Splendid Saturday even ada kes ragut x diduga..

Rabu lepas masa tengah lepak makan malam tiba-tiba Megat cakap. "Jom kita breakfast kat Morib weekend ni." Aku gelak je lah. Aku jawap balik, "Kau nak buat apa breakfast jauh-jauh?" Dia jawap la nak tengok ketam lah. Aku banyak kali la jugak pergi Morib tu pasal dekat dengan rumah Zyra, aku rasa tak ada apa-apa pun kat situ then dia sambung lagi, "Lepas tu kita lunch kat Wangsa Walk tempat kitorang makan ari tu.." Aku tak sangka pulak dia ni memang cakap betul-betul bukan main-main.

So, semalam pagi buta pukul 7 lebih kitorang gerak ke Morib.




Kami pergi berempat je pasal Una ada presentation.



 Orang batak tengok belacak.





Lepas breakfast kat Morib, tak sempat nak ambek gambar sebab dah lapar sangat masing-masing. Breakfast hadap laut style jugak idea si Megat ni kan. Ok, lepas tu kitorang nak pergi jumpa adik angkat Megat. dia duduk kat Banting tu. Masa tengah call, adik angkat dia sambil keluar nak tunggu depan rumah dia kena ragut! Kitorang dalam kereta macam apa je. Megat dia bengang, dia pusing satu perumahan nak cari motor tu kononnya. Mana nak jumpa dah. Kesian betul aku tengok adik angkat dia. Nama dia Ika. Aku kenal pasal budak tu satu kolej dengan kitorang jugak. Tak pasal-pasal fon baru kena ragut. Then Megat hantarkan Ika buat report polis and pergi klinik. Punyalah lama kami bertiga duduk dalam kereta. Macam-macam benda gila dah buat. Haha. 

Lepas hampir dua jam selesaikan apa yang patut, kami hantar Ika balik and teruskan perjalanan balik KL semula. Next plan is lunch dekat Wangsa Walk tempat yang diorang cakap sedap sangat tu kan.

So..


U cafe nama restaurant ni. Kitorang lunch dah pukul 5 lebih! Bayangkan lah tahap kelaparan nya. Makan-makan pulak perut dah masuk angin. Semua makan tak habis. Lagipun portion dia banyak. 

Lepas makan teman diorang karaoke pulak. Aku dengan Ira segan. Tapi pegang jugak mic. Haha. 

 Budak dua orang ni memang hantu karok. Dua jam tu memang diorang je lah yang nyanyinya. Aku dengan Ira dengar ja. Lagipun suara diorang memang sedap. Jadi tukang tepuk tangan la kami.. 

Lepas karok dua jam ingat nak balik dah la, Megat ajak lepak minum pulak. So kitorang singgah Coffee Box kat Sri Gombak minum-minum lepak-lepak.. Masa tu masing-masing dah melepet dah. Padahal yang bawak kereta Megat ja..

Pukul 11 lebih gerak nak balik dah tapi sempat lagi Megat singgah rumah Mama dia ambek duet.. Lepas pada tu baru balik hostel.
Fuhh, penat.




Thanx to Megat sebab dia yang bawak kami jalan-jalan.
So, dia bayar semua.
Haha.
Thanx  semua.
You all made  my day.
:)


Bye! :D