Dan setahun pun berlalu..

Tengah hari tadi aku teman Ekyn pergi service kereta lepas tu singgah rumah dia. Masuk rumah cari mak dia nak salam and mak dia terbeliak bijik mata pandang aku.

"Kurusnya.. Kenapa kurus ni?"
"Haha.. Mana kurus.. Mak cik salah orang ni.. Ingat tak saya siapa ni..?"
"La.. Nina kan.. Mak cik ingat lah.. Kenapa kurus ni.? Apa rahsianya?"

Hahaha, mak Ekyn memang suka buat lawak. Actually aku tak sedar yang dah setahun juga aku tak datang rumah Ekyn. 

Masa nak balik Mak Ekyn hug me tightly and aku rasa macam sebak. Don't know why. Mungkin dia juga seorang ibu yang faham atau entah. And, ni aku tengah taip ni, aku tengah tahan air mata.

Sebenarnya aku bukanlah kurus sangat. berat 48kg tu tak kurus pun.. Cuma, berat aku turun mendadak. Dari 56 sampai 48kg. Itu pasal orang nampak perubahan tu. Ni pun aku dah gemuk balik mak dia tegur kata kurus. gemok betul aku dulu kan. Padanlah kena tinggal. HAHA.

Mak Ekyn peluk bahu aku sampai pintu rumah. Masa nak lepas mak Ekyn cakap, 
"Mak Cik ingat senyum awak tu.. Bila senyum mak cik kenal.."

Balik dari rumah Ekyn terus pergi kelas. After kelas bukak Twitter nampak ni.


Kenapa semua orang nak buat aku sebak ni? Hehe.. Jannah, terima kasih sebab selalu faham saya. Selalu ada bila-bila saya perlu. 

Setahun berlalu dan aku semakin kuat tanpa dia. Segala kenangan yang paling indah dan yang terpaling pahit itu sudah aku bungkus kemas-kemas dan simpan di satu sudut yang jauh. Dan setiap baris ayat kata yang dia pernah katakan pada aku, yang buat hati aku dihiris-hiris itu, aku simpankan jauh disudut hati. Aku jadikan dia perisai supaya aku tidak terus cinta dan rindu dia lagi. Biar lah segalanya berlalu dan jadikan pengajaran untuk aku. :)