Aril!

Ini cerita fasal kawan lagi. Kawan yang orang selalu salah anggap. Orang yang bila aku bercomment-comment dekat facebook dengan dia, kawan-kawan aku akan tanya dan kadang-kadang kawan-kawan aku akan salah faham.

"Bf baru ke??"
"Scandal ehh.."

Dia bukan bf baru aku. Dan aku tak kisah kalau orang tanya begitu. Aku hanya ketawa saja. Tapi kalau scandal aku akan marah. Sebab kawan aku yang ini lansung tidak layak jadi 'scandal'. Bagi aku perkataan scandal sangat tak sopan untuk dia. Kalau faiz mega bestfriend aku, Aril is mega bestfriend jarak jauh aku. Ha..? Haha.

Sepatutnya aku kenal dia masa PLKN, tapi aku lansung tak ingat dia. Dia cakap masa PLKN aku sombong sangat. Haha. Bukan dia seorang yang kata sebenarnya. Dan ramai dah habis PLKN baru jadi rapat. Samalah kes aku dengan Aril.

Aril. Anak tunggal. Orang Johor.

Aril is a good listener.
Masa aku tengah frust dulu, dia adalah antara pendengar setia aku. Dia yang akan nasihat aku supaya aku jadi rasional. Supaya aku tak terlalu ikut perasaan. Dia yang selalu buat aku berfikir panjang..

 Aril yang tak pernah mendesak.
Aril tak macam lelaki lain. Dia, kalau text tak bereply dia ok je tunggu aku. Aku tak suka lelaki yang lambat sikit reply text terus nak call dan call. Dia macam tak kisah. Tapi bila aku reply (lambat) dia reply balik cepat pulak. See? Aril ni chill je orang dia.. Atas sebab itulah aku masih boleh berkawan dengan dia sampai sekarang.

Aril yang sabar.
Aril yang selalu sabar layan karenah aku yang sesuka hati dan sesuka mood aku. :)

Aril yang peka. Aril yang pegang pada janji. 

Dia janji akan wish good morning hari-hari even aku tak reply pun dia masih wish. :)

Aril yang akan perasan benda-benda kecil,

Aril: Ye lah, manalah kau nak kenal aku.. Kau rapat dengan Faiz (kawan PLKN aku. Aik,Faiz jugak nama dia kan??) je.
Aku: Haha, sorry la.. Aku kalau tak kenal orang memang macam tu..
Aril: Tak pe la.. Tapi ok what, kira orang tertentu je boleh cakap dengan kau.

See? Dia akan nampak benda-banda yang kecil kan?

 Aril yang akan cakap benda-benda yang senangkan hati aku..
Yang ni aku tak tahu nak explain macam mana. Kalau kau biasa dengan dia, kau akan tahu.

 Aril yang kalau aku perlukan jawapan rasional kepada masalah aku, dialah orang yang akan aku cari. Dan Aril,


..yang masih layan text aku even tengah main dota. :)

See, baik kan dia. Sebab itu dia mega bestfriend jarak jauh saya. Nak kenal dia? Boleh, isi borang tapi aku yang akan shortlistkan.. HAHA. Sebenarnya ada banyak nak cakap fasal Aril, tapi otak tepu lepas simpan dua hari. Aril tak tahu ni. Sebelum dia baca, kita larikkk.......... HAHA.

I'm glad to have you in my life Aril! :) Tenkiyu.



4 comments:

Anis Farhana said...

Sweet lah kawan awak . hahaha :)

Zakia said...

haha..shahril~ wei kalau ko dgn dia pun ok what!! :)

nyna amani said...

anis; dia memang sweet sangat1 ;)

nyna amani said...

zakiah; i can't.. he's a good friend.. :)