Dua jam tu memang diorang je lah yang nyanyinya. Aku dengan Ira dengar ja. Lagipun suara diorang memang sedap. Jadi tukang tepuk tangan la kami.. 

Lepas karok dua jam ingat nak balik dah la, Megat ajak lepak minum pulak. So kitorang singgah Coffee Box kat Sri Gombak minum-minum lepak-lepak.. Masa tu masing-masing dah melepet dah. Padahal yang bawak kereta Megat ja..

Pukul 11 lebih gerak nak balik dah tapi sempat lagi Megat singgah rumah Mama dia ambek duet.. Lepas pada tu baru balik hostel.
Fuhh, penat.




Thanx to Megat sebab dia yang bawak kami jalan-jalan.
So, dia bayar semua.
Haha.
Thanx  semua.
You all made  my day.
:)


Bye! :D



Dan setahun pun berlalu..

Tengah hari tadi aku teman Ekyn pergi service kereta lepas tu singgah rumah dia. Masuk rumah cari mak dia nak salam and mak dia terbeliak bijik mata pandang aku.

"Kurusnya.. Kenapa kurus ni?"
"Haha.. Mana kurus.. Mak cik salah orang ni.. Ingat tak saya siapa ni..?"
"La.. Nina kan.. Mak cik ingat lah.. Kenapa kurus ni.? Apa rahsianya?"

Hahaha, mak Ekyn memang suka buat lawak. Actually aku tak sedar yang dah setahun juga aku tak datang rumah Ekyn. 

Masa nak balik Mak Ekyn hug me tightly and aku rasa macam sebak. Don't know why. Mungkin dia juga seorang ibu yang faham atau entah. And, ni aku tengah taip ni, aku tengah tahan air mata.

Sebenarnya aku bukanlah kurus sangat. berat 48kg tu tak kurus pun.. Cuma, berat aku turun mendadak. Dari 56 sampai 48kg. Itu pasal orang nampak perubahan tu. Ni pun aku dah gemuk balik mak dia tegur kata kurus. gemok betul aku dulu kan. Padanlah kena tinggal. HAHA.

Mak Ekyn peluk bahu aku sampai pintu rumah. Masa nak lepas mak Ekyn cakap, 
"Mak Cik ingat senyum awak tu.. Bila senyum mak cik kenal.."

Balik dari rumah Ekyn terus pergi kelas. After kelas bukak Twitter nampak ni.


Kenapa semua orang nak buat aku sebak ni? Hehe.. Jannah, terima kasih sebab selalu faham saya. Selalu ada bila-bila saya perlu. 

Setahun berlalu dan aku semakin kuat tanpa dia. Segala kenangan yang paling indah dan yang terpaling pahit itu sudah aku bungkus kemas-kemas dan simpan di satu sudut yang jauh. Dan setiap baris ayat kata yang dia pernah katakan pada aku, yang buat hati aku dihiris-hiris itu, aku simpankan jauh disudut hati. Aku jadikan dia perisai supaya aku tidak terus cinta dan rindu dia lagi. Biar lah segalanya berlalu dan jadikan pengajaran untuk aku. :)


OST Sinar Senja

Tak terlukiskan
Tak terkatakan
Semua yang kurasakan selama ini
Bila ku lukiskan
Bila kukatakan
Semuanya takkan cukup kau sedari
Sesungguhnya telah kuberikan seluruh..
Cintaku ini terlanjur mencintai
Terlanjur menyayangi
Dirimu seorang..
Cintaku ini terlanjur memilihmu
Terlanjur memujamu
Dengan atau tanpamu
Disisiku....

Dengan atau Tanpamu - Jimmy






Kau sempurna bagiku, tidak padamu..


Dimatamu ku siapa..?
Kau perlakukan aku
Hanya mampu melukai diriku

Didekatmu kumerasa
Tersiksanya hatiku
Dapat ruang cintamu

Hanya kamu saja
yang mampu begitu
Tulus...
Dustai aku..

Kau..
Sempurna bagiku.
Tak kurang sesuatu
Ku terima apa adamu
Ku..
Sempurna bagimu
Tak kurang sesuatu..
Tidak padamu...

Gayamu, sifatmu, cara mencintaiku
yang membuat diriku tahu
Cinta.. palsumu..
Credit : Affan Aizat 




What make me happy.

Satu.

Pillow talk with my siblings/family. Sepanjang malam cerita pasal zaman kecik-kecik, zaman dulu-dulu, kongsi macam-macam cerita lepas tu we laugh together. The moment memang paling happy tengok semua orang gelak sampai terguling guling pun ada. Masa tu lah dapat kenakan Mak Abah, masa tu lah dapat  kongsi semuanya dengan semua yang ada.

Dua.

Berkumpul keluarga besar. Dari Pak Long/Mak Long sampai Pak su/Mak su sampai cousin dan anak-anak cousin. Moment paling tenang bila dapat peluk dan kiss my little cousins and my litte anak-anak saudara yang comel-comel. Kadang-kadang bergaduh dengan diorang, tapi selalunya buat aku ketawa tengok telatah diorang. Lepas tu peluk kuat-kuat sampai menangis. Ya, itu hobi saya dengan budak tecit.

Tiga

Boleh jawap quiz/test/final. Itu lah moment paling lega dan rasa sangat bahagia.. Bila tengok soalan dan rasa, "Yeayy, I know it." Perasaan itu yang paling aku nak sebagai student.

Empat.

Bila boleh berbelanja. When I got a text from my dad, "Akak, abah dah masuk duit." Rasa nak lompat-lompat sampai awan atau baca Tweet orang, "PT dah masuk.." Perasaan tu sampai terbayang apa yang bakal dibeli dan bila dapat beli, senyum tak putus-putus. Senyum sampai telinga macam nak terkoyak mulut.

Lima
Bila saat dan ketika I need someone, bukan someone sahaja yang ada dengan aku tapi ramai. Bila something bad happen to me, I got so many phone calls and text from my sayangness.. The moment rasa macam, I'm not alone. Thanks semuanya.. And, bila ada orang cuba buat lawak even tak lawak to make me laugh. At the end aku ketawa jugak. 


Setiap yang berlaku dalam hidup mesti ada hikmah.
Harus  positive redha dan lalui dengan tabah.
Good Luck!
;)





Tolong doakan dia...

Mungkin aku dan hospital memang tak dapat dipisahkan. Lepas pak cik keluar, Tok Wan masuk wad and latest, my cousin.

5 Januari 2013
Bukak Facebook, terbaca status Kak Saida yang my cousin, Abang Apih excident. Masa tu ingat tak ada apa-apa lagi. Sekali dapat tahu keadaan dia 50-50. Rancangan awal aku dengan Pak Su dan cousin aku Wanie nak celebrate birthday Aini esoknya tu. Sekali rancangan bertukar. Wanie call aku cakap nak pergi ikut dia pergi tengok Abang Apih tak esoknya tu. Laju aku setuju. Cancel semua plan.

6 Januari 2013
Gerak ke Taiping dalam pukul lapan lebih.



Masa sampai tak boleh tengok dia lagi. Lepas sejam macam tu masa tolak ke Dewan bedah baru dapat tengok. Itupun sekejap sebab iring sampai dewan bedah tu. Iring sambil berderaian air mata tengok keadaan dia.. Ramai gila saudara mara yang mai. Sampai penuh kat bilik bedah. Masa dah habis operate and dekat ICU, kami terpaksa beratur tunggu giliran sebab kena masuk dua orang dalam satu2 masa. Dah la boleh tengok sekejap je.. Dah tengok sekejap terus nak balik KL semula dah..

(Excident kereta dengan van on 5 January 2013. Dia bawak kereta. Tak ada siapa yang tahu excident tu berlaku macam mana. Pukul 10 pagi excident, lebih kurang pukul 6 petang baru family tahu. Tulang tangan patah dua dan terberalih, peha patah dua. besi yang ada kat kaki dia sebelum ni sebab excident jugak bengkok dan patah kat tempat yang sama. Kepala bengkak. Lutut terbelah dua dan pecah habis. Dalaman yang berdarah is limpa dan atas buah pinggang. Doktor hanya operate lutut ja sebab yang lain berisiko nak operate. Segalanya Kami serah pada Allah.)

Aku sedih bila Kak Saidah bisik kat dia,
(Kak Saidah is his wife)
"Tolong kuat untuk Farhan (their son,still a little kid)
:"(

And Abang apis,
"Please wake up and betulkan segala mistake.. Please"
Tolong sedar. Tolong bangun. Tolong kuat.

Jom buat body scan!

Malam semalam bebudak bilik Ira ajak aku pergi scan body. Aku pun pergi la join. Sekali tersangkut kena dengar ceramah free Herbalife tu. Tapi dengar tak habis pun. Aku keluar.

Hasil body scan.
(Umpama membuka pekung didada)

Terlupa tahun ni dah dua puluh tiga. Hehe.. Ok, let's begin.

Sebenarnya kalau ikut ketinggian, berat aku tu adalah berat paling kurang. Tinggi 152 so berat should be around 48-53kg. So kalau ikut berat aku ok dah. TAPI..! Lemak yang sepatutnya aku ada adalah 22% sahaja. Tapi aku ada 27.2%. Setelah dikira-kira,(aku tak ingat cara kira dia) I need to buang my lemak sebanyak 2.52kg!! Maknanya kat sini, selama ni aku hidup dengan membawa lebihan lemak sebanyak itu! Total body water tak payah cakap la kan. Memang fail lah sebab aku sangat-sangat kurang minum air masak. Dan orang tu cakap,atas sebab itu jugak lah lemak-lemak aku dok bekumpul. Alhamdulillah pyhsique rating aku standard tapi masih perlu berjaga jaga dengan cara pemakanan aku yang macam sekarang ni kan.. Yang lain aku dah tak ingat.. And.. paling penting nampak tak 19 tu? Itu maknanya badan aku ni macam sembilan belas tahun. *Fliphair.

Sebenarnya kalau ikut BMI berat dan ketinggian tu ok dah. Tapi kalau ikut kesihatan and scan full body yang betul-betul yang aku buat ni, I need to lose 3kg lagi.. Orang tu kata aku kena banyak minum air putih la. Untuk badan aku, at least 2 liter setiap hari.

Ermm, bila dah tahu macam ni baru lah tahu. Then dia bagi nasihat itu dan ini.. Baru nak rasa takut. Tapi,balik dari tu bantai char keaw teaw jugak. Hakss..

Aku cadangkan siapa-siapa yang tak puas hati dengan badan sendiri pergi la buat body scan sebab kita kena tahu betul-betul pasal badan kita baru lah nanti kita dapat tentukan diet yang betul Contoh macam aku,apa yang aku kena buat just minum air putih at least dua liter sehari and kurangkan fast food. 

So girls especially, pergi tau buat body scan. Masing-masing asyik tak puas hati dengan badan sendiri kan.. Kurus ke gemok ke mesti ada masalah tertentu..

p/s:
PT still belom masuk.
Ada kes sampai nak serang kewangan.
Ya Allah hai..

p/s:
I'm happy!!
:)