Tiap kali aku ingat, aku mesti tersenyum. :)

I miss SERI. Everything about Seri. Even aku kat situ just untuk dua tahun, banyak sangat kenangan manis. Mungkin TERlalu banyak. Apapun, aku tak pernah menyesal keluar awal. Ada hikmah disebalik apa yang berlaku. Hari tu waktu tidur rumah Azie, dia punggah album lama. Tengok balik pic lama. Tergelak gelak sampai sakit perut. Tudung labuh, baju lengan berkancing. Haha. Macam sekolah agama, tapi bukan. 

Ok now, ready untuk gelak sama-sama dengan aku. Azie baru scan and baru bagi aku petang tadi. 

Form 1. Muka sesuci embun pagi. Wakaka.


Sila jangan tanya siapa yg kena conteng tu. Tanya Azie. Cuba teka aku yang mana. ;p
I miss you Lia! miss you girls!
Lawak gila aku lipat tudung! Bulat macam aku jugak! Lia,Azie and me. Muka baek je kan. In fact, Tuhan je yg tau. Haha
Pick, kau kat mana??

Aku tak pernah lupa kawan-kawan kat Seri. Lepas tukar sekolah, mungkin korang rasa aku macam dah lupa, sebenarnya lansung tidak. Macam mana aku boleh lupa orang yang bagi aku kenangan paling manis. Paling aku ingat, ada one day tu lepas aku pindah sekolah, korang ramai-ramai call aku. Aku angkat je korang nyanyi lagu favourite aku masa kat Seri tu. 'Kau Ilhamku' ramai-ramai. Lagu yang selalu aku nyanyi dalam kelas, dalam bilik air. Rindu nak mandi kat kolah ramai-ramai sambil mengumpat. Haha. Korang sweet sangat. Korang selalu call aku. Bebudak claz 2B2 memang superb!

Amal, yang bagi hadiah waktu birthday, hadiah tu still aku simpan dan still ada dengan aku okeh! Kad-kad raya yang korang post guna Azie and Y-yah pun aku simpan lagi. 


Aku rasa aku sangat bertuah sebab ada korang. Waktu aku frust lah sangat dulu tu, korang yang dah lama aku tak jumpa selalu nasihat aku. Syidah, Kemey, and semua lah.. Thanx korang. Thanx sangat-sangat sebab buat aku rasa sangat dihargai. 

Tadi masa tengok pic lama, ada pic kawan aku. Arwah Imah. Azie tiba-tiba cakap, "Ya Allah Nina, betul ke Imah dah tak de. Macam tak percaya je kan." Al Fatihah. Aku minta maaf sebab tak sempat nak lawat kau masa kau sakit. Semoga rohm dicucuri rahmat.

Arwah Imah dalam bulatan tu. Al Fatihah..


Kau Ilhamku
Beribu bintang dilangit
Kini menghilang
Meraba aku dalam kelam
Rembulan mengambang
Kini makin suram
Pudar ilhamku tanpa arah
Sedetik wajahmu muncul 
Dalam diam
Ada kerdipan ada sinar
Itukah bintang atau rembulan
Terima kasih kuucapkan
Izinkan kumencuri bayangan wajahmu
Izinkan ku mencuri khayalan denganmu
Maafkanlah oh...
Andai lagu ini 
Mengganggu ruangan hidupmu
Kau senyumlah oh...
Sekadar memori
Kita di arena ini
Kau ilhamku
Kau ilhamku...









Entry Pencinta Novel

Cuti-cuti ni, selain menambahkan lelemak, buat taik mata, online, aku habiskan baca novel yang aku beli dengan voucher ari tu. Ada jugak yang aku pinjam. Kira aku mengisi masa dengan baca novel la.



Antaranya lah. Yang motivation book tu aku beli masa putuih chenta dulu. Sampai sekarang tak habis-habis. Baca tiap kali sedih je. Kikiki..

Ok-ok, aku sebenarnya nak share novel yang aku suka sangat, yang jadi pilihan. Penulis dia SYUD. Aku ada tiga novel dia. Tapi dua lagi orang pinjam. Aku start baca novel dia is Tentang Dhiya. Dua tahun lepas kot. Terus terpikat and aku pernah share dekat blog ni. Aku jumpa penulis dia punya blog. SINI.

Ha, yang Hijab Sang Pencinta, Bagaikan Puteri aku baru baca. Novel tuh dah berapa tahun lepas dah. Rasanya aku sekolah menengah lagi. Adik-adik yang belum baca, silalah cari novel ni. Laksamana Sunan akan buat korang akan fikir empat belas kali nak kahwin dengan boipren korang sekarang..Haha.

Korang cari tau novel Syud. Memang best sangat.

Actually aku start baca novel since dari umur sepuluh tahun. Masa umur tu aku dah baca novel tebal-tebal tu. Siap tukar-tukar dengan cikgu Bahasa Malaysia aku. Zaman sekolah dulu, cikgu selalu puji esei aku. Haha. Sebab itulah aku jiwang terlajak, kan? Dah, diam.

Korang ada novel nak share tak? Kalau ada boleh share dengan aku. :)


Mana-mana pun tak apa lah.

Masa aku tengah sibuk kat Azie's convocation tadi, dapat text dari Ira. Dia cakap sem ni aku satu kelas dengan dia. Aku cam tak amek port sangat and aku rasa mesti salah dapat info ke apa. Balik je dari convo tu, aku online and...

Kawan aku dua orang ni im at the same time. Ni kes nak nganjing la ni.. Nak tak nak, aku pergi jugak tengok kat Omsa punya wall. (Aku tak add Omsa).

Aku bukan tak suka masuk claz A. Tambah-tambah satu claz dengan Ira. Memang aku suka sangat. Senang nak pergi claz sama-sama. Cumanya, aku dah biasa dengan dak claz B. Aku rasa dahi aku dah tertempek claz tu. Aku rasa mesti Miss main letak je ni nak bagi balance. Erm, tak pe lah. Ramai jugak kawan aku yang claz B masuk claz A. So, chill je lah.


See??? Belum masuk dah kena buli..



Apa-apapun, I miss you guys and girls!
Dua bulan rasa macam lama gila!

Ya Allah, permudahkanlah segala urusanku semester ini..
:D



Ini untuk kamu, bff. :)

Haruslah letak muka aku dulu. Sila jangan kutuk my pipi!
Last week Azie datang rumah suruh my mom buat baju untuk convo dia. Then mengadu yang family dia semua tak dapat datang. Fyi, mom dia sakit. Ayah dia pun dah tak larat dah. Adik beradik semua busy la. Muka sedih dia pastilah membuat aku simpati kan. Haha. Then aku cakap, "Sokeyy, I'll go." Okeyy, aku janji, aku mesti tepat. Maka aku dengan baby dslr pun pergilah ke convo tu. :)

I know she hide her sadness but she keep smiling because of me. Because I keep my promise.:)
Congratulation Noor Azielah.
Aku cakap dengan dia, "Tak apa, on that day, aku jadi kau punya camerawomen. Haha.." Kawan aku since dari umur tiga belas tahun. Pernah satu bilik dan satu bantal. I wish Lia pun ada jugak. :')

Aku pakai kasut 4 inci ok sebab nak bagi sama dengan tinggi Azie! Haha..


Her friends..:)
Kolestrol yang berjaya diternak.
Sape yang convo sebenarnya ni? Muka aku lagi teruja kot. Haha
****************

Penerima anugerah cemerlang is a boy! Handsome boy lak tu. Babak dia sarungkan jubah to his dad make me menitik nitik air mata. Air mata menyesal sebab tak belajar rajin-rajin! Kemon Amani, Chaiyok,chaiyok!

Meet a few of my friends lagi. :)

The End. :D












Terima kasih buat aku speechless.


Orang selalu cakap yg perempuan baik untuk lelaki yg baik.
Bagi aku ko dah cukup baik dari mata aku walaupun aku tak kenal ko macam ko slalu cakap.
i'm not a good guy and I admit it.
idop aku enjoy sana sini.
tapi apa yang aku fikir x salah untuk aku cari perempuan yg baek sebab mayb dia boleh bimbing aku balik untuk jadi baik.
ye..perempuan yg baek akan cari lelaki yg boleh jadi imam dia right..
tapi kadang-kadang perempuan jugak boleh jadi seorang pembimbing. tu bagi aku la..

I know you will read this blog. Okeyy, aku memang speechless baca text kau yang ini. You made me cry!
I'm not a good person. You REALLY have to know it. Aku betul-betul kena belajar jadi baik sebelum layak untuk siapa-siapa pun. I'm sorry.
*************
Lepas aku break dan seolah olah dihina oleh ex aku, aku rasa sangat dan teramatlah rendah diri. Aku rasa aku memang tak layak untuk siapa-siapa pun. Aku tak cantik, tak bijak, tak kaya, solehah jauh sekali. Aku banyak kelemahan. Tambah-tambah bila yang banding-bandingkan aku is orang yang pernah aku cinta. Tapi Alhamdulillah, aku ada orang sekeliling yang selalu bangkitkan semula semangat aku. Orang yang selalu ingatkan aku supaya tidak ingat pada setiap kata yang dia katakan pada aku. And, one of them is you.

Untuk kau, and kamu dan kamu, thanx. :)

Ada lagi sorang yang ayat dia selalu bagi aku senyum.
Okeyy, dia pun suka sangat baca blog ni.
Korang akan tahu, betapa aku sangat hargai.
Sorry, even aku x dapat terima siapa-siapa,
I'm glad to know all of you.
Thanx.. :)

SEGMEN 2:6 pekara tentang saya

Klik banner untuk join. :)

6 perkara tentang saya.
1. Saya tak suka orang kata saya gemuk walaupun saya gemuk. 
2. Saya fobia dengan tikus dan sespesis dengannya.
3. Saya paling pantang penipu. 
4. Kalau saya kata dia comel/cantik, sila bangga. Saya susah nak puji orang.
5. Saya suka shopping!
6. Saya setia. :p

Hypotension


Semenjak dua menjak ni aku selalu jadi cam ni. Adik aku da cakap dah, hypotension. Tapi ari tu aku boleh derma darah, maknanya darah aku cukup la kan? Ke lain? Hehe.

Ada satu kali tu aku dok hadap lappy tiba-tiba fon bunyi. Aku bangun terus terjelepok jatuh. Pastu gelap sekejap. Haiss, rasa macam apa je. Kawan aku yang ini (Akmal) kata pasal makan skali. Jangan skip makan katanya. Haha. Memang sekarang aku tak makan sangat. Bukan sebab apa, memang perut cepat je kenyang. Contoh macam hari ni, pagi pergi breakfast dalam pukul 8.30 pagi makan sepinggan nasik kerabu, memang sampai malam la aku tak makan. Teringin bila mak masak macam-macam, tapi aku just rasa macam tu je. Perut rasa tak muat. Tapi happy sebab bila makan pun perut tak naik. Hehehe.

Aku google pasal hypotension ni. Tak ada apa sangat. Kalau pergi klinik pun tak ada ubat. Just dia sarankan kalau nak bangun perlahan-lahan. Benda biasa je.

Tapi jenuh la kan tiap kali aku bangun aku kena berdiri beberapa minit dulu baru boleh bukak mata and stabil. Tambah-tambah kalau aku puasa. Rasa tak larat dan jadi sangat pemalas. Mak aku banyak kali suruh sidai kain, rasa berat je nak bangun.

Sekarang aku dah faham bila orang cakap, badan macam mana tak apa, janji sihat.. Aku sekarang pun bukan kurus sangat, tapi sejak berat turun sikit, rasa macam lain je. Dulu selalu kutuk Nurul kalau dia tak larat angkat apa-apa, sekarang aku pulak jadi macam orang lembik. Eiy, tolong la..

Ha, ni kawan sayang aku comment bila aku upload satu pic tu. Dia ni kurus jugak. Jeles tengok maintain je dari sekolah. Yeah, pesanan dia memang aku akan ingat. Kurus sangat tak elok. Aku pun tak nak kurus sangat. Kurus ada shape tak apa, kalau sekeping macam papan playwood tu?? Ha...

"Berat awak turun mendadak, ingat bagus sangat? Tak elok la.."
Mendadak ke, aku rasa tak. 8 kg in 5 months macam tu. Mendadak ke? Tak kan.. Eleh, macam-macam la diorang ni nak takutkan aku kan..

p/s:
Waktu siang rasa macam  anak tunggal je bila  pepagi keluar breakfast dgn parents. Haha




Liking-liking, poking-poking.

"Hari ni masuk pic baru, bape orang pulak like?"
"Hah?"
"Ha, apa ha? "
"Apa you ni.. Kan dah buat FB baru. Mana ada orang nak like."
"Tipu. Tadi I tengok lebih dari ten person dah."
"Lol, dah tahu tanya lagi.. Haha.."
"Tak payah upload pic dah la."
"Eh, suka hati I la.. Fb I.."
"Huh. I tak suka."
"Eh, perlu ke I peduli you suka ke tak?"
"Ok tak perlu. K bai"

Klik.
Apehal mamat nih??

Bunyi mesej masuk.

"I jeles. I luv you. Sorry."
"Haa???"

Itu pasal aku malas ada boyfriend (lagi).. Sekian.



Lagu ni sangat cute okeyh. Dan tetiba aku rasa Aliff Aziz ni handsome.

p/s:
Kalau yang like and comment pun kawan-kawan I je.
:)

GA Cik Jajika Senang Je


Nak join GA ni tekan banner.

Apa yang korang akan dapat?


Set A: Sehelai tudung satin / bawal plain (warna rambang) + topup RM10 

Set B: Sehelai tudung bawal plain (warna rambang) + sehelai tudung satin ( warna rambang)

Set C : Topup RM15

Siap boleh pilih kot. Jom join.

Kursus kahwin kantoikan kita?

Semalam aku bersembang dengan sorang akak ni. Dia ni janda and bakal kahwin lain la. InsyaAllah this saturday dia kahwin. Aku bukan nak cerita pasal akak ni, tapi cerita apa yang akak ni cerita kat aku.

Beberapa bulan lepas dia pergi kursus kahwin kat Johor. Masa kursus tu, ustaz tu tanya bakal pengantin lelaki apa sebenarnya yang di maksudkan dengan mengucap @ apa maksud kalimah tu. Lebih kurang macam tu la soalan dia. Apa yang mengejutkan is, dari lebih kurang 27 orang yang ada, hanya 2 orang sahaja yang tahu.

Next question, rukun iman dan rukun Islam. Ada seorang askar dengan confident angkat tangan nak jawap. You know what? Dia jawap yang rukun negara tu. Percaya pada Tuhan, Raja dan Negara semua tu lah. Nak gelak? Seriously, benda ni lansung TAK FUNNY.

Baca niat sembahyang tunggang terbalik. maghrib jadi niat empat rakaat, Asar jadi tiga. 

Doa qunut? Semua fail. Yang lain-lain tok sah cerita. Ustaz sampai geleng kepala dan cakap, "Macam mana nak kahwin kalau macam ni?" Akak tu sampai tangguh perkahwinan dia kau tahu? Dia pesan kat aku kalau nak pergi kursus kahwin, biar lah pergi dulu baru bertunang. Baru nampak bakal husband tu macam mana. Kalau dah bertunang takkan nak putus tunang pulak?

Aku ni bukan bagus sangat, dan sebab aku tak bagus lah I need someone to guide me. Dosa-dosa aku tak terhitung, 

"Dosa-dosaku, bagaikan pepasir di pantai."

Dan sebab aku tak berapa nak baik jugak lah aku sedar aku takkan dapat orang macam Ustaz Don Daniyal tu even tu menantu pilihan mak aku. (Ha sudah, melalut.) Apa yang aku nak cakap is, aku tak adalah demand nak yang alim sangat sebab diri sendiri pun tak betul but, at least perkara basic tahu lah kan.

Akak tu cakap, waktu dia uruskan kes cerai dia sebelum ni, yang datang ramai pasangan muda-muda lagi. Kesian.. 

Aku dengar cerita akak ni aku takut. Takut nak kahwin. Takut jumpa orang yang salah. 

Lelaki yang baik InsyaAllah boleh bimbing seorang perempuan jadi baik jugak. Tapi perempuan yang baik belum tentu dapat bimbing lelaki jadi baik.

Aku tak ingat aku jumpa benda ni kat mana. Fb rasanya ada orang share. Kalau aku yang senget ni jumpa senget jugak, memang sama-sama rebah la.


Aku mahu cinta kita bukan saja sampai tua,

Bukan sampai hujung usia,
bukan juga sampai hujung nyawa,
bukan sampai bila-bila,
tapi biar sampai syurga.


p/s
Masih ramai lelaki yang baik sebenarnya,
bertuah lah siapa yang dah punya lelaki begitu.
;)

Bersyukurlah...

Salam.

Firstly, syukur Alhamdulillah bila pagi tadi dapat tahu my uncle dah boleh keluar wad. Pada yang baru follow blog ni, my uncle sakit almost 6 months. Terlantar dalam ICU lama sangat. Dia kena virus kencing tikus and virus MILO. Bila dengar my uncle dah boleh keluar wad, my dad habes kerja jam 2 petang terus kami gerak ke Maran.

My Tok ngah esok nak puasa dan my cousin yang rambut dah macam awan nano berbulan-bulan x gunting teros botakkan kepala. :)

Tadi lepak kat kedai jahit tunggu mak su I habes kerja. Nampak magazine entah bulan dan tahun bila entah. Magazine Keluarga. Belek-belek and terjumpa ini.




I'm not sure baby ni sakit apa. Tapi bila tengok je terus, "Ya Allah, kesiannya" Dia still baby. Family pulak susah. 

Sometimes bila I rasa susah hati, terus ingat ada orang lagi susah, terus rasa bersyukur. Magazine ni dah lama, I don;t know lah kan baby ni still ok ke. Apa-apa pun hope dia ok lah.. :')

*************
Happy hari ni sebab dapat berkumpul dengan family ramai-ramai even sekejap. Suap dan urut my uncle. 
Bersyukur lah kita ni sihat kan.

Sihat, tapi kadang-kadang kalau sakit otak sikit tak pe kan.. Lalala~~


Segmen : Bloglist Mei by Amiera

Saya telah di tag oleh cik Myza untuk join segmen ni. :)


Nak join click banner okeyy. Simple je. :)

Wishlist dan kelebihan Fish oil

Salam.

Siapa puasa hari ni, angkat kening... Dekat TL ramai betoi puasa macam dah bulan Ramadhan. Seronok kan..
Ermm, tak berapa lama je lagi nak masuk kolej dah. So, dalam kepala hotak fikir beberapa benda penting nak beli.

Fish oil! Since aku dapat kaunseling free dengan doctor sem lepas, aku memang nak beli benda alah ni. Baru lah aku tahu betapa pentingnya fish oil ni. Korang boleh goole lah kan. Tapi aku nak makan sangat sebab bagus untuk otak. Aku ada dua sem je lagi nak habis. Kot-kot la makan ni boleh dekan dua sem kan. Kihkihkih. Doakan ye.

Satu ilmu yang aku nak share dengan korang, ni bukan dari aku. Dari doctor yang kaunseling aku dengan kawan aku tu. Kalau korang ada sakit kulit macam gatal-gatal tu kan, korang try makan fish oil selama enam bulan ikut aturan yang ditetapkan dan jangan tinggal rutin tu. Jangan kejap makan kejap tak. InsyaAllah boleh baik. Aku nak terang panjang-panjang pun aku dah lupa. Tapi ada satu kajian yang doc tu hujahkan kat kitorang membuktikan benda ni. Sorry la, aku lupa. Nampak tak betapa pentingnya untuk aku beli? Sebab memori yang sangat lah kasihan. ;p

Sebelum ni aku ada beli Al Quran kecik dah untuk letak dalam handbeg. Tapi terlalu kecik dan memandangkan mata aku power semakin naik, memang susah la. So aku nak beli baru. Then ramai yang cakap pasal Al Quran super rainbow yang cantek ni. Nak satu, nak satu! Kat mana boleh dapat??

Kan tadi aku kata power mata aku dah naik? Ok, I really need new spek. Lagi satu aku punya silau memang lah teruk. Mungkin kena makan banyak carrot dan kurangkan hadap lappy. Err, boleh?

*********
Sebenarnya banyak lagi. Tapi dah type pastu benti kejap balas tweet and tengok FB teros lupa. Ha, nampak lagi tak yang memang aku kena beli fish oil tu?

Sebenarnya yang aku dengan kawan aku dapat kaunseling free tu pasal kawan aku ada penyakit kulit. Agak teruk la. Dia saja pergi tanya, aku teman dan kebetulan doctor ada. Situ farmasi sebenarnya. Doctor ni biasanya sekali dia bagi speech beribu, mungkin rezeki kitorang lah kot. Masa tengah bincang tu, doktor tu tanya aku, "Awak, ada masalah apa-apa?" Aku jawap, "Tak ada, tapi saya nak kurus." (Masa tu berat aku belum turun macam sekarang dan aku baru break off). Doktor tu tak gelak ok. Tapi dia macam tegur. Dia cakap, "Badan you dah ok, nak kurus apa lagi? Kurus sangat tak cantik la. You sekarang student. Jangan fikir sangat pasal nak kurus. Lain la you obes. Yang penting you happy."

Masa tu aku tak fikir macam tu. Masa badan aku naik gila tu, aku rasa down. Dah la asyik kena kutuk dengan bf (now ex bf) sendiri. Bahagia ke macam tu. Tapi bila dah lama-lama betul dia cakap. Masa badan aku naik tu, memang aku tengah happy.. Sekarang badan dah surut balik pun hati runsing buat apa. 

Itu dulu la. Now aku memang tak ada dah nak tak lalu makan ke apa. Makan je macam biasa. Cuma takut jugaklah kalau gemuk balek. 

Kita orang perempuan banyak sangat fikir benda yang tak patut fikir. Now, kena ada misi dan visi! Yeah!
(Eleh, ye-ye je kan. Entah bape lama je tu. ;p)

SEGMEN 1 : Blogwalking sambil tambah follower bersama Myza

Nak join sama click banner okeyh.

Sekarang tengah study dan tengah cuti sem. :)

Maaflah, malam ini aku mimpi kamu lagi.

Sebenarnya, aku kalau boleh dan sebolehnya tak mahu ingat tentang kamu lagi.
Dan aku semahunya cuba lari sejauh mungkin dari hidup kamu.
Aku juga harap kamu tak akan tahu apa-apa tentang aku.
Tapi, bila mana aku rasa aku semakin boleh,
kerap pula aku bermimpi mimpi fasal kita.

Aku sedar dan tahu kita memang tak berjodoh,
Malah setiap hari aku ajar diri untuk redha.
Dan bila saja kekuatan itu mula menular,
kenangan itu belayar-layar di ruang fikiran.

Aku harap dan selalu doa kamu baik-baik saja.
Aku pasti malah memang sangat pasti kamu sangat bahagia.
Makanya aku tak boleh ingat kan kamu lagi.
Biar saja semua ini pergi.
Tapi maaf, malam itu aku mimpi kamu lagi.


There used to always be time for us,

Now I'm all alone
Words of affection never uses to cease
Now its no more..
What are you up to and where are you now?
Oh dear one I used to love
I don't know, no longer know like I used to
Could it be possible if I now wished to rekindle our romance?

p/s
Entry ini ditaip pada jam hampir dua pagi.

Splendid Sunday .

Mula-mula pergi Mega dulu. Adik aku nak beli kain pasang. so pergi Nagoya dulu. Nampak sale kat Vincci!
Aku nak sandle merah yang bawah tu. Tali-tali tu. Tapi.... Tapi tak de wang. Hehe. Lepas tu pergi ECM. Excited aku nampak penimbang kena bayar empat posen ni. Sekali,
Nampak benor lah kan menipunye berat aku 21.7 kg. Benci betoi. 
Cheese choc and choclate lava.

Hari tu aku teringin gile nak makan John King's ni. Aku nak rasa yang choclate lava, sekali ada sorang Chinese ni beli semua. Pergh, then hari ni dapat jugak. Adik aku belanja ni. Tak sedap pun.. Aku makan segigit je dua-dua ni.
Abaikan tudung aku yg senget benget tuh.

Oh my,oh my, dah lama tinggal coklat. :(
After masuk carefour, pergi makan. Kitorang terasa nak makan western food. Restaurant dalam ECM bukan banyak pun. Pusing-pusing, last-last pergi Noodle Station je.

Disebabkan adik aku yang belanja, kena letak la jugak pic dia. Wahaha~

Ni aku punya. Butter pe benda entah.
Ni adik aku punya. Err, herb2 cam tu la. Dia kan nak kurus sangat.

Aku tak makan fries.Membazir kan.
Kasut aku rosak. Huwaa....
Cantek tak? Hehe.

Persamaan nya adalah gigi kami yg x rata. Err, nak pakai braces boleh?









Tudung bawal kembali.

Sekarang kan tengah famous tudung bawal printed. Aku tersangatlah suka benda alah ni. Dan aku harap fashion ni berlama la sikit. Aku suka pasal senang x payah aku nak iron segala. Terus sauk je. 

Aci tak berlatarbelakangkan sabun basuh?
Aku beli tudung ni lama gila dah. Tadi aku dok blogwalking aku nampak orang jual tudung sebijik macam aku rm15 hengget selai x termasuk postage. Aku rasa kan, diorang ni memang pandai tol bisnes. Kenapa la aku tak de otak bisnes cam diorang. Aku beli tudung ni. Dua helai RM18. Kat jalan TAR. Hehe. Memang la murah kan. Aku kalau pergi sana mesti beli tudung paling kurang dua helai sebab beli banyak dapat murah.

Ha, masa aku pergi tengok pak cik aku kat hospital. Ada sorang nurse ni dari Kelantan. Comel je. Dia cakap, "Lawo tudung kak. Beli mano?" Tapi aku tak sempat nak menyembang pasal aku focus kat pak cik aku. Masa aku pergi solat, jumpa lagi dia. Dok borak-borak. Dia cakap dia susah nak cuti ke apa pergi beli-beli. Sebab tu bila tengok ke tudung aku dia tanpa segan silu tanya je. Then aku cakap, "Tak pe, nanti saya dah balik kolej, saya nak pergi Jalan Tar tu, sy bagi tau. Nak jenis macam mana, nanti saya tolong beli." Ha.. boleh? Padahal aku kenal kat spital tu je. Pastu ada doktor baru sudah solat datang sekali menyembang dengan aku. Dia doktor kan, beli mahal-mahal la. Jenama punya. Tapi dia cakap jugak, tudung bebudak muda pakai ni trend. Sekejap je. Tak payah beli mahal-mahal. Ha, kan?

Sekarang tudung bawal dah jadi trend balek. Aku pun punggah balek la benda alah tu. Memang la aku suka jugak, tapinya kena iron buat aku malas siket. 

Honestly aku rimas pakai fesyen tudung cenggini. Masa pergi kemain la kan. Dah sampai rumah atok aku after pergi spital, dah back tu normal. Mujur tak terbang macam dolu-dolu je.. Hehe..

Aku rindu Jalan TAR la weyy....


p/s:
Perasan tak posing aku sama je? eiy, pelis la,
Konon-konon buat cenggitu nampak kurus lettew..
Puiii...