Tiap kali aku ingat, aku mesti tersenyum. :)

I miss SERI. Everything about Seri. Even aku kat situ just untuk dua tahun, banyak sangat kenangan manis. Mungkin TERlalu banyak. Apapun, aku tak pernah menyesal keluar awal. Ada hikmah disebalik apa yang berlaku. Hari tu waktu tidur rumah Azie, dia punggah album lama. Tengok balik pic lama. Tergelak gelak sampai sakit perut. Tudung labuh, baju lengan berkancing. Haha. Macam sekolah agama, tapi bukan. 

Ok now, ready untuk gelak sama-sama dengan aku. Azie baru scan and baru bagi aku petang tadi. 

Form 1. Muka sesuci embun pagi. Wakaka.


Sila jangan tanya siapa yg kena conteng tu. Tanya Azie. Cuba teka aku yang mana. ;p
I miss you Lia! miss you girls!
Lawak gila aku lipat tudung! Bulat macam aku jugak! Lia,Azie and me. Muka baek je kan. In fact, Tuhan je yg tau. Haha
Pick, kau kat mana??

Aku tak pernah lupa kawan-kawan kat Seri. Lepas tukar sekolah, mungkin korang rasa aku macam dah lupa, sebenarnya lansung tidak. Macam mana aku boleh lupa orang yang bagi aku kenangan paling manis. Paling aku ingat, ada one day tu lepas aku pindah sekolah, korang ramai-ramai call aku. Aku angkat je korang nyanyi lagu favourite aku masa kat Seri tu. 'Kau Ilhamku' ramai-ramai. Lagu yang selalu aku nyanyi dalam kelas, dalam bilik air. Rindu nak mandi kat kolah ramai-ramai sambil mengumpat. Haha. Korang sweet sangat. Korang selalu call aku. Bebudak claz 2B2 memang superb!

Amal, yang bagi hadiah waktu birthday, hadiah tu still aku simpan dan still ada dengan aku okeh! Kad-kad raya yang korang post guna Azie and Y-yah pun aku simpan lagi. 


Aku rasa aku sangat bertuah sebab ada korang. Waktu aku frust lah sangat dulu tu, korang yang dah lama aku tak jumpa selalu nasihat aku. Syidah, Kemey, and semua lah.. Thanx korang. Thanx sangat-sangat sebab buat aku rasa sangat dihargai. 

Tadi masa tengok pic lama, ada pic kawan aku. Arwah Imah. Azie tiba-tiba cakap, "Ya Allah Nina, betul ke Imah dah tak de. Macam tak percaya je kan." Al Fatihah. Aku minta maaf sebab tak sempat nak lawat kau masa kau sakit. Semoga rohm dicucuri rahmat.

Arwah Imah dalam bulatan tu. Al Fatihah..


Kau Ilhamku
Beribu bintang dilangit
Kini menghilang
Meraba aku dalam kelam
Rembulan mengambang
Kini makin suram
Pudar ilhamku tanpa arah
Sedetik wajahmu muncul 
Dalam diam
Ada kerdipan ada sinar
Itukah bintang atau rembulan
Terima kasih kuucapkan
Izinkan kumencuri bayangan wajahmu
Izinkan ku mencuri khayalan denganmu
Maafkanlah oh...
Andai lagu ini 
Mengganggu ruangan hidupmu
Kau senyumlah oh...
Sekadar memori
Kita di arena ini
Kau ilhamku
Kau ilhamku...









8 comments:

M Fizan said...

huhu, sedih baca pasal arwah. al-fatihah. memang kenangan manis boleh buat kita senyum semula :)

NZ said...

perghh tudung labuh~ nape muka ada yg conteng

nyna amani said...

@M Fizan
Yup. Memang.. :)

nyna amani said...

@Zakia
Ha, susah tau nak tengok aku pakai tudung labuh.. Ada kes sikit.. Haha

Scha Aryana said...

waa muka baek je ;) Hehee.. rindu kan kenangan2 mcmni :/

Unknown said...

awat muka kena sensored tu ...ada skandal ka hehe

nyna amani said...

@Scha Lalala
rindu sangat-sangat..

nyna amani said...

@TanpaNamaDer
Haha, ada kes sikit zaman sekola dulu..