S.M.I.L.E



And every time I see you in my dream,I see your face, you haunting me..
-Britney,Everytime




But it's not so bad,You're only the best I ever had,I don't want you back,You're just the best I ever had,  The best I ever had..The best I ever..
- Vertical Horizon, Best I Ever Had.






:)





Kau ingat best sangat?

Sumber: Google


Kau ingat best sangat ke tak makan durian ni? Bila aku cakap aku tak makan durian dan tak boleh makan durian, mesti orang cakap aku mengada ngada. Cakap bajet mat salleh. 

Kau ingat best bila semua ahli keluarga berkumpul makan durian, kau tak tahu nak buat apa. Kalau duduk dalam bilik takut kecikkan hati penggemar durian lain. Kalau duduk sama-sama, tersedut bau durian kau pening macam nak migrain dengan bau dia.

Kau ingat best bila Atok kau beli durian mahal-mahal dan banyak-banyak nak bagi cucu dia makan, tiba-tiba cucu dia tak makan? Kau ingat best tengok muka Atok kau merajuk?

Kau ingat best bila kau dah cuba makan sebab nak ambek hati orang lepas tu kau termuntah-muntah. Kau kembang tekak sehari semalam tapi kau tahankan jugak.

Kau ingat best sangat family kau pegang kau and sumbat kau dengan durian and sengaja makan depan kau nak bagi kau bau?

Kau ingat best bila jalan-jalan dengan family, nampak durian diorang nak berhenti beli teragak-agak sebab nanti bau satu kereta and kau bau kau tak tahan. Bila tak dapat beli sebab kau ada dalam kereta, orang yang nak makan durian marahkan kau sebab kau diorang tak dapat makan durian. Kena tunggu kau tak ada dalam kereta baru boleh nak beli durian..

Bila mak kau buat segala jenis masakan durian, durian crepe, pengat durian, bubur durian kau jeling je tak sentuh. Kalau emak sendiri tak apalah dia dah faham and kenal anak dia. Kalau orang lain? Kalau kau jadi tetamu kat rumah orang?

Haa.. kau ingat senang jadi orang yang tak boleh makan dan bau durian ni? Aku pun tak nak lah tak boleh dengan durian tu.. Kalau boleh aku nak makan semua benda yang boleh dimakan..

Sekarang musim durian dan aku dah migrain tahap dewa dah dengan bau-bauan tapi kutahankan jugak..

Adioss..

Durian crepe yg hangat diperkatakan. Nampak sedap tapi... kalaulah aku boleh makan kan best.




Benda best!

Hye!

Hari ni kita nak share benda best. A few of my friends ada buat bisnes. So, korang boleh la singgah-singgah mana tahu ada benda yang memang korang tengah cari kan..

First is


FR HOMEMADE CAKES MENYEDIAKAN PELBAGAI JENIS KEK,APAM POLKADOT,CHEESE TART,PUDING,LAKSAM PANTAI TIMUR(KUAH LEMAK),BIHUN SUP & NASI TOMATO...DI  JAMIN HALAL 100%..HARGA2 DI SINI  BERPATUTAN BOLEH DI RUNDING (TEMPAHAN BANYAK)..PENGHANTARAN DI SEDIKAN..& HARGA AKAN DI CAJ MGIKUT TEMPAT...SEKITAR SIMPANG 4 & TANAH MERAH,FREE...   KEK2 TERDAPAT DI SINI....:KEK COKLAT MOIST,KEK MILO MOIST,KEK KERAMEL,KEK MARBLE,KEK PISANG,KEK OREN,KEK SPAN,KEK BATIK,KEK MARBLE CHEESE,MUFFIN COKLAT CHIPS & DLL...~APAM PELBAGAI VERSI & FELLING...~VERSI ; LADY BIRD,ANGRY BIRD,STRAWBERY,DOT2,BEE & BOLEH TULIS NAMA...FILLING ; STRAWBERY,BLUEBERY,COKLAT,KAYA & BOLEH REQUEST FILLING LAIN..

Aku boleh jamin sedap sebab aku dah rasa!

Second.


Okey, yang ini pulak baru je bukak. Ada baju and ada khidmat make up untuk pengantin.. Aku rasa kalau nak tahu detail korang pergi page dia yang aku link kan tu okeyy?



Fieyna Collection
Ada halfmoon shawl yang tengah famous sekarang ni. Ada baju comel-comel.











Akhirnya,sah menjadi milik...

Entry yang dikepam beberapa hari. Tak dapat nak update sebab wifi membangangkan diri.

Ok dah, tak nak cerita panjang. Upload pic sikit ja..



Masa akad nikah Pick pakai colour yellow + white.
Cantek sangat baju tu..

Then masa bersanding baju yang yellow+black tu..

Pick ni peminat kipas mati Dato' Siti. Baju dia pun dah macam Muara Hati dah aku tengok.
Dari hari tu nak merak bagai. Ingatkan main-main, sekali memang merak sungguh baju dia..

Masa nak tunggu akad nikah,aku dengan Pick tau dalam bilik.
Rasa aku pulak ha yang berdebar. Dia tak yah cakap lah.
Tapi sempat lagi buat lawak..

Sebenarnya scene paling aku suka masa wedding is sebelum akad nikah,
lelaki kena baca macam perjanjian tu. (apa eh orang panggil??)
Bila dengar betul-betul sebak.
Sebak sebab bila teringat pasangan yang bercerai,
dia ingat tak apa yang dia baca masa sebelum akad nikah tu.
Perjanjian tu..
Janji akan jaga baik-baik dan kalau dah tak nak pulangkan,pulangkan baik-baik..

Well, I love wedding so much.
TAPI, aku sendiri takut nak kahwin.
Honestly, aku sangat takut dengan MARRIAGE.
Putus cinta pun aku dah macam orang tak betul,
kalau dah kahwin??

Ha,ni kalau orang tu baca mampus kena marah.
mesti dia cakap,
"Kau ni suka cakap and fikir bukan-bukan.."

Hee..

Selamat Pengantin Baru Pick.
Semoga bahagia dunia akhirat.
Dah preggy bagi tau aku eh..
HAHA.
Love you!
:)




Sampai gajah boleh terbang.


Babe, aku sayang kau babe. Tenkiyu very much! Bracelet tu cantik sangat-sangat! Batu dia cantik. 
Tapi sebab fon aku ni murah, tak dapat nak ambek sudut yang cantek.

Okeyy,kau punya ayat tak boleh nak touching lagi??
Terharu tahu tak?? *laphingus

Dah berapa tahun kita kawan? Dari zaman aku berhingus tu lagi..
Kalau aku balik kampung, kau je yang ingat kat aku..
Sobs. *kesatairmata pulak.


Aku sayang kau sampai gajah boleh terbang jugak sayang!

:"D

p/s:
Tenkiyu Cik Muspirah sayang.


Jom BW sambil Follow sampai Lebam


Bukak Fb nampak orang invite segmen. Disebabkan segmen dia simple sangat-sangat. Aku pun rajin nak memeriahkan. Sebab kalau segmen yang bersepah nak kena like page bagai,aku malas. So..
Macam biasa, nak sibuk join jugak tekan banner.

p/s
Blog dia lawan weyh!


Malam



Mungkin nanti-nanti kita dah tak macam hari ni.
Kita masing-masing dah bawa haluan sendiri,
tapi apa yang aku sangat pasti,
kenangan kita akan sentiasa di hati.

Mungkin nanti-nanti kita tak akan bergurau seperti ini.
Kita akan ada hidup sendiri,
Kita tak lagi ketawa sebegini,
tapi apa yang pasti,
semuanya akan terpahat di sanubari.

Bila-bila nanti,
bila masing-masing dah terbang tinggi,
jangan lupa segala apa yang pernah terjadi,
Aku juga harap, aku masih dinanti..

:)

Sedih jugak.


Kali ini dicampak ke kelas B semula. Aku memang suka setiap semester Miss main tukar-tukar kelas. Suka sangatss...




Sekali lagi aku nak cakap aku memang tak kisah kelas mana-mana sebab aku pernah rasa dua-dua kelas. Tapi without tiga orang itu sedih la pulak.. 

Petang tadi Faiz call OTP dengan dia punya lama sampai panas fon aku.. Sedih pulak rasa. Hikhik.. Memang lah masih satu kolej. Tapi bila lain kelas,sebenarnya dah tak akan sama macam satu kelas dah.. 

Tak nak cerita lebih-lebih, sedih la pulak.. Sobs. :'(

Done.


4.00a.m.
Done edit Cik Jannah punya blog. 
Edit sikit-sikit ja..
Simple.
But bila tengok balek pinky sangat lah pulak.
Tak apa,nanti kita edit lagi.
Done with the header too!.
I hope she like it.

Ok bye!
:)

Please forgive me

Tak pernah terbayang sebelumnya
Denganmu telah berakhir disini
Semoga kau dapat merelakan
dan melupakan semua tentangku.

Selamat tinggal kekasih
Kau kan slalu ada diatas hatiku
Dan bila aku yang salah
Please forgive me my love
I just want you to know
You always in my heart..

Ternyata kuharus meninggalkan
Semua kenangan bersamamu
Maafkan kumemilih dirinya
Kernaku tak mampu menolaknya..

You always in my heart.

Lirik dia kejam.
Tapi aku suka.

Please forgive me - Elly Mazlein

Tiga pagi, pagi tadi.

Bila pukul tiga pagi masih belum tidur. Maka kita akan jumpa orang merepek-merepek yang belum boleh tidur juga.
Ceghite zaman sekolah rendah dolu-dolu.

Sumpah aku rasa macam nak tembak budak ni dengan senapang gajah!

HAHAHA..

Good night.. Eh, good morning!

Doa



Doa itu adalah senjata orang mukmin. Kita tak dapat buat banyak, buat ini pun jadilah.

Lagu sesuai untuk pesalah.

"Fon kau bunyi tu.."
"Siapa?"
"Mana aku tau.. Eh, lagu apa bunyi fon kau tu? Sejak bila kau dengar lagu macam tu?"
"Hahaha.. Sejak ada orang buat salah dengan aku lepas tu dia tak tahu macam mana nak minta maaf."
"Siapa?"
"Ada la.."



************
"Kenapa kau lansung tak boleh terima aku?"
"Sebab aku takut aku buat kau kecewa. Aku rasa aku tak mampu lagi kot nak sayang orang lain."
"Alasan.."
"Habis, kau nak aku jawap macam mana."
Dia mengais pasir dengan ranting yang dipegang.
"Do you... still love him?"
"Who?"
"Ermm, your ex.."
Aku pandang dia lama..
"Soalan apa ni?"
"Ok sorry.."
Aku bangun dari duduk. Pantai Black Stone yang tadi aku rasa macam tenang sangat dah rasa macam panas pulak. Aku jalan perlahan tanpa pedulikan dia.

Dia tarik lengan aku. 
"Sorry.. I'm sorry.."
"Kau rasa aku masih cintakan dia?"
Dia angkat bahu.
"Kau salah kalau kau masih ingat aku cintakan dia. Mungkin aku masih sayang. Mungkin aku masih ambil berat. Aku dengar dia tak sihat,aku risau. Yes, sebab dia pernah jadi sebahagian dari aku. Aku cuma dah terbiasa dengan dia. Tapi sekarang,hari ini dia bukan siapa-siapa lagi. Aku mungkin tak boleh lupakan dia, tapi rasa cinta aku tu dah mati untuk dia. Betul-betul dah mati. Kalau kau rasa aku tak boleh terima kau sebab dia, kau buat aku marah."
"Kenapa kau perlu nak marah?"
"Sebab selama kita berkawan, kau masih tak kenal aku. Kau sendiri pernah cakap aku kuat sebab boleh let go pasal dia macam tu. Tapi akhirnya kau yang tanya macam ni. Kau.. kau tak yakin dengan aku."
"Sorry.."
"Kita kawan,then tiba-tiba kau cakap kau suka aku. Aku masih boleh terima dan kita masih lagi kawan. Aku hargai perasaan tu. Tapi bila kau cakap yang tadi itu, kau betul-betul buat aku kecewa."

**************



Sorry-Buckcherry

Oh I had a lot to say was thinking on my time away
I missed you and things weren't the same

Cause everything inside it never comes out right
And when I see you cry it makes me want to die

I'm sorry I'm bad, I'm sorry you're blue, I'm sorry about all things I said to you
And I know I can't take it back
I love how you kiss, I love all your sounds, and baby the way you make my world go round
And I just wanted to say I'm sorry:

This time I think I'm to blame it's harder to get through the days
You get older and blame turns to shame

Every single day I think about how we came all this way
The sleepless nights and the tears you cried it's never too late to make it right
Oh yeah sorry!

Bila kita tak dapat sesuatu,
atau kita terdesakkan sesuatu,
kita selalu cakap tanpa berfikir.
Kadang-kadang benda kecil untuk kita,
adalah benda besar untuk dia.
Sekarang aku dah faham keadaan tu.


Aku dah biasa disakiti.
















Aril!

Ini cerita fasal kawan lagi. Kawan yang orang selalu salah anggap. Orang yang bila aku bercomment-comment dekat facebook dengan dia, kawan-kawan aku akan tanya dan kadang-kadang kawan-kawan aku akan salah faham.

"Bf baru ke??"
"Scandal ehh.."

Dia bukan bf baru aku. Dan aku tak kisah kalau orang tanya begitu. Aku hanya ketawa saja. Tapi kalau scandal aku akan marah. Sebab kawan aku yang ini lansung tidak layak jadi 'scandal'. Bagi aku perkataan scandal sangat tak sopan untuk dia. Kalau faiz mega bestfriend aku, Aril is mega bestfriend jarak jauh aku. Ha..? Haha.

Sepatutnya aku kenal dia masa PLKN, tapi aku lansung tak ingat dia. Dia cakap masa PLKN aku sombong sangat. Haha. Bukan dia seorang yang kata sebenarnya. Dan ramai dah habis PLKN baru jadi rapat. Samalah kes aku dengan Aril.

Aril. Anak tunggal. Orang Johor.

Aril is a good listener.
Masa aku tengah frust dulu, dia adalah antara pendengar setia aku. Dia yang akan nasihat aku supaya aku jadi rasional. Supaya aku tak terlalu ikut perasaan. Dia yang selalu buat aku berfikir panjang..

 Aril yang tak pernah mendesak.
Aril tak macam lelaki lain. Dia, kalau text tak bereply dia ok je tunggu aku. Aku tak suka lelaki yang lambat sikit reply text terus nak call dan call. Dia macam tak kisah. Tapi bila aku reply (lambat) dia reply balik cepat pulak. See? Aril ni chill je orang dia.. Atas sebab itulah aku masih boleh berkawan dengan dia sampai sekarang.

Aril yang sabar.
Aril yang selalu sabar layan karenah aku yang sesuka hati dan sesuka mood aku. :)

Aril yang peka. Aril yang pegang pada janji. 

Dia janji akan wish good morning hari-hari even aku tak reply pun dia masih wish. :)

Aril yang akan perasan benda-benda kecil,

Aril: Ye lah, manalah kau nak kenal aku.. Kau rapat dengan Faiz (kawan PLKN aku. Aik,Faiz jugak nama dia kan??) je.
Aku: Haha, sorry la.. Aku kalau tak kenal orang memang macam tu..
Aril: Tak pe la.. Tapi ok what, kira orang tertentu je boleh cakap dengan kau.

See? Dia akan nampak benda-banda yang kecil kan?

 Aril yang akan cakap benda-benda yang senangkan hati aku..
Yang ni aku tak tahu nak explain macam mana. Kalau kau biasa dengan dia, kau akan tahu.

 Aril yang kalau aku perlukan jawapan rasional kepada masalah aku, dialah orang yang akan aku cari. Dan Aril,


..yang masih layan text aku even tengah main dota. :)

See, baik kan dia. Sebab itu dia mega bestfriend jarak jauh saya. Nak kenal dia? Boleh, isi borang tapi aku yang akan shortlistkan.. HAHA. Sebenarnya ada banyak nak cakap fasal Aril, tapi otak tepu lepas simpan dua hari. Aril tak tahu ni. Sebelum dia baca, kita larikkk.......... HAHA.

I'm glad to have you in my life Aril! :) Tenkiyu.



Novel itu satu terapi..


"Ingat dia lagikah?"
Azril tidak terus menjawap. Tahu siapakah 'dia' yang dimaksudkan.
"Ingat.." Perlahan akhirnya dia menjawap. "Tak boleh lupa."
"Tak boleh ke tak nak?"
Azril tersenyum pahit. "Tak nak sebenarnya. Kalau boleh nak terus ingat sampai bila-bila."
Najmi baru hendak membuka mulut mahu berkata sesuatu, namun Azril cepat memotong.
"Angah tahu dia dah tak ada." Dia tersenyum sedikit., "And maybe it sounds lame, tapi kat sini, dalam ni.."Azril mengunjuk dadanya,"Dia ada kat sini. Dia takkan hilang. Don't ask me to chase all this away. Because, I just can't."


Azril Mastaufi.
m/s 214.
Syud, Tentang..Dhiya

Cikgu aku kata, kalau kita suka baca tak kiralah baca apa pun termasuklah novel, kalau dia beri kita inspirasi, beri kita kata semangat, itu dah dikira baik. Bermakna, adalah 'sesuatu' yang kita belajar dari apa yang kita baca. Ini kali kedua aku baca novel Syud yang ini. Kali pertama dua tahun lepas dan aku pernah review novel ini. Aku kata rasa macam nak bercinta balik. Tak sangka dua tahun kemudian, aku baca masa aku dah tak punya buah hati pengarang jantung tu. :)

Orang kata hidup ni kena ada angan. Barulah nanti boleh jadi kenyataan.. Novel ni buat angan aku yang hampir berkubur-mungkin juga dah terkubur- kembali hidup. Terasa sesalnya aku sia-siakan usia dengan bermain-main. Terasa sesalnya tak belajar macam watak Dhiya Nurlisa yang sampai ke oversea. Terasa sesalnya habiskan waktu,cinta dan segalanya untuk orang yang tak sepatutnya.

Novel ni buat aku percaya fasal jodoh. Jodoh tu tak akan kemana. Dan buat aku percaya,  kalau orang tu-yang kita sayang sangat tu-yang kita tak boleh lupa sangat tu, sebenarnya boleh. Cuma diri kitalah yang kena pilih nak yang mana satu.

Ada seorang kawan aku, yang putus cinta macam aku, tapi dia masih baru dari aku lah. Dia selalu cakap yang kalau ex dia datang balik pada dia, dia akan balik semula. Aku pulak kata jangan,jangan,jangan dan aku rasa entah untuk ke berapa kali entah. Tapi mungkin kisah dia dengan kisah aku lain. Lelaki itu -- yang sebenarnya kawan aku jugak-- bukan jenis pencurang. Selama ini pun tidak pernah menipu. Jadi sebab itu dia masih mahu cuba.

Kalau aku? Mungkin kalau aku cakap tak ada orang percaya. Tapi aku sangat-sangat harap sampai mati pun aku tak akan jumpa dia lagi. Bukan marah, bukan benci. Tapi aku takut aku tak dapat kawal diri. Aku takut maaf yang aku beri aku akan tarik balik sebab teringat atas segala apa yang dah dia buat pada aku. Hari-hari aku doa, doa supaya hati aku seikhlas mungkin maafkan dia.

Aku cuma harap hidup aku ini lebih baik dari selama aku kenal dia, atau lebih baik dari sebelum aku kenal dia. Aku pernah kata pada Azie, aku nak buat hinopsis (aku tak sure betul ke tidak nama dia). Alah, yang dalam drama Winter Sonata tu emak dia buat dia lupa pasal silam dia. Sebab aku kata pada Azie, kalau alzheimer tu nanti aku lupa pulak apa yang dah belajar. Ini khas untuk lupa dia je. Semua fasal dia. Sebab bila hati kita ni terlalu-teramat luka, kenangan yang indah dan manis itu dah tak ingat dah. Ingat yang pahit-kelat saja..

Sekarang ini aku boleh kata aku okeyy. Itupun orang masih ragu-ragu. tapi betullah. Aku okeyy. Okeyy yang maksud aku dah tak menangis lagi teringatkan dia. Okey yang dah tak ambil tahu fasal dia atau kehidupan dia. Cuma yang tak okey nya bila ada perkara-perkara serupa tingkah dia, aku akan berdesis teringat dia. Maknanya tak lupa sepenuhnya lah.

Mungkin nanti, bila dah jumpa pengganti. Err, mungkin orang yang aku ternanti-nanti.. Err, mungkin seseorang yang benar-benar sudi... Datang dan lenyapkan semuanya. Macam Azril datang dalam hidup Lisa dah lenyapkan Faiz dan Ezwan. Macam Firas datang dalam hidup Wardah dan lenyapkan Ilham. Mungkin. :)
See, novel is a therapy okeyy.

Bila aku rindu..

Aku demam. Wifi buat hal. Jadi aku bosan.

Mujur, setiap pagi bukak mata ada orang tak jemu hantar text good morning. Tapi selalunya aku bukak mata, baca text gud morning lepas tu sambung tidur, dan senyum. Selalunya lah. ;p

Aku memang seorang yang tak betah duduk rumah saja-saja. Selalunya cari mangsa ajak keluar. Dan sangatlah untung kalau ada orang yang ajak aku dulu. Tapi, duit pun bukan ada. Kena pergi tempat yang tak perlukan wang sangat. Haha. (Dalam takda-takda duet, masuk mall dan makan juga)

Mata dan kepala dah teringatkan kolej.

Teringat Nurul yang sem lepas tak berapa ada dalam bilik sebab sibuk belajar dekat library. Hasilnya, dia dekan semester ini! Budak account dekan woot! I'm proud of her. Sibuknya dia sampai bakul dah penuh dengan baju kotor menandingi baju-baju yang lain. Sibuknya dia sampai tak ingat minum dan makan. Rindukan Nurul yang kalau pergi mana-mana pun mesti nak order mee goreng mamak dia. Agaknya sebab tu badan dia kekal selim begitu.

Aku juga teringatkan Zyra yang selalu ulang-ulang lagu Muara Hati. Kalau ada test Math, serius benar gayanya.. Muka ketat habis. Zyra yang juga selalu tak ada dalam bilik tinggalkan aku. Zyra yang sensitif, yang perlu berfikir sebelum bercakap dengan dia. Zyra yang tak kisah kalau aku ajak makan atau buat kerja gila sama-sama.

Ira. Rindu Ira sebab semester lepas satu kelas dengan dia. Satu unit dengan dia. Makanya, semester lepas aku jadi paling baik dengan dia macam semester satu dulu. Ira yang selalu cakap,

"Nina.. kita lapar.. Jom makan."
"Nina, kita rasa nak makan blablabla.. Jom.."

Ira yang selalu risaukan subject economynya tapi masih dapat markah yang baik setiap kali test dan quiz. Ira yang selalu buat aku geli hati bila dia buat muka comel dia. Ira yang aku risau sebab sebelum balik hari tu tiba-tiba jadi tak lalu nak makan.

Dan, aku rindu jugak Faiz, teman lepak,teman gaduh dan katanya lagi, kami ini mega bestfriend. Kakak terbaik dia. Teringat dia yang kalau order makan mesti nak ada ayam goreng Aku kata dia macam upin ipin. Asyik-asyik nak ayam goreng. Bila tegur terus order benda lain. Bila ada telur dalam sup, aku yang akan makan telur kuning sebab geli katanya. Lepas tu makan bersepah. Itu Faiz.

Rindu jugak Si Raff yang ketinggiannya bukan ketinggian lelaki Malaysia sebab bapak dia orang Arab. Dan sebab ketinggian dia akan jadi bahan untuk aku kenakan dia balik bila dia panggil aku Mok. Raff yang kuat makan. Kalau lepak malam-malam dia akan makan mee goreng sepinggan dan nasik lemak. Tapi kurus kering kedeking. Raff yang setia. Raff yang suka bercerita fasal buah hati dia. Raff yang buat aku percaya lelaki setia masih wujud di dunia.

Itu kawan-kawan aku. Kawan susah senang aku. Kawan yang akan marah bila aku sedih. Kawan yang betah dengar aku ketawa kuat-kuat. Kawan yang masih setia dengar cerita aku walau entah berapa kali aku cerita benda yang sama. Kawan yang jadi kekuatan aku selama ini. Kalau nak cerita pasal kawan, entah berapa entry pun masih belum habis sebab aku ada ramai kawan-kawan yang superb. Terima kasih sebab buat aku happy. Aku harap kita dapat konvo sama-sama nanti. :) (Kecuali Nurul dan Zyra sebab diorang lambat lagi habis ye) Aku betul-betul harap aku dapat lepas semua untuk semester akhir ini sebab semua subject adalah killer subject! Doakan aku ya.


Pahangkutweetup@TC!

Sepatutnya aku pergi wedding Kundo hari ni. Tapi atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan,aku tak dapat pergi. Jeles gila tengok bebudak ni upload pic. tapi tak pe, aku mengubat kekecewaan pergi Pahangtweetup!

Tak best nak cite sebab pic ambek tak banyak.. Actually ada macam-macam aktiviti tapi aku tak masuk pun. Janji nak pergi dengan Juna,tapi dia ada masuk game apa entah, nanti aku sorang-sorang. So aku pergi lambat sikit.. Aku ajak Azie pergi. Hoho..


Disebabkan aku ada twitter, aku pergi register and dapat t-shirt free!  Juna dah ambekkan untuk aku. Then aku ambekkan untuk Azie sebab Azie tak ada Twitter..

Malam ni ada Bunkface. Kalau tak hujan dan kalau rajin nak keluar, kejap lagi aku keluar lagi. ;p

Fyi, kat Kuantan dah ada RapidKuantan! And, diorang akan bawak korang dari stesen bus ke TC semata -mata untuk tweetup nih..

Masa register tu dia bagi t-shirt, kupon makan and lucky draw. Tak dapat nak upload sebab tertinggal dalam beg Juna. Kupon makan tak guna pun. Kitorang pergi makan Burger King je..

Telok Chempedak, Kuantan. Sayang nak pindah rumah baru sebab lepas ni dah jauh pada TC.. :(

Siapa ada kat Kuantan cepat pergi sekarang!
Pukul 12 malam kang baru habes..
Jom,jom,jom!!






Bukan taknak follow tapi tak boleh follow. Kenapa?

Assalamualaikum...
Amboi,panjang betul tajuk nya kan..
Iye,bukan kita tak nak follow tapi tak dapat nak follow.. Sebab apa? Meh sini kita bagi tahu.


 Macam mana kita nak follow bila backlink nak pergi blog awak-awak tak ada.
Kalau yang ada macam kawan kita yang ini kan senang. Baru kita dapat jumpa awak punya blog.

Macam mana nak bagi ada?
Tak apa,hari ni kita baik hati nak ajar awak semua.

1.Mula buka dashboard and pop up tu. Tengok anak panah tu.


2. Then pergi kat blogger profile.

3. Edit profile.
4. Tick kat share my profile tu.
5. Scrooll bawah sikit. Kat bahagian General tu awak akan jumpa homepage URL kan.
Ok,letak link blog awak kat situ.

Dapat? 

Kalau cam blur-blur ke tanya kita kat twitter or ask.fm kita ye. 

Dah buat semua tu jangan lupa save pulak.

Ok,siapa dah follow kita tapi kita tak follow balik tu letak link awak kat comment ye.
Tenkiyu!

Good Luck! :)

p/s:
Kita baru balik dari PahangtweetUp!
Nanti kalau rajin kita share sikit.



Result


To all Uitm's student yang dapat result hari ini, termasuk diri aku sendiri, Congrats siapa yang dekan, yang lepas semua dan yang kurang tu, it's ok.. Biasalah tu.. Haha.

Me?

Alhamdulillah sangat-sangat.. Don't know how to describe.
Thanx lecturer Uitm yang tanda paper Math aku.
Aku sangat risau Math. Dan tak sangka aku... Yeayyy! :)
Hahaha..

Ya Allah, Alhamdulillah sangat-sangat. Yang penting my pointer..........
Ok, senyum lagi.
Tak nak cakap banyak dah..
:D :D
I'm happy!!
:D

First GA bY TirahZairi

Saya ditag oleh mamakaybee untuk join this GA. :)


Slogan:
Nak join tekan slogan tu tau..



Calender penuh dengan...

Salam.

Hye! Nampak tak calendar tu? Faham tak calendar tu? Tak faham? Mari sini kita terangkan. Calender tu yang kita bulatkan tu is tarikh wedding kawan-kawan kita. 3 November dah lepas kan. Itu wedding abang senior kita. 10 November tu pulak kita ada dua wedding nak kena pergi. Wedding Qaiyah and Kundo. Dua-dua orang ni satu sekolah dengan kita masa kat Seri. Kita nak pergi tapi tengok dulu Azie dapat kereta  ke tidak on that day. Nak pakai kereta kita manual. Dia tak pandai bawak. Nak jalan jauh kan. Nak harap kita? Lagilah tak da guna. Hehe..

Kita nak pergi sangat-sangat sebab kawan-kawan kita masa kat Seri ramai yang datang.. Dok tuit-tuit semalam makin kuatlah kita nak perginya.. 

17 November pulak wedding kawan kita masa kat Jengka Pusat 2. Tapi kelas lain and  yang ini pun kita tak tahulah pergi ke tidak. Kita dah cakap dengan Juna nak tumpang dia balek dan dah cakap dengan kawan kita nak tumpang rumah dia tapi tengoklah kalau kita rajin.. Kita rindu kawan-kawan tapi kita malas nak susahkan orang.. Diorang memanglah tak kisah. Mak kawan kita,kalau kita datang, dia buat macam-macam. Tu yang kita segan tu.. :)

Ok, 24 November adalah wedding Pick!! Ingat tak E-day dia yang kita post hari tu? Dia bertunang September hari tu.. Semalam kita call Lia, bff kita. >_< Kita nak confirmkan plan kitorang hari tu. Yeayy,tak sabar!

Lepas kita call Lia, kita call Pick sebab Pick ada call kita banyak kali kita tak perasan. Dia suruh kita datang awal dua hari. Dia nak masa dia berinai, kita,Lia and kawan-kawan dialah ada sekali. Tapi rasanya tak boleh sebab Lia ada kelas lagi. Kita kena tunggu dia balik dulu. Kita nak pakai inai jugak! (Padahal inai yang pakai masa Pick bertunang hari tu tak hilang lagi!)

Kawan-kawan kita yang nak kahwin nih semuanya masa sekolah nakal-nakal yang amat. Tak sangka diorang nak kahwin dulu. Haha.. Untunglah masa belajar jumpa lelaki yang dah mampu nak jaga dia, kan.. Arggh,nak kena belajar rajin-rajin jugak.. Jeles dengar kawan kita cerita depan fakulti dia,fakulti engineering. Ramai guys ensem-ensem.. HAHA, miang amat..

Tak lama nak balik kolej dah.. Yehhuu.. Seoul Garden,wait for me! ;)





A sad story



“When I got home that night as my wife served dinner, I held her hand and said, I’ve got something to tell you. She sat down and ate quietly. Again I observed the hurt in her eyes.


Suddenly I didn’t know how to open my mouth. But I had to let her know what I was thinking. I want a divorce. I raised the topic calmly. She didn’t seem to be annoyed by my words, instead she asked me softly, why?


I avoided her question. This made her angry. She threw away the chopsticks and shouted at me, you are not a man! That night, we didn’t talk to each other. She was weeping. I knew she wanted to find out what had happened to our marriage. But I could hardly give her a satisfactory answer; she had lost my heart to Jane. I didn’t love her anymore. I just pitied her!


With a deep sense of guilt, I drafted a divorce agreement which stated that she could own our house, our car, and 30% stake of my company. She glanced at it and then tore it into pieces. The woman who had spent ten years of her life with me had become a stranger. I felt sorry for her wasted time, resources and energy but I could not take back what I had said for I loved Jane so dearly. Finally she cried loudly in front of me, which was what I had expected to see. To me her cry was actually a kind of release. The idea of divorce which had obsessed me for several weeks seemed to be firmer and clearer now.


The next day, I came back home very late and found her writing something at the table. I didn’t have supper but went straight to sleep and fell asleep very fast because I was tired after an eventful day with Jane. When I woke up, she was still there at the table writing. I just did not care so I turned over and was asleep again.


In the morning she presented her divorce conditions: she didn’t want anything from me, but needed a month’s notice before the divorce. She requested that in that one month we both struggle to live as normal a life as possible. Her reasons were simple: our son had his exams in a month’s time and she didn’t want to disrupt him with our broken marriage.


This was agreeable to me. But she had something more, she asked me to recall how I had carried her into out bridal room on our wedding day. She requested that every day for the month’s duration I carry her out of our bedroom to the front door ever morning. I thought she was going crazy. Just to make our last days together bearable I accepted her odd request.


I told Jane about my wife’s divorce conditions. . She laughed loudly and thought it was absurd. No matter what tricks she applies, she has to face the divorce, she said scornfully.


My wife and I hadn’t had any body contact since my divorce intention was explicitly expressed. So when I carried her out on the first day, we both appeared clumsy. Our son clapped behind us, daddy is holding mommy in his arms. His words brought me a sense of pain. From the bedroom to the sitting room, then to the door, I walked over ten meters with her in my arms. She closed her eyes and said softly; don’t tell our son about the divorce. I nodded, feeling somewhat upset. I put her down outside the door. She went to wait for the bus to work. I drove alone to the office.


On the second day, both of us acted much more easily. She leaned on my chest. I could smell the fragrance of her blouse. I realized that I hadn’t looked at this woman carefully for a long time. I realized she was not young any more. There were fine wrinkles on her face, her hair was graying! Our marriage had taken its toll on her. For a minute I wondered what I had done to her.


On the fourth day, when I lifted her up, I felt a sense of intimacy returning. This was the woman who had given ten years of her life to me. On the fifth and sixth day, I realized that our sense of intimacy was growing again. I didn’t tell Jane about this. It became easier to carry her as the month slipped by. Perhaps the everyday workout made me stronger.


She was choosing what to wear one morning. She tried on quite a few dresses but could not find a suitable one. Then she sighed, all my dresses have grown bigger. I suddenly realized that she had grown so thin, that was the reason why I could carry her more easily.


Suddenly it hit me… she had buried so much pain and bitterness in her heart. Subconsciously I reached out and touched her head.


Our son came in at the moment and said, Dad, it’s time to carry mom out. To him, seeing his father carrying his mother out had become an essential part of his life. My wife gestured to our son to come closer and hugged him tightly. I turned my face away because I was afraid I might change my mind at this last minute. I then held her in my arms, walking from the bedroom, through the sitting room, to the hallway. Her hand surrounded my neck softly and naturally. I held her body tightly; it was just like our wedding day.


But her much lighter weight made me sad. On the last day, when I held her in my arms I could hardly move a step. Our son had gone to school. I held her tightly and said, I hadn’t noticed that our life lacked intimacy. I drove to office…. jumped out of the car swiftly without locking the door. I was afraid any delay would make me change my mind…I walked upstairs. Jane opened the door and I said to her, Sorry, Jane, I do not want the divorce anymore.


She looked at me, astonished, and then touched my forehead. Do you have a fever? She said. I moved her hand off my head. Sorry, Jane, I said, I won’t divorce. My marriage life was boring probably because she and I didn’t value the details of our lives, not because we didn’t love each other anymore. Now I realize that since I carried her into my home on our wedding day I am supposed to hold her until death do us apart. Jane seemed to suddenly wake up. She gave me a loud slap and then slammed the door and burst into tears. I walked downstairs and drove away. At the floral shop on the way, I ordered a bouquet of flowers for my wife. The salesgirl asked me what to write on the card. I smiled and wrote, I’ll carry you out every morning until death do us apart.


That evening I arrived home, flowers in my hands, a smile on my face, I run up stairs, only to find my wife in the bed -dead. My wife had been fighting CANCER for months and I was so busy with Jane to even notice. She knew that she would die soon and she wanted to save me from the whatever negative reaction from our son, in case we push through with the divorce.— At least, in the eyes of our son—- I’m a loving husband….


The small details of your lives are what really matter in a relationship. It is not the mansion, the car, property, the money in the bank. These create an environment conducive for happiness but cannot give happiness in themselves.


So find time to be your spouse’s friend and do those little things for each other that build intimacy. Do have a real happy marriage!


If you don’t share this, nothing will happen to you.


If you do, you just might save a marriage. Many of life’s failures are people who did not realize how close they were to success when they gave up.



One of my favourite story yang famous dekat Facebook.
Dan setiap  kali aku baca pun, aku masih mampu titiskan air mata..

Tahu tak macam mana rasa dia bila orang yang awak sayang pergi dekat orang lain.
Dan orang lain tu tahu awak akan kecewa,
tapi dia teruskan juga hubungan tu.
Dan orang tu bahagia atas derita awak.
Tak tahu?
Suatu hari nanti awak akan tahu.
:)


Fasa kejatuhan seseorang itu....

Awak,kita tak akan tahu kita sekuat mana kalau kita tak dipilih untuk lalui dugaan tu. Dalam hidup ni, ada satu fasa dimana kita akan terjatuh dan dijatuhkan. Waktu itu, kita akan tertanya tanya, kenapa perkara tu berlaku pada kita? Apa salah kita? Dan orang-orang sekeliling pula, hanya ada kata-kata yang sama untuk kita..

"Sabar lah.."
"Ni ujian.."
"Mungkin ada hikmah.."

Kita akan penat dengan ayat dan kata yang sama. Tapi sebenarnya, hanya sabar dapat pulihkan hati kita.

"Berapa lama nak kena sabar??"

"Aku dah penat dengan ujian demi ujian.."

"Hikmah apa hikmah? Apa hikmahnya?"

Sabarlah dulu,baru tahu untuk berapa lama. Bila kita sabar dengan ujian-ujian tu, Allah pasti tunjukkan hikmahnya. Itu janji Allah. Kita siapa nak pertikaikan..

Aku akui, aku ini manusia yang lemah. Tuhan hanya jentik aku sikit je, tapi aku dah gelabah. Tapi betullah, semua itu buat kita lebih tabah. Hakikatnya, aku ini orang bertuah, ramai yang datang tahankan aku supaya tak rebah..

Untuk kawan-kawan yang sedang melalui fasa-fasa itu, sabarlah. Allah tak akan uji kita diluar kemampuan. Malah setiap kehilangan itu akan berganti dengan yang lebih baik.

Ada orang hilang emak atau ayah. Hilang yang tak mungkin berganti dah. Maka bersyukurlah setakat hilang seseorang yang hanya bagi kamu duka dan resah.

Seseorang itu kata pada aku, cinta itu boleh bawa kita ke syurga atau neraka. Kalau kita cinta seseorang/sesuatu yang boleh bawa kita ke neraka,apalah gunanya. Kalau cinta kita itu cintakan seseorang/sesuatu yang boleh bimbing atau membawa kita untuk  kesyurga, itulah yang dimahunya. Jadi cuba fikir, yang kamu hilang itu berbaloi untuk diratapi atau tidak??

:)

Sebenarnya, ini entry untuk seseorang,
dia sedang melalui fasa-fasa yg sukar.
Dan tak banyak yang dapat aku tolong dia.
Jom kita sama-sama doakan dia, okeyy?






Simple, Denim atau Blogskin Template??

Salam.



Entry ni kali nih nak mintak maaf sebenarnya. Minta maaf kat kawan kita Jannah sebab tak siapkan header dia lagi. Kat Cik iedah sebab belum siapkan blog dia. Hehe. Busy sikit. Busy berjalan. Hehe..

Sebenarnya ada a few blogger lagi mintak kita buat kan blog, tapi sorry sangat-sangat sebab sekarang tengah mood merewang. So tak lekat kat rumah. Yang kawan-kawan sendiri pun tak sempat nak siap.

Lagi satu, susah kalau nak buat blog orang yang just kenal kat social network nih. Bukan apa, kita buat blog suka-suka je.. Kita bukan pro macam orang yang betul-betul pandai buat tu. Kita pun tengok tuto orang. May be orang suruh kita buat sebab kita memang tak ambek upah. Gila nak ambek upah? Kita buat pun biasa-biasa je haa... Just untuk suka-suka.

This weekend kita ada hal. So memang tak boleh nak edit blog siapa-siapa. Lepas nih kalau kita bosan-bosan kita buat okeh. Tapi sebelum tu kita nak bagi tahu ni...

Macam ni, blog ni ada 3 jenis template tau. First is denim tempale, second is template yang memang blogger punya,simple template nama dia and third is blogskin. Biasanya kawan-kawan kita yang mintak tolong cantikkan blog diorang tak tahu sangat pasal template nih.. Kalau dah reti, tak adalah mintak tolong kan kan.

Ok, sekarang ni kita pakai blogskin. Biasanya kita pakai simple template. Tapi hari tu kita tak boleh nak tukar font semua. Rupanya kat google crome tak boleh. Kena guna Firefox. Kita tak suka sangat guna Firefox sebab ada benda yang tak jadi kalau view dengan Firefox.. Mula-mula nak try denim template, tapi kita tak jumpa pulak.So, dengan itulah kita belajar guna blogskin.. Mula-mula kita ingat blogskin ni susah, rupanya kalau dapat kenal code memang seronok.. (Kita memang gian main code)

Kita suka blogskin sebab dia kemas. Lepas tu kita tak payah buat banyak kerja. Ada banyak blogskin cantik-cantik kat sini

Hari tu kita buat blog kawan kita guna blogskin, then dia nak edit/tambah dia tak pandai. So kita terpaksa buat balek lah.. Kita tak kisah, tapi sejak-sejak dah pandai guna blogskin,kita malas pulak nak pakai simple template. Hehe..

Simple template ni kalau ikutkan senang sebenarnya sebab dia ada bahagian layout sendiri. Tapi nak jadikan macam kita nak tu lah kena cari banyak tuto. Lepas tu kadang-kadang code kita tak sama pulak dengan orang tu.. Kalau orang betul-betul pro,mungkin dah hafal code, tapi kita ni pun suka-suka je..

Panjang pulak kita bebel kan. Lepas ni, kalau kawan-kawan kita nak mintak kita buatkan blog, please tolong pilih template dulu ya.. Lepas tu bagi kita apa yang nak letak. Kalau blog sendiri kita memang suka buat percubaan, tapi kalau blog orang,kita mesti nak buat lagi bagus kan bagi orang puas hati..

Ataupun, kalau korang nak try buat sendiri kita bagi satu link ni. Kita banyak jugaklah rujuk tuto dia.. Tuto dia bagus.. SINI.