Kerana Romeo juga bukan pencinta yang setia.

"Do you know who Romes's first love is? Romeo's first love isn't Juliet, it's Rosaline. Romeo was initially in love with Rosaline, and he was agony because she didn't return his love. But when he meets Juliet in a party, he falls in love with her at first glance. He forgets all about Rosaline.

People only know about Romeo and Juliet. They've never even heard of Rosaline. That's because, in their story, Rosaline is nothing but an extra. She's just Romeo's fleeting first love, a forgotten piece of the past.

Romeo, how could your love be so unsubstantial?
How could it change so easily?"


Sebab itu aku tak suka cerita Romeo and Juliet yang bodoh tuh.
Shah Jahan ada banyak isteri, kau tahu? Tapi dia paling sayang Mumtaz.
Macam mana perasaan isteri-isteri yang lain?

Cinta dunia.

Korang pernah tengok drama My lovely Samsoon?
Kau tahu watak siapa paling kesian?
Watak yang kononnya orang ketiga dalam drama tuh.

Hanya kerana lelaki itu sudah berubah hatinya,
maka watak utama sudah bertukar menjadi watak sampingan yang jadi penghalang.

:)


Pengajaran Cinta

Sepanjang aku bercinta dulu-dulu, aku lalui banyak benda dengan lelaki yang sama. Sebenarnya terlalu banyak kesilapan yang aku buat tanpa aku sedar. Dan aku tak nak orang lain buat silap macam aku jugak.Ini pengajaran yang aku dapat selepas semuanya berlaku.

1. Sebenarnya ini bukan kali pertama aku ditinggalkan sebab perempuan lain. Ini kali kedua. Oleh sebab itu, sesiapa sahaja yang dah lalui kena tinggal sebab bf korang ada perempuan lain, fikir masak-masak untuk terima dia balik.

2. Kesilapan aku lagi adalah terlalu percaya. Dulu aku berjauh dengan dia. Jadi, kesempatan itulah dia ada orang lain. Tanpa aku sedar. Cinta jarak jauh ini perlukan kerjasama dua belah pihak. If seorang sahaja yang setia, tidak ada guna. Sebab lambat laun akan kantoi jugak.

3. Percaya pada gerak hati. Sebelum dia mintak break, aku dah perasan dia berubah tapi aku yang degil nafikan. Masih percaya dia. Asyik cari pasal je. Korang kena ready ok. Tapi jangan sampai syak wasangka pulak.

4. If korang dah tahu perangai dia memang player, jangan terlalu berharap dia akan berubah untuk korang. Tak kira lah lelaki atau perempuan, hati manusia bila-bila boleh berubah.

5. Airmata lelaki. Sesiapa pun akan terpedaya dengan air mata lelaki kan. Aku pun macam tuh jugak. Masa tengah sayang mungkin lah kan air mata tuh untuk korang. Tapi jangan ingat dia sayang itu untuk selamanya. Jangan fikir "Dia pernah menangis sebab aku. Mesti dia betul-betul sayang aku. Mesti dia tak akan berubah dah. " Nope! Jangan fikir macam tuh. Itu kesilapan paling besar aku.

6. Sebenarnya aku pun ada buat silap. Dan kesilapan kecil itu dia boleh jadikan ia satu isu besar untuk cari point nak berpisah. So, jangan bercakap bila korang tengah marah. Biar sejuk dulu. Dah rasional baru cakap.

7. Jangan cerita pasal lelaki yang korang pernah sangat suka. Sebab benda-benda macam nih pun dia boleh buat point. Jangan uji cinta mereka dengan cara ini. Lambat laun, dia akan guna benda nih and cakap, "I lepaskan u dengan lelaki tuh. Kan dia boleh buat u bahagia. " See?

8. Jangan cinta dia lebih dari DIA. Sebab bila engkau jatuh, engkau akan jatuh dengan sangat parah! Waktu itu engkau akan tahu langit itu tinggi atau rendah. Jangan hanyut sebab cinta sesama manusia. JANGAN!

9. Bila engkau sudah sungguh sangat sayang dia, berdoalah kepada Allah, jika dia baik untuk engkau, dekatkanlah engkau dengan dia, jika tidak jauhkanlah dengan segera. Sebab aku selalu minta dia untuk aku. Padahal Allah itu beri apa yang kita perlu, bukan apa yang kita hendak. Allah itu lebih tahu. Allah itu Maha Mengetahui.

10. Jangan lupa kawan-kawan. Tak kira lelaki or perempuan. Sebab nanti bila kau jatuh, siapa yang akan temankan? Kekasih kau tuh dah ada orang lain. Tak de nya nak peduli sama ada kau hidup atau dah mati. Dia sibuk dengan perempuan lain dah. Sebab tuh bila bercinta, jangan benarkan kekasih aturkan dengan siapa kau perlu kawan and dengan siapa kau tak perlu kawan. Yang penting kau pandai jaga diri. Okeyy??

Apapun, sedangkan pantai lagi berubah,
inikan pula hati manusia.
Kan?
:)


selepas sebulan

Hari-hari yang sukar itu aku masih lalui. Jika perlu senyum, aku senyum, jika perlu ketawa, aku ketawa, dan walaupun tak perlu menangis, kadang aku mengalirkan air mata. Gigih teruskan hidup yang entah masih panjang atau sudah pun pendek.

Melupakan yang seorang itu sangat payah. Mengingatkan yang Satu itu juga sedikit susah. Apa yang berlaku, biarkanlah begitu saja.

Kini rasa amarah sudah mula hilang. Rasa kecewa sudah sedikit pudar.

Aku di rumah kini. Jom hang out... :)

Aku-aku

Kadang-kadang aku terfikir, best jugak andai rasa aku seperti rasa dia. Mudah bertukar rasa. Hari ini kau cinta dia, esok-esok kau cinta yang lain pula. Bukan seperti aku. Bila sudah cinta, setia pada yang satu. Untuk menyukai orang juga begitu payah. Aku tak betah berfoya-foya seperti dia. Aku tak pndai begitu beramah mesra. Kerana aku adalah aku.

Terlalu lama

Terlalu lama aku melayan jiwa.
Terlalu lama aku layan derita.
Aku terlupa hidup ini bagaikan roda.
Bila ia berputar, nanti aku akan ke atas semula.


Jenuh dengan cinta dunia.
Jenuh terkenang janji setia.
Sungguh aku mahu benar bangkit semula.
Terima kasih kepada semua.


Terlalu ramai yang mengingatkan.
Semua ini adalah dugaan.
Semua ini adalah ujian.
Aku harus kuat untuk melawan.


Dia hanya sebuah kenangan.
Kenangan pahit yang sukar ditelan.
Sungguh sukar untuk memaafkan,
kerana aku seorang perempuan.


Tapi bila difikirkan,
dia bahagia dengan si pilihan,
aku menangis asyik terkenangkan
lebih baik aku ingat kepada Tuhan.


Sudahlah,
hidup mesti diteruskan.
ku ajar diri supaya pandang kedepan.
menikmati sebuah kehidupan
yang dulu penuh nikmat tapi aku telah abaikan.


Aku akan betulkan segala kesilapan.
semoga di masa hadapan,
aku akan melihat dia dengan senyuman
tanpa air mata yang berlinangan.


Wahai jiwa, teruslah bersemangat agar engkau kembali bangkit dan kuat.
;)




6 tahun yg sia-sia itu.

Hanya Tuhan yang tahu lepas aku tahu kebenaran. Terlalu sakit untuk aku telan. Segala yang aku tahu masih terbayang-bayang di ruang fikiran.

Tak pernah terlintas di fikiran selama nih dia curang. Lansung aku tak dapat detect. Rupanya setahun yang lepas dia ada orang lain.

Boleh korang bayangkan dia bandingkan aku dengan perempuan tuh. Siapa lagi cantik. Boleh bayangkan perasaan aku bila dia cakap dengan orang lain perasaan dekat aku dah mati and dia dah sasau kat perempuan lain. Enam tahun perasaan tuh boleh mati macam tuh je?

Aku bersusah dengan dia,aku tahan dengan sikap dan perangai dia, boleh dia kata dia tak ada feel dengan aku? Dah la tuh, mengata aku dengan orang lain. 

Memang aku tak cantik macam perempuan yang kau gila sangat tuh. Aku nih jenis ikut kata kau, dia degil. Sebab tuh kau suka dia. Bila dia tak reply text kau, kau sasau.
Padanlah bila kau text aku, aku tak reply kau buat bodoh je kan.

Aku rasa macam loser gila. Aku menangis sedih bukan sebab dia, tapi sebab fikir apa yang dah dia buat pada aku. Kejam.

Terlalu banyak perkara yang berlaku sebenarnya. Tapi cukup lah orang tahu itu. Terlalu pahit untuk aku ingat balik.

Aku cuba teruskan hidup aku baik-baik. Membayangkan dia sekarang tengah bahagia dengan kekasih hati dia buat jiwa aku mati. Aku buat keputusan delete account Fb supaya nanti aku tak tahu and tak akan nampak apa-apa tentang dia and perempuan tuh. 

Sungguh sampai hati dia buat aku macam nih. Tak apa if dia ada perempuan lain. Bagi tahu aku. Bagi aku faham. Ini tak, bila aku tahu sendiri, rasa macam........... Entah.... 

Sampai enam tahun mainkan aku. Sungguh, aku tak dapat maafkan.



Itu bukan aku.

Encik Ex, tolong ek announcekan siapa gf baru kau tuh. Malas k aku nak menjawap. Ramai yang tanya.

The One That Got Away

Summer after high school when we first met  
We make out in your Mustang to Radio head  
And on my 18th birthday we got that chain tattoos  
Used to steal your parents' liquor and climb to the roof  
Talk about our future like we had a clue 
Never plan that one day I'd be losing you
 

And in another life I would be your girl 
We keep all our promises, be us against the world  
And in other life I would make you stay  
So I don't have to say you were the one that got away 
The one that got away
 

I was dreaming you were my Johnny Cash  
Never one, we got the other, we made a pact  
Sometimes when I miss you, I put those records on, whoa  
Someone said you had your tattoo removed  
Saw you downtown singing the blues 
It's time to face the music, I'm no longer your muse
 

And in another life I would be your girl  
We keep all our promises, be us against the world  
And in another life, I would make you stay  
So I don't have to say you were the one that got away  
The one that got away
The one, the one, the one 

The one that got away
 

All these money can't buy me a time machine, no  
Can't replace you with a million rings, no I should've told you what you meant to me, whoa 
'Cause now I pay the price
In another life I would be your girl  


We keep all our promises, be us against the world  
And in another life, I would make you stay  
So I don't have to say you were the one that got away  
The one that got away
The one, the one, the one, the one

And in another life I would make you stay  

So I don't have to say you were the one that got away  
The one that got away

Bukan ya?

"Kau tak nak cari pengganti ke?"


"Perlu ke?"


"Entah. Hehe."

Aku ubah topik.

Aku tak akan cari pengganti. Aku fobia. Aku fobia dikecewakan dengan teruk. Hati aku remuk.

Aku tak text dengan mana-mana lelaki pun. Aku tak berfoya-foya dengan sesiapa pun. Life aku just macam biasa. Macam aku still dengan dia. Sebab diri aku bukan jenis itu. Aku tak suka nak text-text dengan lelaki yang sebarangan even kawan aku sendiri. Dari dulu aku macam tuh. Aku just layan orang yang aku suka je. Sebab tuh memang susah aku nak cari pengganti.

Aku tak macam dia. Kami berbeza. Dia boleh text siapa-siapa yang dia suka. Jumpa siapa-siapa yang dia nak.

Kalau siapa-siapa tahu apa-apa pasal dia, and rasa benda tue boleh lukakan hati aku, adalah lebih baik untuk aku tidak tahu. Rasanya, cerita pasal dia semuanya akan buat aku terluka. Jadi, cukuplah.

Aku tak boleh pergi mana-mana tempat yang pernah aku pergi dengan dia dengan lelaki lain macam dia. Aku tak boleh panggil panggilan yang sama dengan orang lain. B? Baby? Ah, tak payah cerita kau panggil apa dengan kekasih hati kau.

"Kau tu setia sangat.."

Salah ke aku setia? Bukan ke kalau bercinta perlu setia? Bukan ya?

"Alah, setia pun kena tinggal jugak. Sebab tuh aku ramai scandal je.."

Kau ramai scandal. Tapi aku tak nampak pun yang kau bahagia. Yang kau sayang, seorang juga.

Aku betul-betul nak mengalah. Tapi kenapa aku rasa kalah dan pasrah? Bila tiba aku nak kuat, aku kembali tumbang. 

Ya Allah, berilah rasa dia yang hilang itu hilang kepada aku jugak....


Thanx lot semua.
Aku tak tahu if aku tak ada blog nih, Fb and Twitter macam mana.
Mesti aku macam rasa aku sorang kat dunia nih paling kesian.

Kisah kena sampuk paling sedih.

Tadi waktu aku sibuk membaca pasal Mona Fandey, tetiba bunyi orang jerit-jerit. Aku and yang lain ingat ada orang bergaduh. Tapi aku rasa cam pelik. Semua buat tak tahu je dulu. Pukul 5 aku bangun dari katil nak pergi amik wuduk untuk solat Asar sebab kitorang decide nak pergi Giant. Tapi aku dengar lagi. Aku pun turun bawah. Tengok ada ramai orang. Aku tanya lah kenapa. Diorang cakap ada orang kena rasuk.

Aku naik atas cakap dekat budak-budak nih semua stop tengok Mona Fandey tuh sebab takut kang ada yang lemah semangat. Aku cakap ada budak kena sampuk. Diorang terus turun pergi tengok. Aku terus dengan niat aku tadi. Ambek wudhuk and solat dulu. Ingat tak ada apa-apa lah.

Diorang turun nak bawak Yassin. Aku lepas solat baca lah apa yang patut. Takut jugak gak. Aku join diorang turun sekali. Tapi aku tak turun baca Yassin pun.

Tapi.................

Budak-budak aku nak pergi baca Yassin diorang tak bagi. Boleh? Budak-budak bilik dia marah and takut. Sebab benda tuh mengamuk and mengganas bila baca Yassin. Memang lah jadi macam tuh. Kitorang semua tak tahu nak buat apa. Warden tak ada. Ika dak bilik aku call her mom. Mak dia pandai jugak la ubat-ubat. Sementara tunggu, kitorang memang tak buat apa-apa lah. Bilik diorang kunci. Budak2 bilik dia semua tak berani keluar sebab budak yang kena sampuk tuh ada kat pintu and halang kawan-kawan dia keluar. Bapak dasyat dia tendang-tendang pintu!

Memang seram ah. Aku call mak aku awal-awal lagi. Ye lah,. dulu apa-apa cerita dekat si dia kan. Sekarang pandai pulak cari mak. Cait!

Mak Ika sampai tapi x boleh buat apa. Panggil ramai orang kot nak ubat dia. tetap degil tak nak keluar. And, actually budak nih stress. Dia baru break off. Masa dia kena sampuk, dia asyik sebut nama ex dia. tiba-tiba aku kesian. Sangat!

Orang tuh tanya mamat tuh ke yang hantar benda tuh. Benda tuh cakap tak tau. tak tau. Dari petang bawak ke malam baru okey siket. Family dia bawak dia balik. Actually ada beberapa kemungkinan dia kena sampuk.

1. Family belah mak dia banyak benda-benda. Mungkin salah satu.
2. Dengarnya dia ada overnight. Tapi ada yang kata tidak. Entah.
3. Ada jugak yang cakap bf dia yang hantar benda tuh. Tapi if betul, apsal laki tuh nak break kan?
4. Ada jugak aku dengar ada perempuan hantar benda dekat dia lepas bf dia mintak break malam tadi.

Apa-apa pun bagi aku benda-benda macam nih jadi bila kita tak kuat semangat. Bila putus cinta, emosi sangat lemah dan terganggu. If kita tak dapat nak kawal, senanglah benda macam tuh nak masuk.Budak nih kecik and kurus je tau. Aku tengok, seriusly aku kesian tambah-tambah bila dia asyik sebut nama laki tuh. Entah apa yang jadi dengan relationship tuh sampai dia tak boleh terima. Apa budak laki tuh dah buat? Benda tuh berlegar legar dalam kepala hotak aku.

Then aku fikir, Alhamdulillah, aku masih waras. Even hampir gila. Wee.............




Ya Allah, kuatkan hati dia...

'Salam, Min, pak cik macam mana?'

'Dia stabil. Tapi pakai tiub oksigen lagi. Dia meronta ronta.Dia macam give je.'
'Erm, ye ke? Tu dia tengah buat apa? Awak jaga sorang ke?'

'Mak dgn ayah baru sampai semalam. Sy sorang2 seminggu je. Erm.. Pak cik sedar tp terpaksa ditidurkan sebab dia memberontak and sampai nak terjun katil.'

'Buah pinggang pak cik macam mana?' Dia ada cakap pape tak dgn awk?'

'Dia x dapat b'cakap. Kalau cakap pun macam bisik-bisik je. Suara tak keluar. Dia cakap sejuk and tak tahan.'

'Doktor ckap macam mana?'

'Stabil,paru2 tak kuat nak bernafas biasa.Buah pinggang masih haemodialisis lagi.'


Tolong doakan Pak Cik saya. Ada kawan-kawan pakcik yang pm saya secara personal tanya perkembangan dia. Terima kasih semua.

Sekarang masih ada di Hospital Miri. Kami sedang berusaha bawa balik dia ke semenanjung. Yang jaga sekarang anak saudara lelaki sulung, Amin. Pak Long and Mak Long berulang ke sana.

Dan sebetulnya aku.....

"Zyra, kenapa ek bila ada orang kawen kita mesti rasa cam happy? Pastu wish congrate?"


"Sebab dia dah nak kawen la. Rasa macam seronok"

Tapi bagi aku, ianya lebih dari itu. Bila kawan aku jemput aku datang kenduri sebab dia dah nak kawen or bertunang, aku akan say congrate dengan penuh makna.

Tahniah sebab kau berjaya menawan hati seorang lelaki sampaikan dia minta nak jadi kan kau suri hidup dia. Dan sama-sama satu bumbung dengan kau. Itu maknanya dia betul-betul sayang kau dan tak nak kau lepas kat orang lain.

Kawan aku yang bertunang baru-baru nih kenal macam tuh je, terus ikat. Alhamdulillah. Jangan bercinta lama-lama macam aku. :)

Sekarang aku dah tak tengok pic kawen orang dah. Pic tunang pun tak tengok.If orang tag baru aku tengok. Nanti aku sedih. Nanti aku teringat benda-benda yang tak patut aku ingat.

Tahniah kawan-kawan aku yang jumpa orang yang betul-betul sayang korang. Orang yang boleh bersusah dan bersenang dengan korang. Jangan tanya aku. Aku tak fikir and aku dah tak nak fikir. Sebetulnya aku fobia.


I wanna have a good grades without studying. I wanna have money without working. But most of all, I wanna love without getting hurt.

Kuburan Part 2

Before buat kerja. Tunggu orang makan.
Ada,me and Nurul
Nurul,Efa, yeah, minggu nih Efa ikut kitorang! me and last Gel.
Sempat lg tuh..
Our first kubur yang kitorang buat. I mean, betulkan tanah and tanam bunga.
Penat oh mencangkul.
Finally.. Pokok comel dah tanam.
Banyak kan kubur tak ada waris. :(
Kubur nih susah sikit sebab ada banyak batu.    


Rayuan Nurani- Saff One

Di antara kudrat Tuhan, dia mencipta manusia.
Sebagai khalifah, mentadbir bumi ini.
Juga sebagai hamba, nan berbakti dan berbudi.
Ingatlah Tuhan yang maha Kuasa.

Ombak yang menderu, dedaun berterbangan.
Terkadang mengkhayalkan diriku.
Terlupa aku pada Pencipta yang Esa.
yang sentiasa melihat diriku.

Dimana, dimana.. ku berada?
Dimana.. Dimanakah diriku?

Adakah di jalan lurus atau di jalan yang berliku.
Oh Tuhan tunjukkan ku jalan kebenaran..
Ku tahu jalan bahagia penuh onak jua cabaran
Oh Tuhan beri kekuatan padaku..

Dimana, dimanakah diriku?
Dimana, dimana ku berada?

Demi mendapat keredhaan dariMu
Sanggup kutempuhi ranjau yang penuh berliku.
dengan rahmatMu Ya Tuhan,
Selamatkanlah diriku dari seksaan api nerakaMu..

Tak, Tak sama.

Tak, tak, tak. Post aku sebelum nih macam emo eh.. Hee.. Yang tak tuh is, aku tak benci dia pun. Sikit pun tidak. Dia pernah jadi orang paling istimewa dalam life aku. Mustahil aku dapat benci dia. Cuma aku cuba asuh diri aku tak fikir yang baik itu. Nanti aku susah nak lupa.

Dalam tempoh dua minggu ini, mustahil kot perasaan aku nak berubah. Sangat mustahil. Aku bukan macam dia. Tak sama.

Kehidupan selepas menyingle.

Sebenarnya tak ada apa yang berubah sangat pun. Cuma dulu ada text-text, now handphone letak mana pun tak tahu dah. Dah tak ada miss2.. love2... Ah, semua tuh pelesu je lah. Dah sampai tarikh luput pun. Actually pasal text nih tak mende sangat sebab selalu dia yang text dulu cakap pasal kerja la, apa la. Aku jarang nak mengadu. Sekali sekala je sebab dia bukan berminat nak tahu pun.

Erm.. Nak kata dah tak keluar dating pun tak rasa sangat sebab aku dah biasa kot jarang sangat jumpa. Aku kat sini pun berapa kali sangat ja jumpa.. Dulu masa dok Kuantan, janji dengan aku bila dah dekat paling koman jumpa sebulan sekali.. Erm, dah 3 sem, baru 4-5 kali kot jumpanya... Boleh?

Ok lah tu kan... Bagi dia la.. Tuh pun mujur nak jumpa aku kan...

Yang lain? Erm... Sebenarnya untung jugak masa aku bercinta, dia bukan jenis bagi-bagi barang. So, tak ada sangat la tengok apa-apa terkenang kat dia. Lagi satu untung jugak dia memang tak suka ambek pic dengan aku. So, tak ada nak tengok pic sama-sama then bergenang air mata lagi kan.. Lagi satu dia tak pernah kenalkan aku dengan family ke hape, so, dah settle probs kat situ. Tak payah nak bersoal jawap macam aku bersoal jawap dengan kawan-kawan aku.

Aku tak tahu kenapa aku tersangkut sampai enam tahun. Serius. Rasa macam, eh, ye ke? Bodohnya aku. Then aku cakap kat diri sendiri. "Oi, bukan ke dulu dia tinggal kau? Sekarang kena tinggal lagi? Haha. Bodohnya kau..." Yup, thanx to him sebab ajar aku kenal diri sendiri. Wohha...

And, dah jadi kerja aku bila break, berdepan dengan 'kawan perempuan' dia. Heyy, tolonglah. Aku dah muak dengan kerja aku. Lantak korang lah nak keluar ke, nak kejadah ke.. Kisah pulak aku kan..

Hati aku dah remuk sangat dah. Mana taknya, kena lenyek dengan orang yang sama dua kali. Kuat aku nih sebab hidup lagi.

Mula-mula break aku rasa aku yang bersalah. Sampai aku mintak maaf dengan dia. Tapi secara logiknya, bila aku kenang-kenang, malas nak salahkan diri sendiri lagi. Yang letih dan sakit aku sendiri. Yang tenang and bergumbira is dia.

Aku harap, suatu hari nanti, aku dapat lenyapkan perasaan aku pada dia 100%.. Buat masa sekarang. Aku nak kumpul balik kawan-kawan aku yang dah aku lenyapkan. Boys, and girls, nantikan kepulangan aku. Haha~ Nina yang dulu akan kembali.. 

:P

Yang konon-konon nak mengisi kekosongan hati, terima kasih je lah. Aku tak berminat lansung. nak muntah lagi ada. Kalau setakat sama dengan lelaki yang aku kenal, kau kenal dengan orang lain je lah.....



Aku



"But I can't live alone like this.."

"absolutely,till you start depending on the one who never dies!."

:)


SERABUT

Aku harap, orang lain tak lalui apa yang aku lalui. 
Aku harap, orang lain tak buat kesilapan yang aku buat.

Masa kau sedang bercinta-cinta,
semasa dia berjanji untuk setia,
dan dimasa segalanya dia ada bersama,
kau jangan lupa segalanya.

Kerana ia adalah sementara.
Kerana setia itu ada tarikh luputnya.
Kerana rasa itu akan hilang dan pergi sekelip mata.

Bila orang tanya aku kenapa perpisahan ini terjadi selepas enam tahun bersama,  termenung aku nak fikir jawapan. Takut-takut jawapan yang keluar akan bias. Takut-takut jawapan yang keluar orang salah faham. Tapi lepas fikir dan fikir jawapannnya adalah, dia sudah lagi tak mahukan aku.

Siapa akan nak kalau orang itu belajarnya entah kemana mana. Masa depan belum nampak sedangkan kau dah kerja dan ada life yang hampir stabil. Siapa nak orang yang dulu kurus sekarang dah gemok sana sini. Siapa nak orang yang tak beri apa-apa faedah pada kau. Ya, akulah orang itu. Aku orang yang tak sempurna itu. Maka orang macam dia layak dapat yang lebih baik. :)

Memang sakit dibuang macam sampah. Memang sakit simpan janji-janji palsu. Tapi itu adalah silap aku. Kerana yang percaya adalah aku. Yang pegang janji itu adalah aku.

Aku harap, dia dapat apa yang dia mahu. Aku harap dia rasa gembira selepas ketiaadaan aku. Dengan aku dia hanya dapat SERABUT. Aku pasti, life dia sekarang sangat tenang.

Hakikatnya, aku sangat menyesal kerana pegang begitu banyak janji. Janji itu dah sebati dalam diri. Sukar nak kikis lagi. Even sakit, even perit, aku kena teruskan jugak. Ini untu diri aku sendiri. Untuk apa lagi janji-janji yang dah dia campak dalam longkang tuh...

Sama ada betul atau tidak, kau dah pun berjaya buat aku mengalah.


Berjuang!

Alhamdulillah, hari nih berjaya jugak puasa. Dua hari lah kiranya. Semalam rasa macam tak larat je. Padahal tak buat pape pun. Semalam Dayah ajak makan KFC tapi rasa macam malas je. Hari nih ikut je lah dia. Sepatutnya aku, Dayah and Zyra puasa. Tapi Zyra tiba-tiba tak boleh pulak. Haiya..



Aku pergi sana tak mandi pun. Haha. Still pakai baju pergi kuliah. Tapi tudung tukar. Baju kurung yang mak aku beli yang aku tak suka. Tapi sebab rindu every week pakai. Rasa selesa pulak baju yang aku tak suka. Sekarang dah suka. Tudung pulak sauk yang Nurul. Alah, dekat je pun. Ada dress up mak cik-mak cik tak? Haha..

Sempat lagi bebudak nih singgah Dunkin.

Perjuangan hari ini. Aku mampu makan KFC dekat tempat dia! Without tears okey! Saya kuat! Nyna kuat! Kuat makan okey sebenarnya...

Ada orang tegur badan aku dah susut. Horeyy.. Haha.. Tipu sangat lah kan..


Kebenaran itu sungguh menyakitkan



What hurts more than losing you,
is knowing you're not fighting to keep me.

 
 
Ya Allah, hilangkan rasa enam tahun ini
seperti Engkau hilangkan rasa itu kepada dia.
Hilangkan rasa rindu ini 
seperti Engkau hilangkan aku dari ingatan dia.


Aku tahu aku perlu berputus asa.
Aku tak mahu menunggu orang yang sedkit pun tidak mahukan aku.
Orang yang tidak pernah terfikir untuk kembali kepada aku.
Jadi, lenyapkanlah rasa ini.
Agar aku lebih kuat menempuh hari.
Supaya menyedari diri sendiri bahawa aku tidak diperlukan lagi.

Ini lagu degil tak nak terima kenyataan namanya.

Everybody's laughing in my mind  
Rumors spreading 'bout this other girl.

Do you do what you did, what you did with me?  
Does she love you the way I can?  
Did you forget all the plans that you made with me? 
'Cause baby, I didn't

That should be me holding your hand  
That should be me making you laugh  
That should be me, this is so sad  
That should be me, that should be me 

That should be me feeling your kiss  
That should be me buying you gifts  
This is so wrong, I can't go on 
'Til you believe that that should be me 
That should be me

You said you needed a little time for my mistakes 
It's funny how you use that time to have me replaced  
Did you think that I wouldn't see you out at the movies? 
Whatcha doing to me?

You're taken' her where we used to go 
Now if you're trying to break my heart  
It's working 'cause you know

I need to know should I fight for our love or disown? 
It's getting harder to shield this pain in my heart,

Never should've let you go 
I never should've let you go  
That should be me  
Never should've let you go  
That should be me

masih belum hilang

Sebenarnya aku tak nak cerita benda nih. Tapi aku rasa macam sangat berat dengan masalah yang datang bertimpa timpa. Aku memilih untuk meluahkan.

Dua minggu lepas aku dapat call from my dad yang pak cik aku tengah berjuang dalam ICU. Keadaan dia sangat kritikal. Tak tahu sebab apa. Doktor jumpa kuman yang tak dapat nak kesan and kuman tuh merebak dengan cepat. Aku susah hati sebab tak dapat tengok pasal dia tak ada kat sini. Tapi kat Sarawak.

Pak cik aku terpaksa dikomakan. Aku memang tak boleh fikir apa dah. Sampai dalam kelas CTU, aku tak dapat nak control myself.
Seminggu lepas tuh, aku dengar pak cik aku dah sedar tapi still tak boleh bagun. Orang dah masukkan tiub susu. Aku ingat keadaan dah menjadi semakin baik. Tapi hakikatnya tidak.

At the same time aku 'dilepaskan', aku dapat berita pak cik aku makin bertambah teruk. Sebab tuh aku menangis beria-ria sangat. Rasa macam sangat tak kuat.

Pak cik aku, bapa saudara aku belah bapa. Kami sangat rapat. Dia kalau nak dekat raya selalu call aku make sure aku balik rumah dia. Dia memang tak boleh raya tak ada kami adik beradik. Dari kecik, dia yang bawak aku kehulur ke hilir. Belikan aku teddy bear kumpul duit sekolah dia. And, dah menjadi tugas aku buang blackhead dia sambil buat facial. :)

Pak cik aku belum kahwin. Umur dia 32 tahun. Tapi perangai macam budak-budak lagi. Hehe. Dia belum kahwin sebab nak sara mak su aku dulu. Atuk and nenek aku belah abah dah tak ada. So, dia nak tunggu mak su aku habis study dulu. Sebab tuh kami rapat dengan dia. Dia tak ada anak lain selain anak-anak saudara.

Aku risau takut tak dapat tengok dia. Tadi adik aku call dia kata mungkin nanti cuti abah aku nak hantar aku pergi sana. Sekarang sepupu aku yang lelaki jaga dia sorang-sorang. Sebelum tuh mak long aku. Mak long aku pun bukan larat sangat. 

Reader, tolong doakan pak cik aku.

Hujung bulan nih aku cuti. Tapi aku harap waktu tuh pak cik aku dah sembuh. Tak perlulah aku pergi sampai sana.. 

Aku tak suka campur adukkan soal keluarga dengan peribadi aku. Tapi aku sedih sebab di saat aku perlukan dia, dia pergi tinggalkan aku. Tak apa, aku ada Allah, yang selalu dekat dengan aku.

Giant dah macam rumah kedua aku dah.

 Bila nak kurus nih......
Aku buat ujian tulang dekat Anlene. Chinese ensem yang buatkan ujian. Kehkeh. Dah dapat result dia usik aku macam mana umur baru 21 tahun tulang da terok. Aku ingat dia main-main.
Terok gila.Akak tuh cakap tahap aku nih dah merisaukan. Dia pulak yang risau kat aku. Tahap nak sampai ke tulang orang tua dah. Aku kena pergi cek kat hospital. Tidak, aku tak percaya, tipu, tipu, tipu!

And, kitorang buat surprise birthday party untuk Nurul. Tak boleh upload pic suasana sebab ramai yang tengah seksi. Haha.

Happy Birthday Nurul. :)


Sebenarnya, sebelum ini, aku masih meletakkan harapan yang menggunung tingginya.
Tapi bila aku tahu dia dah keluar dengan orang lain,
aku faham dia cuba bagi hint supaya aku tak tunggu lagi......

 



Padan muka aku.

Tahniah kawan baik aku masa kecit-kecit dulu. Sorry sebab tak dapat datang.
Rasa sangat jeles bila orang bercinta sekejap tapi dah ada hala tuju. Tapi aku bercinta lama-lama tak kemana pun. Kalau aku kawen anak dah boleh pergi sekolah dah, kan? Haha.

Dulu aku excited nak pergi wedding kawan-kawan. But now, bila diorang jemput aku rasa zero je. Sorry korang. Tapi itu bukan alasan aku tak akan datang. Kalau tak ada aral melintang, aku pergi.

Aku harap limapuluhdua orang yang like nih akan simpan nasihat nih kat hati. Sebab I really mean it. Bercinta lama-lama, bila putus bukan perlu sehari dua nak lupa. Aku enam tahun. Entah berapa tahun pulak lah keadaan akan pulih. Macam mana kau nak biasakan diri tanpa dia pulak? Bila buat apa-apa mesti teringat. Jalan yang guna dengan dia, barang yang beli masa dengan dia. Aku rasa macam nak buang je bantal-bantal yang aku tidur nih. Beli lain. Rasa bila nak pergi makan meatball tak nak lalu jalan yang pergi dating dengan dia. Sepanjang jalan aku pejam mata. Boleh? Rasa nak buang semua baju yang pernah pakai bila keluar dengan dia. Sampai satu tahap aku tak boleh makan dekat Restaurant makanan segera yang pernah aku pergi dengan dia. Seriously, hari tuh aku nak makan KFC, aku bungkus je. Sumpah x sanggup. Dah la tuh, tak habis pulak. Rasa macam tak nak balik kampung sebab ada kenangan dengan dia. Rasa nak stapler mulut semua orang yang tanya pasal kami. Rasa macam nak suruh sekolah SMKJP2 tuh tutup. Senang cerita, tutup je Bandar Pusat tuh. Hee. Boleh? Jangan buat gila lah Nyna.. Macam kau sorang je putus cinta kan..

Aku rasa macam nak pergi jumpa ustazah yang marah aku bercinta-cinta dengan murid kesayangan dia tuh and cakap ." Ustazah menang. Padan muka saya"

Aku rasa macam nak text ex yang nak balek kat aku dulu and cakap. "Kau betul. Sila gelakkan aku." Tapi tak boleh sebab dia dah nak kahwin. Kang ada yang baling kayu. Hehe. Congrate you.. :)

Rasa macam nak cakap dekat semua ex-ex dia yang ada dalam friendlist aku tuh, "Aku pun sama macam korang, tak dapat jaga dia baik-baik. Harap je bercinta lama. Welcome to the club. Nak cakap kat diri sendiri sebad dah masuk club 'Ex Triple A." Hoho~

Terima kasih sebab buat aku rasa macam orang paling tak guna dalam dunia. Padan muka aku.


I can fake a smile when I feel horrible. I can even pretend to be happy... but what I can't do is pretend that I don't love you

Aku pun nak berombak rindu jugak.

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat KAMU kala duka ku
Namun hanya KAMU yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku


Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Hanya mampu terserah
Moga cahaya di penanti


Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya

Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku


Aku nak tengok movie pun dah tak ada mood.
Sebelum nih aku jugak yang beria post.
Aku nak beli cd je and layan sorang-sorang. 

Release Tension; Jom ke Kubur.. :)

Hari nih aku ikut Nurul pergi program kubur angkat. Kang if duduk terperap mesti layan perasaan sorang-sorang. so, gagah after Subuh x tidur sebab nak kena pergi awal pagi. Syaithon punyalah banyak.. Aku nak bangun punya susah.
Tapi akhirnya bangun jugak lah. Tengok mata saya macam pipi tak? Sama kan? Itu sebab saya ikut jugak sebelum mata lansung tak nampak apa.

Selain bebudak kolej aku, ada anak-anak yatim. Sedih aku tengok diorang nih tak ada parent. Rajin lak tuh. Aku buat kerja sikit dah penat. Diorang slumber je..

Budak kat bawak nih comel kan? Ada video dia buat kerja tapi tak boleh upload sebab lembap.
Kat sini banyak gila kot kubur tak berwaris. Salah satunya yang ini. But actually memang banyak lagi la.. Padahal yang tempat aku buat nih kubur baby and budak-budak. Bayangkan budak-budak tak ada waris? If orang dah besar biasa lah sebab ustaz tuh kata ada yang penjenayah la hape la.. Ini budak kecik kot..

Bayangkan kat atas nih arwah meninggal 3/4/2011 tapi 25/05 baru kebumikan. Ini kubur budak.

Oh tidak. Aku nampak sangat gemok!! Benci, benci. Guess what, dari hujung rambut sampai seluar aku pinjam. Aku mana ada seluar track bawak pergi kolej. T-shirt sopan lagi lah tak ada. Tudung bawal, lagi la tak ada dah. X kan nak pakai pashmina lak buat kerja. Gila ke hape. Lepas nih teros pergi beli! Budak-budak nih sangat nice.. Keep calling us. "Kak, kak..." :)

Lepas penat buat kerja, waktu kami dah duduk-duduk, ada kematian. Baby but aku tak sure berapa bulan. Mak dia tak turun kereta. Just bapak dia hidung dah merah merah. Tak sampai beberapa minit, ada lagi jenazah sampai. Perempuan tak silap aku. Orang dewasa la. Kitorang tunggu sampai talkin dibaca sebab Jell nak tengok. Jell kawan aku nih dia budak sabah. Tak biasa tengok benda-benda macam nih. So, aku teman dia la.. And, sedang talkin dibaca, ada lagi jenazah sampai. Waktu tuh baru pukul berapa tapi matahari dah tegak atas kepala. Tak silap aku, ada empat kematian tadi.

*********************************************

Next week ada trip kat Ulu Yam. Serius aku malas nak pergi sebenarnya. Tapi aku tak nak just duduk dalam bilik time weekend and layan perasaan. Lama-lama gila jugak aku nih. Tengok lah macam mana. I have to do something. Nanti kawan-kawan aku marah. Hehe..  So, every week, aku kena sibukkan diri. Now, sangat letih and nak tidur! If ada program apa-apa dekat dengan kolej aku, inform eh. :)

Aku tak bagi tau korang pun kitorang buat apa kan? Kitorang tambahkan tanah pagi kubur tuh nampak macam ada kubur sebab tanah dah mendap so tanah dah jadi rata. Lepas tuh buang la rumput-rumput sikit-sikt..

please take care of him

Someone,
No need to say sorry. It's not all your fault pun. Kami putus pun sebab dia dah tak nak go on. Lagipun, yang beria ria ajak keluar, is not you but him. Even if he want you, is still not your fault.

Someone, 
I tak nak benda nih buat kita tak selesa. Jangan sebab dia, kita yang perempuan nih macam kekok pulak. Tak ada apa yang nak di sorry kan. :)

Jangan rasa serba salah sebab u kawan dengan dia. Dia boleh kawan dengan sesiapa pun sebab he's not mine. Dia dah mintak I bebaskan dia. So, if apa-apa yang berlaku between korang, I dah tak boleh cakap apa-apa pun. 

Please take care of him. As his friend, may be dia dengar cakap you pulak. (:




sembang-sembang twitter:keep smiling :)





Yes, ini semua takdir. sometimes I wonder apa akan jadi if aku still dekat Seri. Dengan yang mana satu? Or aku still tunggu yang satu, or aku tak akan jumpa My Triple A. Or aku akan sakit dengan orang lain pulak. Mungkin jugak aku tak akan ada dekat sini. Aku dekat lain. Ini semua takdir.
Setiap kali aku ingat perkara-perkara kat Seri, I keep smiling.

Aku teringat zaman nakal nya Tuhan saja yang tahu. Sampai warden menyumpah, sampai senior menyampah. Haha. but, We were stick together. Mana ada siapa berani marah. Aku buat apa aku punya suka.

Zaman di mana aku rasa tak ada siapa berani usik aku. Usik jiwa aku. Yang penting is my friends. Jangan berani usik kawan aku. Kononnye lah kan. Zaman jahiliyah ituh sangat suwit untuk dikenang. Haha~

Kalau waktu boleh diundur, Aku nak kembali ke zaman itu and fix everything. Ya, EVERYTHING. Terutama sekali pasal study. Aku banyak main masa kat sana. Hanyut dengan benda-benda merapu. and, aku akan menikmati keindahan persahabahan itu sampai habis sekolah. Sekarang, sangat susah nak nak jumpa balik even dengan bestfriend sendiri. Macam Kemey, now dekat Indon. Dah macam mana nak jumpa.

Girls, I wanna hug you all......... and,
Please,lend me ur shoulder.......

Rasa sangat lemah sekarang. Aku dah tak kuat macam dulu dah...

Kau yang pekak, atau aku yang silap cakap?

Aku ada satu tabiat yang aku tak tahu sejak dari bila start. Aku suka korek telinga sampai dah tak ada sebarang najis dalam telinga aku nih. (Jangan ikut sebab sangat tidak elok!) After masuk sem baru, pengorek telinga aku hilang. So semalam aku pun nak pergi beli la yang baru.

Then after dinner malam tadi dengan Zyra and Dayah, lansung kitorang pergi kedai. Diorang teman aku la.

"Bang, saya nak besi pengorek telinga tuh." Sambil tunjuk benda alah tuh. Dia kat dalam macam almari kaca. So boleh nampak la.

"Nah."

Zyra and Dayah : Yang ni ke kak???
Sambil pandang muka aku. Dua-dua muka tahan gelak dah.

Aku: Gila ke ape aku nak korek telinga dengan benda alah nih..

Zyra and Dayah gelak kuat. Abang tuh malu-malu then bawak keluar pulak benda yang betul. And boleh pulak dia tanya, "Yang ni ke?"

Aku cam, kau buat lawak ke bang? Tapi muka kau macam tak buat lawak. Aku tak tahu sama ada dia tak pernah korek telinga, atau dia tak tahu beza atau tersalah ambik. Tapi nak kata macam tersalah ambik tak jugak. Tak faham aku. 

Boleh imagine tak korek telinga pakai benda alah kat atas tuh??

Since dari kes tuh, Zyra dengan Dayah dok gelak tak abis-abis. Bila nampak je aku pegang pengorek telinga, diorang dok gelak-gelak. Gelak bersungguh sungguh lak tuh. Reaksi abang tuh memang kelakar gila kot.
Then kitorang imagine macam-macam.

First.
Nanti nak lalu kat kedai tuh then cakap, "Bang, abang dah kenal dah pengorek telinga?"

Second.
Lepas makan, lalu situ sampai pegang pencabut bulu ketiak , sambil lalu sambil pegang cakap, "Abang................ ni bukan pengorek telinga tau.."

Third.
"Abang, kitorang nak beli besi pengorek telinga tau. Bukan besi pencabut bulu telinga............."

Kahkahkah. Dayah cakap, entah-entah esok dia dah berhenti kerja.. Hahaha~~


Yes, aku yg salah!

Malam tadi lepas menangis macam orang gila meroyan. Selepas semua orang nampak kebodohan aku.

Terima kasih to someone sebab sedarkan aku tentang sesuatu. My Triple A is actually the best boyfriend I ever had..^______^

Aku minta maaf dengan semua kesilapan aku tanpa aku sedar tuh. Aku minta maaf secara tanpa sedar aku pentingkan diri sendiri. Tanpa sedar aku dah jumpa, kesilapan aku.

Now, I'm better. Memang dia dah pergi dari life aku. Memang dia mungkin sama sekali takkan kembali pada aku. Tapi at least ada orang pernah do everything untuk aku. At least aku pernah rasa.

Thanx to someone yang legakan jiwa aku. Thanx to him. :)

Hey, everyone.. My ex is the best you know. Sebab tuh aku sedih sebab hilang dia.

Triple A, I'm sorry for everything...




December:Kurus,kurus,kurus!

Hari pertama kejadian.

Aku puasa on that day. Malam tuh dah kenyang minum air mata. Memang tak rasa nak makan apa-apa. Tapi untuk bukak puasa, I need to eat something. So aku order keaw teow tom yam. But, aku just makan ketulan ayam dengan hirup kuah. Selebihnya roomate aku makan sikit then buang. Sangat-sangat membazir.

Hari kedua kejadian.

Tengah hari aku makan buah tembikai susu beberapa ketul beli kat pak cik mat. Petang tuh Ekyn belanja goreng pisang. Aku makan tiga ketul. Malam terasa badan macam tak ada energy. Aku order mushroom soup dengan garlic bread. Tak sedap! Aku just makan 2-3 ketul cicah soup and hirup soup beberapa sudu. Serious, masih sangat banyak dan sangat membazir!

Hari Ketiga. hari ini.

Kitorang habis class record awal. Diorang ajak breakfast. Aku betul-betul tak rasa nak makan. Ekyn pun. Tapi Faiz cakap "Jom, aku blanja". Ekyn dah sengih sengih. Haha. Jom la.. Kitorang pergi ramai-ramai. Echa, Yana and Fatin makan nasi lemak. Ekyn tengok terus rasa nak makan jugak. Aku pergi teman Ekyn beli. Tapi aku just pandang the nasik lemak tanpa nafsu. Padahal itu adalah nasik lemak favorite aku and aku yang kenalkan the nasik lemak kat ekyn. Faiz makan roti telor. Faridzul makan roti tampal. Aku pandang semua makanan dengan zero NAFSU!

Aku order milo ais. Too sweet. Sejak bila mulut aku sensitif nih? Aku tambah air kosong Faridzul dalam air aku. Tapi, aku just dapat minum half je air tuh. Sangat membazir! Nasib baik orang belanja.

***************

Memang bagus aku tak lalu makan. Tapi aku rasa membazir. aku rasa macam tak ada energy. Sebab tuh aku order jugak. Tapi apa guna aku order if tak makan pun. 

Entah lah.. Bila aku rasa macam nak makan. Aku teringat something. Aku teringat yang dia janji dengan aku takkan ada orang lain. Dia nak break off kononnya sebab tak nak fikir hal cinta. Senang cerita tak nak fikir aku sebenarnya. Tapi at the same time, dia ajak perempuan lain keluar. Rasa sangat HURT. Benda tuh macam bermain main kat minda aku.

Tapi aku take it positive lah kan. Bila rasa bernafsu nak makan, ingat benda yang sangat HURT tuh. Then I can control myself dari makan. Tak lama boleh kurus lah kan? Hee~

***************

Aku sedang cari diri aku yang dulu-dulu. Sebelum kenal lelaki itu. Tapi sebenarnya tak akan jumpa. Sebab dengan dia lah diri aku yang sebenar. So, aku berhenti cari dan teruskan je.. Tak ada apa yang akan berubah.

Tiba-tiba aku teringat my mom pernah tanya,
"A*** tak kisah ke badan akan dah naik nih?"

Masa tue aku diam je...


And now if mak aku tanya lagi aku akan jawap 
"Akak mati pun dia tak kisah mak........."

Patah ribu-ribu

Walau kau tiada di sini
Ku tetap ingat semua pesanmu
Ku hidup seolah-olah kau masih ada
Bisikan kata kepadaku

Bilakah kau akan utuskan surat buatku
Aku terus menunggu tibanya kata cintamu


oh.. patah seribu hatiku
Bila mengenangkan segala yang kita bina bersama
Haruskah ku lupa kerna engkau telah pergi

Biar pergimu tanpa relamu
Namun hatiku tetap rasa
Kejamnya kau meninggalkanku dengan nota-nota
Cinta
buat kita berdua bila kan ku bisa menerima ketiadaanmu
Kan ku bakar semua hapuskan semua kenangan


Patah seribu hatiku
Bila mengenangkan segala yang kita bina bersama
Haruskah ku lupa kerna engkau telah pergi

Sayangku mohon padamu
Segera tinggalkanku
Pergilah kau ke tempat yang kau tuju
Pasti ada hikmah buatmu dan juga buat diriku

Pergilah…