Pengajaran Cinta

Sepanjang aku bercinta dulu-dulu, aku lalui banyak benda dengan lelaki yang sama. Sebenarnya terlalu banyak kesilapan yang aku buat tanpa aku sedar. Dan aku tak nak orang lain buat silap macam aku jugak.Ini pengajaran yang aku dapat selepas semuanya berlaku.

1. Sebenarnya ini bukan kali pertama aku ditinggalkan sebab perempuan lain. Ini kali kedua. Oleh sebab itu, sesiapa sahaja yang dah lalui kena tinggal sebab bf korang ada perempuan lain, fikir masak-masak untuk terima dia balik.

2. Kesilapan aku lagi adalah terlalu percaya. Dulu aku berjauh dengan dia. Jadi, kesempatan itulah dia ada orang lain. Tanpa aku sedar. Cinta jarak jauh ini perlukan kerjasama dua belah pihak. If seorang sahaja yang setia, tidak ada guna. Sebab lambat laun akan kantoi jugak.

3. Percaya pada gerak hati. Sebelum dia mintak break, aku dah perasan dia berubah tapi aku yang degil nafikan. Masih percaya dia. Asyik cari pasal je. Korang kena ready ok. Tapi jangan sampai syak wasangka pulak.

4. If korang dah tahu perangai dia memang player, jangan terlalu berharap dia akan berubah untuk korang. Tak kira lah lelaki atau perempuan, hati manusia bila-bila boleh berubah.

5. Airmata lelaki. Sesiapa pun akan terpedaya dengan air mata lelaki kan. Aku pun macam tuh jugak. Masa tengah sayang mungkin lah kan air mata tuh untuk korang. Tapi jangan ingat dia sayang itu untuk selamanya. Jangan fikir "Dia pernah menangis sebab aku. Mesti dia betul-betul sayang aku. Mesti dia tak akan berubah dah. " Nope! Jangan fikir macam tuh. Itu kesilapan paling besar aku.

6. Sebenarnya aku pun ada buat silap. Dan kesilapan kecil itu dia boleh jadikan ia satu isu besar untuk cari point nak berpisah. So, jangan bercakap bila korang tengah marah. Biar sejuk dulu. Dah rasional baru cakap.

7. Jangan cerita pasal lelaki yang korang pernah sangat suka. Sebab benda-benda macam nih pun dia boleh buat point. Jangan uji cinta mereka dengan cara ini. Lambat laun, dia akan guna benda nih and cakap, "I lepaskan u dengan lelaki tuh. Kan dia boleh buat u bahagia. " See?

8. Jangan cinta dia lebih dari DIA. Sebab bila engkau jatuh, engkau akan jatuh dengan sangat parah! Waktu itu engkau akan tahu langit itu tinggi atau rendah. Jangan hanyut sebab cinta sesama manusia. JANGAN!

9. Bila engkau sudah sungguh sangat sayang dia, berdoalah kepada Allah, jika dia baik untuk engkau, dekatkanlah engkau dengan dia, jika tidak jauhkanlah dengan segera. Sebab aku selalu minta dia untuk aku. Padahal Allah itu beri apa yang kita perlu, bukan apa yang kita hendak. Allah itu lebih tahu. Allah itu Maha Mengetahui.

10. Jangan lupa kawan-kawan. Tak kira lelaki or perempuan. Sebab nanti bila kau jatuh, siapa yang akan temankan? Kekasih kau tuh dah ada orang lain. Tak de nya nak peduli sama ada kau hidup atau dah mati. Dia sibuk dengan perempuan lain dah. Sebab tuh bila bercinta, jangan benarkan kekasih aturkan dengan siapa kau perlu kawan and dengan siapa kau tak perlu kawan. Yang penting kau pandai jaga diri. Okeyy??

Apapun, sedangkan pantai lagi berubah,
inikan pula hati manusia.
Kan?
:)


1 comment:

Salam Akk said...

menarik!!! brputar putar gak pakaian dlm minda niii....