Kursus kahwin kantoikan kita?

Semalam aku bersembang dengan sorang akak ni. Dia ni janda and bakal kahwin lain la. InsyaAllah this saturday dia kahwin. Aku bukan nak cerita pasal akak ni, tapi cerita apa yang akak ni cerita kat aku.

Beberapa bulan lepas dia pergi kursus kahwin kat Johor. Masa kursus tu, ustaz tu tanya bakal pengantin lelaki apa sebenarnya yang di maksudkan dengan mengucap @ apa maksud kalimah tu. Lebih kurang macam tu la soalan dia. Apa yang mengejutkan is, dari lebih kurang 27 orang yang ada, hanya 2 orang sahaja yang tahu.

Next question, rukun iman dan rukun Islam. Ada seorang askar dengan confident angkat tangan nak jawap. You know what? Dia jawap yang rukun negara tu. Percaya pada Tuhan, Raja dan Negara semua tu lah. Nak gelak? Seriously, benda ni lansung TAK FUNNY.

Baca niat sembahyang tunggang terbalik. maghrib jadi niat empat rakaat, Asar jadi tiga. 

Doa qunut? Semua fail. Yang lain-lain tok sah cerita. Ustaz sampai geleng kepala dan cakap, "Macam mana nak kahwin kalau macam ni?" Akak tu sampai tangguh perkahwinan dia kau tahu? Dia pesan kat aku kalau nak pergi kursus kahwin, biar lah pergi dulu baru bertunang. Baru nampak bakal husband tu macam mana. Kalau dah bertunang takkan nak putus tunang pulak?

Aku ni bukan bagus sangat, dan sebab aku tak bagus lah I need someone to guide me. Dosa-dosa aku tak terhitung, 

"Dosa-dosaku, bagaikan pepasir di pantai."

Dan sebab aku tak berapa nak baik jugak lah aku sedar aku takkan dapat orang macam Ustaz Don Daniyal tu even tu menantu pilihan mak aku. (Ha sudah, melalut.) Apa yang aku nak cakap is, aku tak adalah demand nak yang alim sangat sebab diri sendiri pun tak betul but, at least perkara basic tahu lah kan.

Akak tu cakap, waktu dia uruskan kes cerai dia sebelum ni, yang datang ramai pasangan muda-muda lagi. Kesian.. 

Aku dengar cerita akak ni aku takut. Takut nak kahwin. Takut jumpa orang yang salah. 

Lelaki yang baik InsyaAllah boleh bimbing seorang perempuan jadi baik jugak. Tapi perempuan yang baik belum tentu dapat bimbing lelaki jadi baik.

Aku tak ingat aku jumpa benda ni kat mana. Fb rasanya ada orang share. Kalau aku yang senget ni jumpa senget jugak, memang sama-sama rebah la.


Aku mahu cinta kita bukan saja sampai tua,

Bukan sampai hujung usia,
bukan juga sampai hujung nyawa,
bukan sampai bila-bila,
tapi biar sampai syurga.


p/s
Masih ramai lelaki yang baik sebenarnya,
bertuah lah siapa yang dah punya lelaki begitu.
;)

11 comments:

Awatif Azizi said...

bila fikir balik kawen nie jadi takot...takot dengan realiti...but, hidup mesti diteruskan.. ;)

nyna amani said...

@Awatif Azizi
Kita ni manusia biasa. Tipu lah tak nak kahwin kan? Doa lah kita dapat yg baik-baik, dan dapat guide kita jadi lebih baik. :)

InsyaAllah.

MizzTina said...

sbb tu la kite bukan je nak suami, tp nk imam utk guide kite bila dh kawen nt.. bsr tanggungjwb lelaki ni..

nyna amani said...

@mizzkechique

Yup, that's true. Totally,.

KAIZEN said...

makasih ya udah balik follow n salam kenal ..

Jannah Latif said...

sape2 yg nak jd menantu bpak aku, bpak aku akn test dulu.. haha hope si dia ready. dh bnyak kali aku pesan. :)

nyna amani said...

@Jannah Latif
Untunglah, sy ni calon pun x ada lagi. haha

Deleted said...

mcm tu pulak ek? huhu alaa insyaallah kak akn jumpa laki yg baik jgk sbb aka kn baik. hehe

btw kak, gambar akak yg latest tu so nice, suci. haha

nyna amani said...

@nurshamila
Akak tak baik sgt pun. Semua orang pernah buat silap kan?

Suci? Haha.. Nice word.

mirachantek said...

aha.

boifren aku sekarang bagus.
tak la alim tapi perkara basic pass la.
selalu suruh aku semayang sume.. tapi not in a bad way.
cam, baik gila la.

sbb dia cam tu la dan dia boleh bimbing aku tu la yang buat aku nak serious je ngan dia.

tak ada dolak dalik.

i think he's a good choice.
so i'm on it ;]

nyna amani said...

@mirachantek

Alhamdulillah. Happy for you. :)