Khamis minggu lepas dalam pukul 11 pagi aku tersedar fon berbunyi. Faiz rupanya call aku, dia tanya aku dalam kelas ke. Aku tidur tak sedar lansung. Aku sepatutnya ada kelas pukul 11 tu. Nasib baik dia call. Sebab kelam kelibut aku tak sempat nak tanya kenapa dia call then dia pulak cepat-cepat suruh aku bangun bersiap pergi kelas.
Aku bukak mesej. Nampak tiga mesej dari dia. (Aku malas nak screenshot)
1. 'Nina,aku lapar.'
2. 'Mok,kau ada kelas ke?'
3. Kak, kau ok tak?'
Tiga-tiga mesej ni dari dia. Mesej yang ketiga tu pelik la sebab dia tak pernah la pulak kalau aku tak reply tanya ok ke tidak. Selalu dia call terus ja.
Then petang tu aku ada kelas sama dengan Faz. Kelas simulation. Masa siapkan task, Faz cerita.
"Pagi tadi kan Faiz bangun-bangun tanya aku macam ni, 'Kau tau aku mimpi apa?' Aku pun teka. Mimpi Nina kan? Dia tanya macam mana aku tahu. Actually aku pun mimpi kau jugak.'
"Ha..? Korang mimpi apa? Buruk ke baik?"
Mula-mula Faz tak nak cerita, tapi aku suruh dia cakap jugak mimpi apa.
"Aku mimpi buruk.. Aku mimpi kau mati."
"Haa..??"
"Aku dengan Faiz mimpi sama. Aku dah tak ingat tapi dalam mimpi tu aku nampak ada bukit lepas tu aku nampak Faiz dukung kau. Kau dah mati.. Faiz pun mimpi ada bukit lepas tu dia dukung kau."
"Weyy.. Ni yang aku takut ni.. Korang ni, tidur tak basuh kaki ke?"
Malam tu masa lepak aku tanya Faiz. Mula-mula dia pun tak nak cerita jugak. Ye lah,macam mimpi tak elok kan.. Tapi aku tahu je la kalau nak tahu tu macam mana.
"Aku mimpi kau jatuh bukit. Kau cedera teruk gila tambah-tambah kat kaki. Memang teruk r.. Dah la aku mimpi aku kena dukung kau. Berat pulak tu. Berapa kali aku jatuh sebab nak turunkan kau dari bukit tau tak??"
"Ahh,kalau macam tu memang mimpi tipu la tu. Kau badan macam ni mana larat nak angkat aku.. Tipu je mimpi tu."
"Dah tu kau ingat aku nak sangat angkat kau? Dah la dalam mimpi tu macam-macam halangan.. Sampai terjatuh jatuh aku.."
"Eleyh, dalam mimpi kononnya angkat aku la. Kalau hakikat,kau golek je aku dari atas ke bawah kan?"
"Eleyh, dalam mimpi kononnya angkat aku la. Kalau hakikat,kau golek je aku dari atas ke bawah kan?"
Lepas tu macam biasa. Pasal mimpi pun dah meleret merepek-repek..
Aku cerita kat Ira. Ira gigih google pasal maksud mimpi.. Memang tak elok la.. Eiyy, tapi jangan percaya sangat.. Dijauhkan lah..
No comments:
Post a Comment