SERABUT

Aku harap, orang lain tak lalui apa yang aku lalui. 
Aku harap, orang lain tak buat kesilapan yang aku buat.

Masa kau sedang bercinta-cinta,
semasa dia berjanji untuk setia,
dan dimasa segalanya dia ada bersama,
kau jangan lupa segalanya.

Kerana ia adalah sementara.
Kerana setia itu ada tarikh luputnya.
Kerana rasa itu akan hilang dan pergi sekelip mata.

Bila orang tanya aku kenapa perpisahan ini terjadi selepas enam tahun bersama,  termenung aku nak fikir jawapan. Takut-takut jawapan yang keluar akan bias. Takut-takut jawapan yang keluar orang salah faham. Tapi lepas fikir dan fikir jawapannnya adalah, dia sudah lagi tak mahukan aku.

Siapa akan nak kalau orang itu belajarnya entah kemana mana. Masa depan belum nampak sedangkan kau dah kerja dan ada life yang hampir stabil. Siapa nak orang yang dulu kurus sekarang dah gemok sana sini. Siapa nak orang yang tak beri apa-apa faedah pada kau. Ya, akulah orang itu. Aku orang yang tak sempurna itu. Maka orang macam dia layak dapat yang lebih baik. :)

Memang sakit dibuang macam sampah. Memang sakit simpan janji-janji palsu. Tapi itu adalah silap aku. Kerana yang percaya adalah aku. Yang pegang janji itu adalah aku.

Aku harap, dia dapat apa yang dia mahu. Aku harap dia rasa gembira selepas ketiaadaan aku. Dengan aku dia hanya dapat SERABUT. Aku pasti, life dia sekarang sangat tenang.

Hakikatnya, aku sangat menyesal kerana pegang begitu banyak janji. Janji itu dah sebati dalam diri. Sukar nak kikis lagi. Even sakit, even perit, aku kena teruskan jugak. Ini untu diri aku sendiri. Untuk apa lagi janji-janji yang dah dia campak dalam longkang tuh...

1 comment:

Mia Meymi said...

sabar kay..nnti kamu akn dapat yg lebih baik dr tu.. :)