Aku baca bait-bait kata yang dia layarkan di ruang maya.
Aku senyum dan bayangkan wajah dia yang buat aku selalu senyum dan ketawa.
Dia lelaki bijak yang sangat aku suka.
Lelaki hebat diidam ramai wanita.
Dia satu dalam berjuta.
Ya,aku juga punya hati padanya.
Tapi aku sedar yang aku bukan siapa-siapa.
Aku hanya mampu senyum dan balas kata kadang-kadang saja.
Tak pernah sekali aku cuba dekat dengan dia.
Sebab aku tahu aku siapa dan dia pula siapa.
Kenal dia buat aku ada putera impian,
putera bijaksana yang menjadi idaman.
Patah bicara dan setiap tingkah lagu dia
selalu buat aku tidur dengan senyuman.
Aku dan dia tak pernah dekat atau jauh.
Tak pernah bersama atau berpisah.
Cuma aku awal-awal sudah mengalah..
Aku mengalah untuk aku persiapkan diri aku dahulu.
Jadi sebijak dia, itu yang aku perlu.
Bukan sebab dia aku buru,
tapi biar nanti dia dengan aku tak ada apa yang perlu diragu.
Sebab itu aku simpan dia hanya dalam hati.
Aku tidak letakkan harapan yang begitu tinggi,
aku masih dan mahu baiki diri,
agar aku dan dia selari.
Sebab itu aku sebut dia hanya dalam doa.
Kalau lelaki bijak itu untukku dia akan tetap untukku,
Kalau tidak, tidaklah aku kecewa terlalu,
Segalanya biarlah DIA yang menentu.
Mungkin Dia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Saya paham apa yg awak rasa. Btw, nice word. :)
Thanx Rara.. :)
hehe lma tak singgah blog akak comel. akak sht? cantik dp..huhu bagus la, mengharap hanya padaNYA, xda la kita kecewa..lgpon kita ni pompuan, baik flow ja..kann? klu dah mmg jdoh, wlupon dy ngn org lain skang, dy akan dtang kat kita jgk someday, insyaallah..sya doakan akak
Hye shamila, thanx for drop something meaning here.. Akak sihat. Thanx jugak puji blog.. Betul la tu.. Kita prempuan. Hee.. InsyaAllah.. Segalanya serah pada DIA.. :)
Post a Comment