tak boleh nak berahsia lansung..

Minggu lepas.

"Kak Nina nak pergi mana pakai cantik-cantik malam-malam ni?"
"Pergi makan lah.."

Mereka pandang aku penuh curiga. Fon berbunyi.. Aku tengok fon dan senyum-senyum..

"Kak Nina nak pergi mana ha?"
"Ya Allah, saya nak pergi makan lahh.."
"Tipu.. Kenapa baca mesej senyum-senyum tu? "
"Allah haii.. Nak senyum pun tak boleh."

"Selalu Kak Nina pergi makan dengan kitorang selekeh-selekeh je.. (Kurang ajar kan) Ni siap pakai wangi-wangi."

Zyra yang tadi baring mengadap laptop dah bangun dan pandang aku dengan tajam.

"Kak Nina nak keluar dengan Kak Ira sekali ke?"
"Tak lah....." Aku masih betulkan tudung di depan cermin.
"Dengan Faiz?"
Aku diam je.
"Tapi kalau dengan Faiz pun pakai selekeh jugak. Tak pernah macam ni pun.. Ni bukan makan dengan Faiz ni.. Baik Kak Nina cakap betul-betul.."

Aku rasa nak ketawa. Fon bunyi lagi. Lepas tu aku ketawa-ketawa. Ketawa yang membangkitkan rasa curiga Dayah dan Zyra sekaligus.

Dan, lepas soalan bertubi tubi aku tak layan. Aku pergi toilet. Diorang siap kunci pintu dan..

Dan, bukak handphone aku baca mesej!

"Kak Nina, Sharukan (bukan nama sebenar) ni siapa haa????"

Lepas tu bertubi tubi aku kena bahan.

And, Dayah siap skodeng lagi aku dekat Mama Ita. Nasib tak nampak tuan empunya badan. HAHAHA..

Balik dari makan dengan Sharukan, kena mengadap Nurul pulak..
"Siapa Kak Nina orang tu??"
Soalan yang memecahkan ketawa aku.
"Kawan saya lah.. Kawan lama.."
"Tipu... Kak Nina pakai baju yang Faiz bagi.. Baju tu kan nampak Kak Nina kurus.. Mesti pergi jumpa orang special.'

Kahkahkah.. Macam tu punya fakta pun ada ke?

************************
Sebenarnya aku keluar dengan kawan lama aku. Lama kot tak jumpa. Kawan lelaki. Tak boleh bagi tahu lagi,nanti kontroversi. Keluar teman dia makan area kolej aku je pun.. Rumah dia kat Kepong je.. Tahu kenapa diorang macam syak sangat aku?

Kata Dayah,
"Kan Kak Nina pernah cakap nanti kalau Kak Nina couple lagi, Kak Nina tak nak bagi tahu. Kak Nina nak hantar kad kawen je. Sebab tu kitorang syak. Lepas tu Kak Nina asyik senyum-senyum je baca mesej. Dah la tiap-tiap pagi fon berbunyi.." Tettt..

Yang tetiap pagi fon berbunyi tu orang lain ye. 

Kata Zyra,
"Kak Nina selalu keluar sauk je apa yang ada. Lepak dengan siapa pun bedal je pakai apa. Tapi tadi nak keluar siap pakai lip balm. Lagipun, Kak Nina mana pernah keluar dengan laki berdua je.."

Ahahahaha!

Ye ke?

Hahaha.. Tak adalah.. Just happy jumpa kawan lama. ;p



4 comments:

Anonymous said...

semoga bahagia, im sorry :(

nadzirah sofia said...

haha..hot betul...sampai semua benda kena terjah

nyna amani said...

Anon : Sorry? For?

nyna amani said...

Nadzirah : Haha.. Memang pun!