Terlambat,tak nak datang tapi datang jugak

Aku selalu ingatkan diorang tempat-tempat yang aku tak nak pergi. Tapi diorang memang suka bawak aku tempat yang aku tak nak pergi. Malam semalam masa lepak tiba-tiba Faz ajak overnight. Sabtu tu sebenarnya kitorang ada Kemahiran Insaniah. Mulanya memang malas aku nak buat kerja gila overnight bila esoknya ada aktiviti. Tapi tak tau macam mana aku kata, "Ok jom."

Then.. kat sini yang kitorang sampai.

Aku dah kata, aku tak nak pergi Shah Alam lagi........ Tambah-tambah I-city dengan Uptown.. Tapi Faz,
"Kat mana lagi kau tak nak pergi? Aku bawak." Tuptup lepas pergi I-city dah sampai Uptown Shah Alam.

Faz padahalnya dah banyak kali pergi I-city. Aku dengan Faiz je yang tak pernah sampai. Faiz lak tak nak pergi jugak. Dah sampai dia yang paling excited. Aku dengan dia je dok bergambar. Ira dengan Faz dah banyak kali datang so diorang tak excited lansung. Haha. Aku dengan Faiz yang tak nak datang tapi terdatang pulak yang suka tengok lampu-lampu jadah tu..

Kitorang jalan sampai dua pagi, masuk 6D bagai. Macam tak pernah. HAHA. Sakai masing-masing. Then Faz dengan bersungguh bawak tempat-tak-nak-pergi, Uptown Shah Alam. Then pukul berapa entah balik KL breakfast kat McD. Lama jugak lepak kat McD,satu jam lebih kot. Lepas tu boleh pulak Faz tertinggal wallet kat McD. Patah balik lepas tu balik kolej, subuh tidur setengah jam,bangun then pergi KI. Tuhan je tahu betapa mengantuk dalam student centre tu. Balik KI 6:30, bajet tak nak tidur nak tunggu Maghrib sambil mesej2 dengan malaun tu tertidur sampai pukul 4 pagi tak sedar apa. Bangun update blog. Hee.. ;p

2 comments:

ezyra taharin said...

seronok gak kan skali skala kita overnite camtu hehe

nyna amani said...

ha ah.. seronok sangat! :)