Fasa kejatuhan seseorang itu....

Awak,kita tak akan tahu kita sekuat mana kalau kita tak dipilih untuk lalui dugaan tu. Dalam hidup ni, ada satu fasa dimana kita akan terjatuh dan dijatuhkan. Waktu itu, kita akan tertanya tanya, kenapa perkara tu berlaku pada kita? Apa salah kita? Dan orang-orang sekeliling pula, hanya ada kata-kata yang sama untuk kita..

"Sabar lah.."
"Ni ujian.."
"Mungkin ada hikmah.."

Kita akan penat dengan ayat dan kata yang sama. Tapi sebenarnya, hanya sabar dapat pulihkan hati kita.

"Berapa lama nak kena sabar??"

"Aku dah penat dengan ujian demi ujian.."

"Hikmah apa hikmah? Apa hikmahnya?"

Sabarlah dulu,baru tahu untuk berapa lama. Bila kita sabar dengan ujian-ujian tu, Allah pasti tunjukkan hikmahnya. Itu janji Allah. Kita siapa nak pertikaikan..

Aku akui, aku ini manusia yang lemah. Tuhan hanya jentik aku sikit je, tapi aku dah gelabah. Tapi betullah, semua itu buat kita lebih tabah. Hakikatnya, aku ini orang bertuah, ramai yang datang tahankan aku supaya tak rebah..

Untuk kawan-kawan yang sedang melalui fasa-fasa itu, sabarlah. Allah tak akan uji kita diluar kemampuan. Malah setiap kehilangan itu akan berganti dengan yang lebih baik.

Ada orang hilang emak atau ayah. Hilang yang tak mungkin berganti dah. Maka bersyukurlah setakat hilang seseorang yang hanya bagi kamu duka dan resah.

Seseorang itu kata pada aku, cinta itu boleh bawa kita ke syurga atau neraka. Kalau kita cinta seseorang/sesuatu yang boleh bawa kita ke neraka,apalah gunanya. Kalau cinta kita itu cintakan seseorang/sesuatu yang boleh bimbing atau membawa kita untuk  kesyurga, itulah yang dimahunya. Jadi cuba fikir, yang kamu hilang itu berbaloi untuk diratapi atau tidak??

:)

Sebenarnya, ini entry untuk seseorang,
dia sedang melalui fasa-fasa yg sukar.
Dan tak banyak yang dapat aku tolong dia.
Jom kita sama-sama doakan dia, okeyy?






5 comments:

Adib Syazwan said...

ayat yang sinonim dari kawan-kawan sekeliling adalah "sabar", "ada hikmahnya". tapi yang sebenarnya kawan hanya sedikit membantu, tapi sebenarnya diri kita sendiri yang kuat untuk hadapi semua ujian tu. i think.

nyna amani said...

Bagi aku,kawan aku banyak membantu.. Aku tak tahu macam mana aku kalau tak ada kawan-kawan. Itu aku.

Adib Syazwan said...

Yes. thats rite. but even our fren bg smgt mcm mane pun, kalau diri kita sendiri tak makan nasihat tu. tak jadi jugak, maknenye diri kita dan kawan kita need each other.

nyna amani said...

Yup,haruslah macam tuh.. diri sendir kena kuat jgak..

Adib Syazwan said...

Hahaha. yes!