Jom buat body scan!

Malam semalam bebudak bilik Ira ajak aku pergi scan body. Aku pun pergi la join. Sekali tersangkut kena dengar ceramah free Herbalife tu. Tapi dengar tak habis pun. Aku keluar.

Hasil body scan.
(Umpama membuka pekung didada)

Terlupa tahun ni dah dua puluh tiga. Hehe.. Ok, let's begin.

Sebenarnya kalau ikut ketinggian, berat aku tu adalah berat paling kurang. Tinggi 152 so berat should be around 48-53kg. So kalau ikut berat aku ok dah. TAPI..! Lemak yang sepatutnya aku ada adalah 22% sahaja. Tapi aku ada 27.2%. Setelah dikira-kira,(aku tak ingat cara kira dia) I need to buang my lemak sebanyak 2.52kg!! Maknanya kat sini, selama ni aku hidup dengan membawa lebihan lemak sebanyak itu! Total body water tak payah cakap la kan. Memang fail lah sebab aku sangat-sangat kurang minum air masak. Dan orang tu cakap,atas sebab itu jugak lah lemak-lemak aku dok bekumpul. Alhamdulillah pyhsique rating aku standard tapi masih perlu berjaga jaga dengan cara pemakanan aku yang macam sekarang ni kan.. Yang lain aku dah tak ingat.. And.. paling penting nampak tak 19 tu? Itu maknanya badan aku ni macam sembilan belas tahun. *Fliphair.

Sebenarnya kalau ikut BMI berat dan ketinggian tu ok dah. Tapi kalau ikut kesihatan and scan full body yang betul-betul yang aku buat ni, I need to lose 3kg lagi.. Orang tu kata aku kena banyak minum air putih la. Untuk badan aku, at least 2 liter setiap hari.

Ermm, bila dah tahu macam ni baru lah tahu. Then dia bagi nasihat itu dan ini.. Baru nak rasa takut. Tapi,balik dari tu bantai char keaw teaw jugak. Hakss..

Aku cadangkan siapa-siapa yang tak puas hati dengan badan sendiri pergi la buat body scan sebab kita kena tahu betul-betul pasal badan kita baru lah nanti kita dapat tentukan diet yang betul Contoh macam aku,apa yang aku kena buat just minum air putih at least dua liter sehari and kurangkan fast food. 

So girls especially, pergi tau buat body scan. Masing-masing asyik tak puas hati dengan badan sendiri kan.. Kurus ke gemok ke mesti ada masalah tertentu..

p/s:
PT still belom masuk.
Ada kes sampai nak serang kewangan.
Ya Allah hai..

p/s:
I'm happy!!
:)




No comments: