Sebenarnya tak ada apa yang berubah sangat pun. Cuma dulu ada text-text, now handphone letak mana pun tak tahu dah. Dah tak ada miss2.. love2... Ah, semua tuh pelesu je lah. Dah sampai tarikh luput pun. Actually pasal text nih tak mende sangat sebab selalu dia yang text dulu cakap pasal kerja la, apa la. Aku jarang nak mengadu. Sekali sekala je sebab dia bukan berminat nak tahu pun.
Erm.. Nak kata dah tak keluar dating pun tak rasa sangat sebab aku dah biasa kot jarang sangat jumpa. Aku kat sini pun berapa kali sangat ja jumpa.. Dulu masa dok Kuantan, janji dengan aku bila dah dekat paling koman jumpa sebulan sekali.. Erm, dah 3 sem, baru 4-5 kali kot jumpanya... Boleh?
Ok lah tu kan... Bagi dia la.. Tuh pun mujur nak jumpa aku kan...
Yang lain? Erm... Sebenarnya untung jugak masa aku bercinta, dia bukan jenis bagi-bagi barang. So, tak ada sangat la tengok apa-apa terkenang kat dia. Lagi satu untung jugak dia memang tak suka ambek pic dengan aku. So, tak ada nak tengok pic sama-sama then bergenang air mata lagi kan.. Lagi satu dia tak pernah kenalkan aku dengan family ke hape, so, dah settle probs kat situ. Tak payah nak bersoal jawap macam aku bersoal jawap dengan kawan-kawan aku.
Aku tak tahu kenapa aku tersangkut sampai enam tahun. Serius. Rasa macam, eh, ye ke? Bodohnya aku. Then aku cakap kat diri sendiri. "Oi, bukan ke dulu dia tinggal kau? Sekarang kena tinggal lagi? Haha. Bodohnya kau..." Yup, thanx to him sebab ajar aku kenal diri sendiri. Wohha...
And, dah jadi kerja aku bila break, berdepan dengan 'kawan perempuan' dia. Heyy, tolonglah. Aku dah muak dengan kerja aku. Lantak korang lah nak keluar ke, nak kejadah ke.. Kisah pulak aku kan..
Hati aku dah remuk sangat dah. Mana taknya, kena lenyek dengan orang yang sama dua kali. Kuat aku nih sebab hidup lagi.
Mula-mula break aku rasa aku yang bersalah. Sampai aku mintak maaf dengan dia. Tapi secara logiknya, bila aku kenang-kenang, malas nak salahkan diri sendiri lagi. Yang letih dan sakit aku sendiri. Yang tenang and bergumbira is dia.
Aku harap, suatu hari nanti, aku dapat lenyapkan perasaan aku pada dia 100%.. Buat masa sekarang. Aku nak kumpul balik kawan-kawan aku yang dah aku lenyapkan. Boys, and girls, nantikan kepulangan aku. Haha~ Nina yang dulu akan kembali..
:P
Yang konon-konon nak mengisi kekosongan hati, terima kasih je lah. Aku tak berminat lansung. nak muntah lagi ada. Kalau setakat sama dengan lelaki yang aku kenal, kau kenal dengan orang lain je lah.....