Seminggu dua lepas aku sibuk lah dok usha sana sini pasal Felinna tu, lepas tu tersesat pulak terdengar ceramah Herbalife, kawan aku pulak sibuk ajak pergi gym.
Aku nak pakai Felinna tu pasal nak kuruskan peha yang mengalahkan peha ibu mengandung nih. Makanya aku sibuk lah cari testimoni segala. Tak sangka pulak classmate aku dah guna dah.. Ok, now aku nak bagi tahu berdasarkan pengalaman kawan-kawan aku. Bukan aku eh. Aku baru pakai semalam, itupun bukan aku punya.
Masa aku sibuk tweet pasal ni, kawan aku respon,
Ni testimoni kawan aku lah.
TAPI,
Aku tanya kawan aku lagi sorang. Farah nama dia. Aku tanya dalam kelas. Dia jawap,
"Entah la kak, tak ada pun.."
Then Ima ni cakap,
"Dah kau asyik makan je."
Fara gelak and cakap,
"Ha ah, saya tak control makan pun.. Tak ada perubahan apa-apa pun.."
Dan,
Sebenarnya Ima jugak minum Herbalife. Jadi aku tak tahu pengurangan dia tu atas sebab Herbalife atau Si Felinna ni.. Atau gabungan kedua-duanya..
Yang aku pulak sendiri pakai, aku boleh cakap bau dia memang wangi.
Siapa kata tak pedih?
Mula-mula memang x pedih. dah lama-lama tergaru-garu aku kepedihan.
Aku membayangkan lemak-lemak aku sedang dibakar.
Tapi,
"Kalau tak jaga makan, tak guna jugak."
So, tak payahlah aku beli kan?
Next is Herbalife. Yang ini bebudak bilik aku pakat dok shake lah hari-hari. Yang berisi sikit pun beli, yang kurus kedeking pun beli. Semuanya sebab nak balancekan berat masing-masing lah.
Aku tak tahulah nak cakap Herbalife ni macam mana. Yang aku nampak, kawan aku asyik tak bermaya je pasal tak makan. Pagi minum shake, tengah hari makan sejemput, malam minum shake.
Sebab apa makan sejemput? Sebab kalau kau minum Herbalife ni tiga tong pun kau tak jaga makan, jangan mimpilah nak kurus der...
Herbalife ni just tolong kau cepatkan and balancekan apa-apa yang patut..
Tapi idok lah aku nak shake pagi malam tanpa makan..
NEHI!
Turun ke beratnya?
Mana tak turun dah kalau makan sejemput.
Setahu aku kalau minum shake ni kita jadi kenyang kan?
Tapi aku tanya kawan aku, kenyang ke minum benda alah tu.
Dia jawap,
"Tak pun!"
Sanggup berlapar? Sanggup malam kalau kebulur nak mampus kau telan lah segala buah-buahan yang ada?
Aku tak sanggup.
Aku kalau kebulur nak nasik, NASIK!
Ha.. gym pulak. Gym ni kawan aku Ekyn lah dok ajak-ajak aku pergi. Menggoda aku dengan sauna segala.. Tapi aku batalkan niat sebab kat situ tak ada mamat ensem. Yang ensem bawak awek sekali. Wahahaha.. Tak adalah.. Aku ni mana mampu nak pergi gym bayar Rm80 sebulan.. Duet aku untuk makan adalah.. Duet nak pergi gym bagai tak ada..
Kurus ke pergi gym?
Memang akan kurus TAPI, yang ini pun sama kena jaga makan.
Kawan aku sendiri cakap kalau kau hari-hari pergi gym pun, tengah malam mentekedarah macam bela saka, nan hado kau nak kurusnya..
Cuma apa yang bestnya bila kau pergi dapatlah buang peluh, kenal-kenal dengan orang, dapat ilmu baru, jumpa orang baru, sama-sama share pengalaman.
**********************
Bagi aku, kalau kau nampak orang badan lansing kan, ada dua benda je.
1. Memang badan dia makan macam bela saka atau tidow macam hape pun, badan dia dah memang cenggitu. Maintain je.. Memang ada orang yang jenis macam ni.
2. Dia jaga makan dan jaga semuanya. Bukan setakat buat satu-satu perkara. Dia mesti berusaha keras untuk dapatkan badan yang macam tu.
Tak yah bohong lah.. Kawan-kawan aku pesen dua ni je.
Ada sorang tu punya obses nak kurus segala memang dia buat semua benda.
Hasilnya memang kurus selim melim lah.
Berbaloi lah dengan apa yang dia buat.
Dan, bagi aku kau pakai dan makan lah suplement apa pun,
kalau kau tak jaga makan, janganlah nak berangan lebih-lebih.
So, macam aku ni dah banyak sangat alasan kan,
aku rasa satu cara je aku boleh turunkan berat badan aku.
Tak payah nak Felinna sangat,
tak payah nak Herbalife sangat.
Better aku puasa dan masa berbuka makan lah sekadar aku perlu.
Lepas tu nak kecikkan peha, baik aku rajin pergi kelas turun naik tangga tak pun buat senaman yang Tat Loo ajar. Sama je macam aku pergi gym.
Ye dak?
3 comments:
kita mengalami masalah yg sama! tapi kita punya masalah tummy yg menebal.hehe.dan kta tak suka pakai corset.huhu
Kita pun tak suka pakai korset..Tak selesa and entah,memang tak best lah..
Blog walking here.huh3x..mcm i dah pakai mcm2 corset.kebanyakkan tak selesa n tahan lama.
Alhamdullilah bertemu dengar premium beautiful corset.sgt selesa,time panas pun tak rasa rimas.badan pun tak berbau.badan pun makin mantap n bertenaga.
Love it.
Post a Comment