Bukan Uitm Lendu je...

Apa yang jadi kat Uitm Lendu remind me to my own hostel last year.. Kalau ada orang kata diorang nak cari publisiti lah, apa lah, jangan lah pandai-pandai dan sedap mulut korang je cakap macam tu. Korang tak tahu macam mana rasanya bila ada di situasi tu.

Awal tahun 2012,dalam keadaan emosi aku yang tak stabil, our hostel diserang dengan benda-benda halus ni. It started dengan histeria lah. Setiap malam ada je yang jadi mangsa. Tidur pun terganggu. Sampai aku sendiri dah malas nak pergi tengok.

Keadaan tu semakin teruk bila satu hari kami semua yang duduk hostel diminta kosongkan hostel dan berkampung kat student center. Bayangkan lah dengan tiba-tiba dan tak makan lagi, dari awal malam sampai entah pukul berapa kami semua tak dibenarkan keluar. Disebabkan kami ni merungut kelaparan, warden bagi juga kamu keluar and tiba-tiba dengar orang menjerit. Seorang  student jatuh dan bangun perambat kami tak bagi balik. Benda tu dah masuk dalam that girl. Dia cakap,"Siapa suruh korang keluar? Masuk! Masuk!" Masa tu perasaan takut aku dah hilang, yang ada is sakit hati. Aku rasa macam,heyy, aku ada banyak benda lagi nak buat. Assignment berlambak,perut lapar.. Aku sengaja keluar lambat tak lari bertempiaran macam budak-budak lain sebab nak tengok budak yang kena rasuk tu. Perghh, mata bulat merah and budak laki pegang dua tiga orang pun dia kuat lagi..

Itulah pertama kali dalam hidup aku terasa macam kurang ajar punya setan. Dia masuk dalam badan orang lepas tu kejar /perambat orang lebih kurang 100 meter sebab nak suruh ikut cakap dia..What the hell punya setan. Memang dah nama setan.

Setengah jam kemudian barulah keadaan terkawal.Tabik spring dekat budak laki kolej aku yang berani. Tak kisahlah kalau dalam hati diorang takut, but diorang yang kawal keadaan. Baca doa, azan segala. Buat apa yang terdaya. Ustaz yang panggil ada kat surau buat cara dia, budak-budak ni buat cara dia.

Apa sebenarnya yang jadi?

Dengar cerita pasal ada event pergi Ulu Yam. Diorang ada buat aktiviti kat situ. Then ada couple yang buat tak senonoh.. See? Benda-benda halus pun tak suka orang buat maksiat kat tempat dia. Ada juga cerita kononnya ada orang ambik barang kat sana. Biasalah, macam-macam ceritalah yang keluar kan..

Apa yang boleh aku cakap, semua tu Allah nak bagi kita ingat Dia.Masa tu barulah pakat-pakat solat dan baca Yassin. Masa tu baru nak ingat balik segala Ayat suci yang terlintas. Masa tu lah segalanya kita berbalik pada Dia. Sebab keadaan yang seperti itu, semua orang tahu, Allah saja yang mampu tolong kita. Kita ni ikhtiar saja..


6 comments:

Bella Lim said...

woahh. bestttt. tak pernah rasa pengalaman camni. hahaha

nyna amani said...

Best? Tak best pun.. banyak benda terganggu..

Unknown said...

tak suka la histeria ni..kat asrama masa sekolah dulu pun ada kes2 macam ni

nyna amani said...

Itulah, memang dah jadi perkara biasa klu kat hostel ni..

Unknown said...

Dulu asrama saya kecoh. Mrsm Felda. Berjangkit histeria tu. Semua ni jadi lepas kami student form3 balik dari kem. Habis kecoh.

nyna amani said...

Kalau dah kata hostel, memang macam acara wajib pulak benda2 mcm ni kan..