Lama dia cuba sembunyikan segalanya. Lama aku bertahan dari mencari. Dia halang aku datang masa wedding tu dan aku sendiri pun tak nak pergi. Aku cuba tak cari apa-apa gambar dan aku cuba tak active mana-mana social network dalam tempoh itu. Bukan sebab aku rasa tak kuat tapi sebab dia kata dia tak nak aku tengok.
Tapi benda baik sorok buat apa. Tapi benda cantik dan menarik dan memang aku teringin nak tengok kenapa aku tak nak click kan.
Tapi lagi, selepas beberapa bulan. Hmm, mungkin hampir setahun, aku tengok jugak. Aku nampak jugak. Cumanya,aku tak tahu pulak macam ni yang akan aku rasa. Dulu, kalau dia kata jangan tengok sebab nanti aku jeles, aku ketawa saja. Aku sayang dia tapi bukan lagi cinta. Rupanya bila tengok,macam ni rasa dia.
Aku senyum tapi dalam hati sedikit sakit. Aku rasa macam menyesal pun ada. Menyesal kenapa aku tak nak harung semua liku dengan dia dulu. Kenapa aku mengalah dan beralah. Kenapa aku tak cuba nak degil macam dia. Kenapa aku boleh lepaskan dia dan pilih orang yang salah. Masa itu, Allah bagi aku banyak peluang, bukan banyak saja malah banyak kali. Tapi aku tetap pilih untuk beralah. Soal ibu bapa, soal tak restu keluarga memang aku lemah.
Sekalipun macam ini rasa dia, aku redha. Aku doakan dia akan bahagia. Aku mahu dia bahagia. Aku mahu orang yang pernah buat aku bahagia-sangat bahagia itu juga bahagia. Kalau aku tak tengok, mungkin aku tak faham sisa rasa yang masih aku ada. #sigh.