Tipu sayang

"Aku  tak nak dari kita berkawan kemudian kita jadi lebih dari kawan. Aku tak nak begitu sebab bila jadi saja lebih dari kawan, sikap aku akan bertukar dari macam selalu kita berkawan. Kalau sekarang, kita tak selalu mesej atau tak selalu keluar pun aku lansung tak kisah. Kau keluar dengan siapa-siapa pun aku tak kisah. Tapi nanti, kalau kita jadi lebih dari kawan, aku akan kisah dengan semua tu. Aku akan kisah kalau aku mesej kau dan kau lambat reply, aku akan kisah kalau kau jarang datang jumpa aku dan aku akan jadi kisah kalau kau kata kau nak keluar melepak macam selalu. Lama-lama nanti kau mesti akan rimas dengan aku. Jadi lebih baik kita macam ini saja. Kita jadi kawan selamanya.

Paling aku takut bila kita jadi lebih dari kawan, kau akan bosan sebab aku akan jadi perempuan paling sensitif dalam dunia. Aku tak nak nanti kau jemu kemudian lansung kau tinggal aku. Jadi biar kita jadi kawan dan biar kita jadi 'kau sayang aku dan aku sayang kau'. Cukup sekadar sayang itu."

Tapi alasan aku tak diterima.

"Tipu, sebenarnya yang kau post dekat FB tu kan?" Dia kata.
"Ha..?"


"Nina sayang, jangan tipu orang yang sayang kau sayang..."

Kemudian aku diam.
Tunduk tahan rasa ketat di dada.



2 comments:

Zakia said...

Situasi kau sama dgn situasi aku..Aku akan jadi org yang paling sensitif dalam dunia. That's why 3 tahun lenyap macam tu je. Redha.. Keep calm & continue the journey..Then smile :)

nyna amani said...

Yes smile.. Keep calm.. Semuanya akan jadi lebih baik.