Novel itu satu terapi..


"Ingat dia lagikah?"
Azril tidak terus menjawap. Tahu siapakah 'dia' yang dimaksudkan.
"Ingat.." Perlahan akhirnya dia menjawap. "Tak boleh lupa."
"Tak boleh ke tak nak?"
Azril tersenyum pahit. "Tak nak sebenarnya. Kalau boleh nak terus ingat sampai bila-bila."
Najmi baru hendak membuka mulut mahu berkata sesuatu, namun Azril cepat memotong.
"Angah tahu dia dah tak ada." Dia tersenyum sedikit., "And maybe it sounds lame, tapi kat sini, dalam ni.."Azril mengunjuk dadanya,"Dia ada kat sini. Dia takkan hilang. Don't ask me to chase all this away. Because, I just can't."


Azril Mastaufi.
m/s 214.
Syud, Tentang..Dhiya

Cikgu aku kata, kalau kita suka baca tak kiralah baca apa pun termasuklah novel, kalau dia beri kita inspirasi, beri kita kata semangat, itu dah dikira baik. Bermakna, adalah 'sesuatu' yang kita belajar dari apa yang kita baca. Ini kali kedua aku baca novel Syud yang ini. Kali pertama dua tahun lepas dan aku pernah review novel ini. Aku kata rasa macam nak bercinta balik. Tak sangka dua tahun kemudian, aku baca masa aku dah tak punya buah hati pengarang jantung tu. :)

Orang kata hidup ni kena ada angan. Barulah nanti boleh jadi kenyataan.. Novel ni buat angan aku yang hampir berkubur-mungkin juga dah terkubur- kembali hidup. Terasa sesalnya aku sia-siakan usia dengan bermain-main. Terasa sesalnya tak belajar macam watak Dhiya Nurlisa yang sampai ke oversea. Terasa sesalnya habiskan waktu,cinta dan segalanya untuk orang yang tak sepatutnya.

Novel ni buat aku percaya fasal jodoh. Jodoh tu tak akan kemana. Dan buat aku percaya,  kalau orang tu-yang kita sayang sangat tu-yang kita tak boleh lupa sangat tu, sebenarnya boleh. Cuma diri kitalah yang kena pilih nak yang mana satu.

Ada seorang kawan aku, yang putus cinta macam aku, tapi dia masih baru dari aku lah. Dia selalu cakap yang kalau ex dia datang balik pada dia, dia akan balik semula. Aku pulak kata jangan,jangan,jangan dan aku rasa entah untuk ke berapa kali entah. Tapi mungkin kisah dia dengan kisah aku lain. Lelaki itu -- yang sebenarnya kawan aku jugak-- bukan jenis pencurang. Selama ini pun tidak pernah menipu. Jadi sebab itu dia masih mahu cuba.

Kalau aku? Mungkin kalau aku cakap tak ada orang percaya. Tapi aku sangat-sangat harap sampai mati pun aku tak akan jumpa dia lagi. Bukan marah, bukan benci. Tapi aku takut aku tak dapat kawal diri. Aku takut maaf yang aku beri aku akan tarik balik sebab teringat atas segala apa yang dah dia buat pada aku. Hari-hari aku doa, doa supaya hati aku seikhlas mungkin maafkan dia.

Aku cuma harap hidup aku ini lebih baik dari selama aku kenal dia, atau lebih baik dari sebelum aku kenal dia. Aku pernah kata pada Azie, aku nak buat hinopsis (aku tak sure betul ke tidak nama dia). Alah, yang dalam drama Winter Sonata tu emak dia buat dia lupa pasal silam dia. Sebab aku kata pada Azie, kalau alzheimer tu nanti aku lupa pulak apa yang dah belajar. Ini khas untuk lupa dia je. Semua fasal dia. Sebab bila hati kita ni terlalu-teramat luka, kenangan yang indah dan manis itu dah tak ingat dah. Ingat yang pahit-kelat saja..

Sekarang ini aku boleh kata aku okeyy. Itupun orang masih ragu-ragu. tapi betullah. Aku okeyy. Okeyy yang maksud aku dah tak menangis lagi teringatkan dia. Okey yang dah tak ambil tahu fasal dia atau kehidupan dia. Cuma yang tak okey nya bila ada perkara-perkara serupa tingkah dia, aku akan berdesis teringat dia. Maknanya tak lupa sepenuhnya lah.

Mungkin nanti, bila dah jumpa pengganti. Err, mungkin orang yang aku ternanti-nanti.. Err, mungkin seseorang yang benar-benar sudi... Datang dan lenyapkan semuanya. Macam Azril datang dalam hidup Lisa dah lenyapkan Faiz dan Ezwan. Macam Firas datang dalam hidup Wardah dan lenyapkan Ilham. Mungkin. :)
See, novel is a therapy okeyy.

No comments: