Calender penuh dengan...

Salam.

Hye! Nampak tak calendar tu? Faham tak calendar tu? Tak faham? Mari sini kita terangkan. Calender tu yang kita bulatkan tu is tarikh wedding kawan-kawan kita. 3 November dah lepas kan. Itu wedding abang senior kita. 10 November tu pulak kita ada dua wedding nak kena pergi. Wedding Qaiyah and Kundo. Dua-dua orang ni satu sekolah dengan kita masa kat Seri. Kita nak pergi tapi tengok dulu Azie dapat kereta  ke tidak on that day. Nak pakai kereta kita manual. Dia tak pandai bawak. Nak jalan jauh kan. Nak harap kita? Lagilah tak da guna. Hehe..

Kita nak pergi sangat-sangat sebab kawan-kawan kita masa kat Seri ramai yang datang.. Dok tuit-tuit semalam makin kuatlah kita nak perginya.. 

17 November pulak wedding kawan kita masa kat Jengka Pusat 2. Tapi kelas lain and  yang ini pun kita tak tahulah pergi ke tidak. Kita dah cakap dengan Juna nak tumpang dia balek dan dah cakap dengan kawan kita nak tumpang rumah dia tapi tengoklah kalau kita rajin.. Kita rindu kawan-kawan tapi kita malas nak susahkan orang.. Diorang memanglah tak kisah. Mak kawan kita,kalau kita datang, dia buat macam-macam. Tu yang kita segan tu.. :)

Ok, 24 November adalah wedding Pick!! Ingat tak E-day dia yang kita post hari tu? Dia bertunang September hari tu.. Semalam kita call Lia, bff kita. >_< Kita nak confirmkan plan kitorang hari tu. Yeayy,tak sabar!

Lepas kita call Lia, kita call Pick sebab Pick ada call kita banyak kali kita tak perasan. Dia suruh kita datang awal dua hari. Dia nak masa dia berinai, kita,Lia and kawan-kawan dialah ada sekali. Tapi rasanya tak boleh sebab Lia ada kelas lagi. Kita kena tunggu dia balik dulu. Kita nak pakai inai jugak! (Padahal inai yang pakai masa Pick bertunang hari tu tak hilang lagi!)

Kawan-kawan kita yang nak kahwin nih semuanya masa sekolah nakal-nakal yang amat. Tak sangka diorang nak kahwin dulu. Haha.. Untunglah masa belajar jumpa lelaki yang dah mampu nak jaga dia, kan.. Arggh,nak kena belajar rajin-rajin jugak.. Jeles dengar kawan kita cerita depan fakulti dia,fakulti engineering. Ramai guys ensem-ensem.. HAHA, miang amat..

Tak lama nak balik kolej dah.. Yehhuu.. Seoul Garden,wait for me! ;)





5 comments:

Zakia said...

bila aku nak kahwin ni..hehe

nyna amani said...

Haha, aku tunggu.. Nanti jemput aku tau!

aDiB sYaZWaN said...

and 1 mase nanti update la pulak tarikh kau kawin ye nina. hahaha. jangan lupa tag aku kat entry tarikh kawin kau. hahaha.

nyna amani said...

Haha.. Opkos! doakan aku ye.. :)

aDiB sYaZWaN said...

Amin. (y)