Pencinta Novel:Bila sena kembali berbunga

Pernah baca tak novel ni?

credit:rinntis

Novel ni zaman aku sekolah rendah rasanya. Dua kali aku pinjam kat perpustakaan bergerak. Kisah Zek dengan Afiqah. Kisah zaman sekolah dimana Zek ni pandai, Afiqah ni kurang sikit. So, Zek ni ajar Afiqah subjek Lukisan Kejuruteraan kat bawah pokok sena. Zek anak orang kaya, Afiqah anak orang biasa-biasa. Latar belakang dia SMK Teknik Kuantan and sebenarnya sekitar kawasan rumah aku je. Masa aku baca tu, aku bukan tinggal kat Kuantan lagi. So, bila aku dah pindah dan sekolah tu sebelah sekolah aku masa upper six,terus aku boleh imagine tempat tu. :) 

Sebenarnya novel ni ada sambungan yang kedua sebab dapat sambutan kan. Tapi yang kedua aku tak baca pun sebab kawan aku kata dah tak best. Alah,macam sambungan Ombak Rindu jugak. Sakit hati je baca.

Now, penulis novel dia bukak bakery tau. Dekat Sg Isap Kuantan. Hari tu masa cuti semester Azie ajak aku pergi. Kot-kot lah dapat jumpa penulis dia..

Moist choclate cake. Sedap woo.. 


Kedai dia tak banyak sangat jual cake. Kalau kita nak, kita kena tempah. Azie tempah cake untuk birthday mak dia sedap woo. Lepas tu kat sini sebenarnya lebih kepada dia mengajar buat cake. So sape nak belajar boleh la datang..Aku tak dapat pun jumpa dia sebab yang ada student and pekerja dia je.. Tak apalah, kitorang beli cake ni nak rasa.. Sedap! :)

****************
Watak Afiqah dalam novel tu sangat simple. I mean selalu novel ni watak heroin kan nak cantik,menarik,kaya,bijak,cerdik kan. Tapi Afiqah tak. Dia sampai ambek SPM dua kali kononnya sebab frust dengan si Zek ni.. But, she is a strong person la dengan family macam tu, mak Zek pulak tak suka. Lepas tu Zek pulak seingat aku watak dia berkaca mata. Selalu usik Afiqah sebab lukisan Afiqah yang buruk. Scene paling aku suka bila cikgu Afiqah tunjuk lukisan (lukisan kejuruteraan) tu dekat kelas Zek. Contoh lukisan paling buruk. Hahaha.. Malu woii..

And, quote dia yang paling aku ingat sebenarnya.

Aku mahu membahagikan semua orang. Tapi aku tak mahu mereka bahagia di atas penderitaanku. 

Aku rasa novel ni memang kau takkan jumpa dah kat mana -mana kedai buku.





2 comments:

L said...

hehe. sy bukan ulat buku.. L selama 3 tahun belajar kat mktab nih, xpernah L beli buku. haha... tudia.

nyna amani said...

Tipu.. Buku belajar?