Hanya Tuhan yang tahu lepas aku tahu kebenaran. Terlalu sakit untuk aku telan. Segala yang aku tahu masih terbayang-bayang di ruang fikiran.
Tak pernah terlintas di fikiran selama nih dia curang. Lansung aku tak dapat detect. Rupanya setahun yang lepas dia ada orang lain.
Boleh korang bayangkan dia bandingkan aku dengan perempuan tuh. Siapa lagi cantik. Boleh bayangkan perasaan aku bila dia cakap dengan orang lain perasaan dekat aku dah mati and dia dah sasau kat perempuan lain. Enam tahun perasaan tuh boleh mati macam tuh je?
Aku bersusah dengan dia,aku tahan dengan sikap dan perangai dia, boleh dia kata dia tak ada feel dengan aku? Dah la tuh, mengata aku dengan orang lain.
Memang aku tak cantik macam perempuan yang kau gila sangat tuh. Aku nih jenis ikut kata kau, dia degil. Sebab tuh kau suka dia. Bila dia tak reply text kau, kau sasau.
Padanlah bila kau text aku, aku tak reply kau buat bodoh je kan.
Aku rasa macam loser gila. Aku menangis sedih bukan sebab dia, tapi sebab fikir apa yang dah dia buat pada aku. Kejam.
Terlalu banyak perkara yang berlaku sebenarnya. Tapi cukup lah orang tahu itu. Terlalu pahit untuk aku ingat balik.
Aku cuba teruskan hidup aku baik-baik. Membayangkan dia sekarang tengah bahagia dengan kekasih hati dia buat jiwa aku mati. Aku buat keputusan delete account Fb supaya nanti aku tak tahu and tak akan nampak apa-apa tentang dia and perempuan tuh.
Sungguh sampai hati dia buat aku macam nih. Tak apa if dia ada perempuan lain. Bagi tahu aku. Bagi aku faham. Ini tak, bila aku tahu sendiri, rasa macam........... Entah....
Sampai enam tahun mainkan aku. Sungguh, aku tak dapat maafkan.
8 comments:
sabarlah awak. mungkin ada hikmah di sebalik semua ni. apa yang awak boleh buat ialah bersyukur tuhan bukakan mata awak. sekarang awak dah tahu macam apa jenis lelaki tu. kuatkan diri menempuh dugaan. saya doakan awak baik baik sahaja.=)
erm.. simpati gler kt ko nyna.
aku sbg kawan dpt doakan yg terbaek je tuk ko. blaja dr kesilapan. jgn mgharap sesuatu bnda yg kita xpasti kesudahan nya.
be strong k! love u :)
nyna.. b strong !
Bintang Asterisk: Thanx. X tahu nak cakap apa dah. sakit dia Tuhan je yg tahu..
jannah: Thanx Jannah. Luv you too... :(
Thanx eera. :)
saya pun pernah alami rasa kecewa macam awak tapi hubungan tu cuma 3 tahun. Nampaknya awak lebih sakit. Apa yang perlu awak buat kuatkan hati dan iman. Tuhan je boleh bantu awak sekarang. Banyakkan beristighfar
mungkin ada hikmah disebalik sume ini..think positive k? =)
Post a Comment