Ada orang dia sangat lucky dari segi education. Tak banyak masalah dalam hal belajar. Waktu sekolah, straight A's.. Masuk universiti pun senang.
Ada orang dia sangat lucky dalam hal keluarga. Dalam keluarga dialah anak saudara kesayangan, anak kesayangan, cucu kesayangan. Hidup dalam keluarga yang bahagia.
Ada orang pulak dia sangat lucky dalam soal kewangan. Hidup dilimpahi kemewahan sejak dari kecil. Masalah kewangan bukanlah satu isu yang besar.
Ada orang sangat lucky dalam soal cinta. Tak pernah tak dapat lelaki atau perempuan yang mereka suka. Dan dia sangat disayangi si kekasih. Tak perlu takut akan dicurangi.
Ada orang selalu ada sahabat sejati disisi. Susah senang bersama. Dan selalu disenangi orang sekeliling.
Mungkin kamu salah seorang dari si bertuah yang atas.. Mungkin ada lebih. Bersyukurlah kalau begitu. Bila aku rasa susah hati, aku rasa down, aku akan ingat 5 perkara ini. Aku bukan dari keluarga kaya harta, bukan jugak ada otak yang bijaksana. Tapi aku ada keluarga and kawan-kawan yang setia. Dalam hidup aku, sejak dari umur 7 tahun, Allah itu uji aku.
Mak kata masa mengandungkan aku, mak suka tengok cerita Oshin. Aku pun cakap lah, "Padan la akak kena macam-macam kan. Ermm, mana tahu nanti boleh bukak supermarket macam Oshin kan." Hehe..
Orang kata, dugaan tu matangkan hidup kita. Kawan aku hilang ayah, hilang emak. Ya Allah, kuat kan dia. Dia mesti lebih kuat dari aku.
Mungkin ada sesuatu untuk aku. Mungkin ada sesuatu yang Allah ingin hadiahkan pada aku. :)
No comments:
Post a Comment