"So, what he said?"
"Sound me jangan salahkan buah hati dia."
Kami ketawa serentak.
"Bila masa kau buat macam tu?"
"Itulah yang aku fikir. Aku tak tahu sama ada dia yang salah faham, atau buah hati dia yang salah faham."
"Dah la, lupakan. Lagi, dia cakap apa?"
"Dia tanya kenapa aku lepaskan kebahagiaan aku."
"Maksudnya?"
"Entah, mungkin dia baca blog aku dan baca cerita pasal kita."
Aku lihat dia geleng kepala perlahan.
"Kalau kita sibuk kejar kebahagiaan sendiri and tak fikir orang lain, memang lah macam tu pemikiran."
"Mungkin dia sebenarnya tak tahu apa sebenarnya yang berlaku." Aku membela.
"Masih pertahankan dia?"
"Jelous?" aku terlihat inai dijarinya. Mungkin dia perasan.
"Siapa yang jelous sekarang?" Dia senyum senyum.
Tanya hati aku, aku cemburu ke? Ok, sedikit.
"Dia kata dia lepaskan aku untuk aku cari kebahagiaan aku. Tapi hakikatnya untuk kebahagiaan dia sendiri. Kenapa orang lelaki suka putar belit ayat? Susah ya nak jujur?
"Aku tak ada jawapan. Sudah lah. Hari ni last day kita kan. Rasanya nanti-nanti aku akan cari kau lagi."
"Haha, waktu tu kau dah ada anak. Mesti comel kan. Kalau ikut muka akak la.."
Diam.
"Terima kasih datang semula waktu aku sedang jatuh. Maaf dulu aku lebih memilih dia." Entah kenapa aku rasa sebak. Sukar aku jelaskan apa yang berlaku antara kami. Susah aku nak terang dan cerita apa sebenarnya yang terjadi pada siapa-siapa.
"Aku mintak maaf atas semuanya."
Mataku hangat. Air jernih tak dapat aku tahan lagi. Apa yang berlaku selama ini, ujian yang Allah itu berikan, aku redha. Perlahan dia kesat air mata aku.
"Apa yang kau korbankan dari dulu sampai hari ni, suatu hari nanti, Allah akan balas."
Aku pandang dia. Matanya merah dan basah. Aku kesat air mata itu. Pedihnya apa yang kami sama-sama pernah lalui, hanya DIA yang tahu.
"Lepas ni pandang depan. jangan toleh lagi. Jangan goyah."
Aku angguk-angguk.
"Paling penting, belajar jangan main-main dah. Forget him. Focus on your study."
"Lagi?"
"Ermm, kau yang paling cantik."
"Ha?"
"Kan dia kata buah hati dia lagi cantik kan. Banding-bandingkan kau dengan that girl. Believe me, pada mata aku, kau paling cantik."
"Tadi kau baca novel or tengok drama korea ke?"
"Sebelum aku pergi, aku nak bagi tahu perkara-perkara yang tak sempat aku nak cakap sebelum ni."
"Ye lah.. Lagi, nak puji apa?"
"Kurus memang cantik. Tapi kurus sebab makan hati tak cantik. Asal kau happy, macam mana pun kau akan cantik."
"Perli?"
"Kau tak pernah makan tak habis. Tapi sejak kita keluar sama seminggu dua ni. Kau makan tak pernah habis. Aku tak suka."
Dia perasan? Ermm..
"Pizza Hut."
"Huh, kenapa dengan Pizza Hut?"
"Kalau aku ajak makan mana-mana, kau tak pernah kisah. Tapi bila Pizza Hut, kau terus cakap tak nak. Nak kata tak suka, dulu kau ok je. Aku tahu ada something. Tapi sampai bila kau tak nak berdepan dengan kenyataan? Nanti, aku dah kat sana. Take picture kau dalam Pizza Hut and send pada aku."
"Hahaha.. Sampai macam tu. Lagi?
Aku terus dengar bebelan dia. Dulu, aku tak tahu kenapa aku jatuh hati pada lelaki ini. Tapi bila aku kehilangan, aku mula sedar. Dan bila rasa itu datang kembali, dia telahpun mahu pergi.
Pic aku paling senonoh. Ape da. |
Selepas susur pantai bersama,ambil gambar segala. Sayangnya aku tak boleh masukkan pic kamu. Nanti ada yang terluka. Lagipun, sekejap saja lagi kisah ini akan tamat. Okeh, sebenarnya dah lama patutnya dah tamat. Tapi dua manusia ini sungguh sangat degil.
Aku lihat keretanya berlalu. Balik rumah aku punggah laci. Gambar aku dengan yang enam tahun itu aku renyuk dan buang. Aku koyak diary dan segala tentang kami. Aku telah berjanji,
"Kalau dia boleh buang kau, kau mesti boleh buang dia. Enam tahun ke, apa ke, kalau orang dah tak sudi, orang dah buat kau macam ni, sudah lah. Cukup. Janji dengan aku, kau akan buat. Janji dengan aku hidup baik-baik. Kalau kau sayang aku.."
Ya, kalau aku sayang kau. Aku sedang musnahkan segala sisa yang ada...
13 comments:
serius sedih entry nie...
serius sedih entry nie...
boleh tulis novel dah wei~~
Peduliapaaku: :')
Zakia: Boleh eh? ok cun! Haha
siyesly pedih but nyna bley buat :)
I will. :)
macam mana kau boleh wat ayat sedap gini?
aku xreti la
jelous aku kau pandai mengarang~
kau ni macam karang novel la pulak bile aku bace
=.=
macam mana kau boleh wat ayat sedap gini?
aku xreti la
jelous aku kau pandai mengarang~
kau ni macam karang novel la pulak bile aku bace
=.=
Hahaha.. Bacalah novel dari umur 10 tahun.
dah macam dalam novel plak aku tgk...cis..
Ai,baru tengok da mcm novel. Belom baca lg..
sedih la pulak...sobsob :'(
Post a Comment