Kau yang pekak, atau aku yang silap cakap?

Aku ada satu tabiat yang aku tak tahu sejak dari bila start. Aku suka korek telinga sampai dah tak ada sebarang najis dalam telinga aku nih. (Jangan ikut sebab sangat tidak elok!) After masuk sem baru, pengorek telinga aku hilang. So semalam aku pun nak pergi beli la yang baru.

Then after dinner malam tadi dengan Zyra and Dayah, lansung kitorang pergi kedai. Diorang teman aku la.

"Bang, saya nak besi pengorek telinga tuh." Sambil tunjuk benda alah tuh. Dia kat dalam macam almari kaca. So boleh nampak la.

"Nah."

Zyra and Dayah : Yang ni ke kak???
Sambil pandang muka aku. Dua-dua muka tahan gelak dah.

Aku: Gila ke ape aku nak korek telinga dengan benda alah nih..

Zyra and Dayah gelak kuat. Abang tuh malu-malu then bawak keluar pulak benda yang betul. And boleh pulak dia tanya, "Yang ni ke?"

Aku cam, kau buat lawak ke bang? Tapi muka kau macam tak buat lawak. Aku tak tahu sama ada dia tak pernah korek telinga, atau dia tak tahu beza atau tersalah ambik. Tapi nak kata macam tersalah ambik tak jugak. Tak faham aku. 

Boleh imagine tak korek telinga pakai benda alah kat atas tuh??

Since dari kes tuh, Zyra dengan Dayah dok gelak tak abis-abis. Bila nampak je aku pegang pengorek telinga, diorang dok gelak-gelak. Gelak bersungguh sungguh lak tuh. Reaksi abang tuh memang kelakar gila kot.
Then kitorang imagine macam-macam.

First.
Nanti nak lalu kat kedai tuh then cakap, "Bang, abang dah kenal dah pengorek telinga?"

Second.
Lepas makan, lalu situ sampai pegang pencabut bulu ketiak , sambil lalu sambil pegang cakap, "Abang................ ni bukan pengorek telinga tau.."

Third.
"Abang, kitorang nak beli besi pengorek telinga tau. Bukan besi pencabut bulu telinga............."

Kahkahkah. Dayah cakap, entah-entah esok dia dah berhenti kerja.. Hahaha~~


2 comments:

Zakia said...

giler ah korek pakai bende ni

nyna amani said...

tahu x pe.. gile.. haha