Kau ingat best sangat?

Sumber: Google


Kau ingat best sangat ke tak makan durian ni? Bila aku cakap aku tak makan durian dan tak boleh makan durian, mesti orang cakap aku mengada ngada. Cakap bajet mat salleh. 

Kau ingat best bila semua ahli keluarga berkumpul makan durian, kau tak tahu nak buat apa. Kalau duduk dalam bilik takut kecikkan hati penggemar durian lain. Kalau duduk sama-sama, tersedut bau durian kau pening macam nak migrain dengan bau dia.

Kau ingat best bila Atok kau beli durian mahal-mahal dan banyak-banyak nak bagi cucu dia makan, tiba-tiba cucu dia tak makan? Kau ingat best tengok muka Atok kau merajuk?

Kau ingat best bila kau dah cuba makan sebab nak ambek hati orang lepas tu kau termuntah-muntah. Kau kembang tekak sehari semalam tapi kau tahankan jugak.

Kau ingat best sangat family kau pegang kau and sumbat kau dengan durian and sengaja makan depan kau nak bagi kau bau?

Kau ingat best bila jalan-jalan dengan family, nampak durian diorang nak berhenti beli teragak-agak sebab nanti bau satu kereta and kau bau kau tak tahan. Bila tak dapat beli sebab kau ada dalam kereta, orang yang nak makan durian marahkan kau sebab kau diorang tak dapat makan durian. Kena tunggu kau tak ada dalam kereta baru boleh nak beli durian..

Bila mak kau buat segala jenis masakan durian, durian crepe, pengat durian, bubur durian kau jeling je tak sentuh. Kalau emak sendiri tak apalah dia dah faham and kenal anak dia. Kalau orang lain? Kalau kau jadi tetamu kat rumah orang?

Haa.. kau ingat senang jadi orang yang tak boleh makan dan bau durian ni? Aku pun tak nak lah tak boleh dengan durian tu.. Kalau boleh aku nak makan semua benda yang boleh dimakan..

Sekarang musim durian dan aku dah migrain tahap dewa dah dengan bau-bauan tapi kutahankan jugak..

Adioss..

Durian crepe yg hangat diperkatakan. Nampak sedap tapi... kalaulah aku boleh makan kan best.




12 comments:

IdaRaida said...

sumbat? heheh
ida pernah buat pada adik ida.:)
marah btul pd kami..

anyway.. sian nina xdpt makan durian. best tau!

nyna amani said...

Haha.. memang akan rasa nak marah sangat Ida..

Tu la, tahu rugi tak dapat makan.. :(

Momok Gemok said...

hehe.. sye lak mmg x blh mkn durian. asthma :D

nyna amani said...

owhh.. baru sy tahu asthma x boleh makan durian. Sy pun asthma.. :)

Momok Gemok said...

bukan patient asthma xleh mkn durian. certain yg ad asthma blh je mkn. tgk alergy dia mcm mne lah :D

Cik Siti said...

alala..takpelah..tak smue suke durian..sy pun suke sikit2 je..kalau bnyak2 nnt pening..:-)

Oh Aida said...

same laaaaa situasi kite. patot laa Nina komen macam memahami Aida hari tuh :/

nyna amani said...

Momok Gemok: Owhh,macam tu.. Tq for the info.. :)

nyna amani said...

Cik Siti : Saya bau pun dah pening.. Hee~ :)

nyna amani said...

Aida: Nina memang tak boleh lansung durian.. So faham la.. mmg faham.. hehe

Littleme ashikin said...

sis sy pon cam sis.. perh baunya,, tdakkk nk lari je rasa..

nyna amani said...

Littleme ashikin: tu la, pening kepala kan bau dia.. Kuat sgt..