Terlalu lama aku melayan jiwa.
Terlalu lama aku layan derita.
Aku terlupa hidup ini bagaikan roda.
Bila ia berputar, nanti aku akan ke atas semula.
Jenuh dengan cinta dunia.
Jenuh terkenang janji setia.
Sungguh aku mahu benar bangkit semula.
Terima kasih kepada semua.
Terlalu ramai yang mengingatkan.
Semua ini adalah dugaan.
Semua ini adalah ujian.
Aku harus kuat untuk melawan.
Dia hanya sebuah kenangan.
Kenangan pahit yang sukar ditelan.
Sungguh sukar untuk memaafkan,
kerana aku seorang perempuan.
Tapi bila difikirkan,
dia bahagia dengan si pilihan,
aku menangis asyik terkenangkan
lebih baik aku ingat kepada Tuhan.
Sudahlah,
hidup mesti diteruskan.
ku ajar diri supaya pandang kedepan.
menikmati sebuah kehidupan
yang dulu penuh nikmat tapi aku telah abaikan.
Aku akan betulkan segala kesilapan.
semoga di masa hadapan,
aku akan melihat dia dengan senyuman
tanpa air mata yang berlinangan.
Wahai jiwa, teruslah bersemangat agar engkau kembali bangkit dan kuat.
;)
Terlalu lama
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
nyna kuat..!! :)
entry yg besh!! :D
Post a Comment