masih belum hilang

Sebenarnya aku tak nak cerita benda nih. Tapi aku rasa macam sangat berat dengan masalah yang datang bertimpa timpa. Aku memilih untuk meluahkan.

Dua minggu lepas aku dapat call from my dad yang pak cik aku tengah berjuang dalam ICU. Keadaan dia sangat kritikal. Tak tahu sebab apa. Doktor jumpa kuman yang tak dapat nak kesan and kuman tuh merebak dengan cepat. Aku susah hati sebab tak dapat tengok pasal dia tak ada kat sini. Tapi kat Sarawak.

Pak cik aku terpaksa dikomakan. Aku memang tak boleh fikir apa dah. Sampai dalam kelas CTU, aku tak dapat nak control myself.
Seminggu lepas tuh, aku dengar pak cik aku dah sedar tapi still tak boleh bagun. Orang dah masukkan tiub susu. Aku ingat keadaan dah menjadi semakin baik. Tapi hakikatnya tidak.

At the same time aku 'dilepaskan', aku dapat berita pak cik aku makin bertambah teruk. Sebab tuh aku menangis beria-ria sangat. Rasa macam sangat tak kuat.

Pak cik aku, bapa saudara aku belah bapa. Kami sangat rapat. Dia kalau nak dekat raya selalu call aku make sure aku balik rumah dia. Dia memang tak boleh raya tak ada kami adik beradik. Dari kecik, dia yang bawak aku kehulur ke hilir. Belikan aku teddy bear kumpul duit sekolah dia. And, dah menjadi tugas aku buang blackhead dia sambil buat facial. :)

Pak cik aku belum kahwin. Umur dia 32 tahun. Tapi perangai macam budak-budak lagi. Hehe. Dia belum kahwin sebab nak sara mak su aku dulu. Atuk and nenek aku belah abah dah tak ada. So, dia nak tunggu mak su aku habis study dulu. Sebab tuh kami rapat dengan dia. Dia tak ada anak lain selain anak-anak saudara.

Aku risau takut tak dapat tengok dia. Tadi adik aku call dia kata mungkin nanti cuti abah aku nak hantar aku pergi sana. Sekarang sepupu aku yang lelaki jaga dia sorang-sorang. Sebelum tuh mak long aku. Mak long aku pun bukan larat sangat. 

Reader, tolong doakan pak cik aku.

Hujung bulan nih aku cuti. Tapi aku harap waktu tuh pak cik aku dah sembuh. Tak perlulah aku pergi sampai sana.. 

Aku tak suka campur adukkan soal keluarga dengan peribadi aku. Tapi aku sedih sebab di saat aku perlukan dia, dia pergi tinggalkan aku. Tak apa, aku ada Allah, yang selalu dekat dengan aku.

1 comment:

Zakia said...

kalau dgn luahkan dpt kurang masalah, luahkan je..apepun. mudah2han pakcik cepat sembuh k..aminn