Review drama Oh Lala Couple



Kisahnya diorang ni dah kawen tapi husband dia buat dia macam kuli. Bukan kuli dia je tapi kuli mak mertua, kuli adik ipar and kuli anak sendiri. Sampai satu tahap dia tak tahan and dapat tahu suami dia curang. Ok part ni aku nangis sangat sebab dia nampak depan mata husband sendiri dengan perempuan lain tu kiss and whatever dalam rumah dia sendiri! Rumah yang perempuan lain tu duduk is rumah heroin dalam cite nih. Heroin dia Neo yeok, Hero Sunam.

Lepas dapat bukti kukuh, diorang pun bercerai. Lepas je bercerai diorang tertukar badan.  Alah,jadi macam cerita Secret Garden tu. Lawak sebab Sunam tu memang pandai berlakon. Lepas tu lah macam-macam konflik berlaku dan terbongkarlah kehidupan diorang sebelum ni. Diorang kan percaya kehidupan selepas mati.

Masa kehidupan sebelum ni pun Sunam dia memang penipu, curang and hampeh la perangai. Neo Yeok ni sampai bunuh diri sebab kononnya pertahankan cinta apa benda entah. Bila dah mati kantoi la Sunam ni sebenarnya suami anak tiga dah pun. Memang perangai penipu pencurang tu bawak sampai ke kehidupan baru.



Bila dah tertukar badan, baru dia tahu Neo yeok ni susah macam mana. Baru dia lalui apa yang Neo yeok lalui. Banyak la yang rahsia pengorbanan Neo Yeok ni terbongkar.

Dalam masa yang sama ada la hero kedua and biasalah kan lagi baik lagi caring.

Lepas diorang dah tertukar badan pada asal balik, Sunam menyesal ceraikan neo yeok,curang and tak hargai ex wife dia. So dia nak balik kat Neo Yeok.

So, kalau korang nampak suami korang buat projek depan mata, sanggup ke korang terima balik even tahap cinta sayang korang tu setinggi gunung Everest?

Cerita ni tunjukkan betapa agungnya cinta isteri kat suami dia dan macam mana dia survive lepas diceraikan.
Selamat Menonton.


2 comments:

Unknown said...

lyeen x penah layan drama korea....uwaa..:(

nyna amani said...

Cuba lah try tengok.. Best..