Tudung bawal kembali.

Sekarang kan tengah famous tudung bawal printed. Aku tersangatlah suka benda alah ni. Dan aku harap fashion ni berlama la sikit. Aku suka pasal senang x payah aku nak iron segala. Terus sauk je. 

Aci tak berlatarbelakangkan sabun basuh?
Aku beli tudung ni lama gila dah. Tadi aku dok blogwalking aku nampak orang jual tudung sebijik macam aku rm15 hengget selai x termasuk postage. Aku rasa kan, diorang ni memang pandai tol bisnes. Kenapa la aku tak de otak bisnes cam diorang. Aku beli tudung ni. Dua helai RM18. Kat jalan TAR. Hehe. Memang la murah kan. Aku kalau pergi sana mesti beli tudung paling kurang dua helai sebab beli banyak dapat murah.

Ha, masa aku pergi tengok pak cik aku kat hospital. Ada sorang nurse ni dari Kelantan. Comel je. Dia cakap, "Lawo tudung kak. Beli mano?" Tapi aku tak sempat nak menyembang pasal aku focus kat pak cik aku. Masa aku pergi solat, jumpa lagi dia. Dok borak-borak. Dia cakap dia susah nak cuti ke apa pergi beli-beli. Sebab tu bila tengok ke tudung aku dia tanpa segan silu tanya je. Then aku cakap, "Tak pe, nanti saya dah balik kolej, saya nak pergi Jalan Tar tu, sy bagi tau. Nak jenis macam mana, nanti saya tolong beli." Ha.. boleh? Padahal aku kenal kat spital tu je. Pastu ada doktor baru sudah solat datang sekali menyembang dengan aku. Dia doktor kan, beli mahal-mahal la. Jenama punya. Tapi dia cakap jugak, tudung bebudak muda pakai ni trend. Sekejap je. Tak payah beli mahal-mahal. Ha, kan?

Sekarang tudung bawal dah jadi trend balek. Aku pun punggah balek la benda alah tu. Memang la aku suka jugak, tapinya kena iron buat aku malas siket. 

Honestly aku rimas pakai fesyen tudung cenggini. Masa pergi kemain la kan. Dah sampai rumah atok aku after pergi spital, dah back tu normal. Mujur tak terbang macam dolu-dolu je.. Hehe..

Aku rindu Jalan TAR la weyy....


p/s:
Perasan tak posing aku sama je? eiy, pelis la,
Konon-konon buat cenggitu nampak kurus lettew..
Puiii...

6 comments:

Zakia said...

hahha..aku dulu tak suka kot yg printed tu sebab macam alas meja..last2 aku pun beli :P

syafiqa@deq-ai said...

haaa bawal2 lama sudah kembali...
i pon keluarkan balek tudung2 printed i yang lama2 ehehehe

nyna amani said...

@ZakiaHaha.. Memang sebijik alas meja. Kadang-kadang aku rasa macam nak buat sendiri je..

nyna amani said...

@syafiqa@deq-ai I tak ada tudung printed yg lama. But tudung bawal yg dulu-dulu tu banyak. Mmg keluarkan balek la.. Hehe

Zakiah Adun said...

jom p jln tar.. jom bisnes.. ;)

nyna amani said...

@Zakiah Adun Jom, jom, jom! :D