3 Jun ini aku ada dua jemputan perkahwinan. Satu, wedding Asri. Senior aku waktu sekolah dulu. Kami pernah rapat jugak dulu. Satu lagi, my classmate, Muniey. Aku pilih untuk pergi wedding Muniey sebab classmate kan.
Hari tu kami berbual di telefon. Dia jemput wedding dia tu. Dia ajak aku tidur rumah dia masa kenduri tu. Kawan aku yang ini bercinta 8 tahun kalau tak silap aku. Dari zaman sekolah. Waktu dia bertunang dulu, aku juga berharap hubungan aku pada waktu itu berjaya seperti dia. Malangnya, ia berakhir selepas 6 tahun.
Berbalik pada Muniey, bila dia ajak tidur rumah dia aku macam, "Bestnya." Best sebab aku memang sangat teringin nak bersama kawan aku pada malam kenduri. Tengok dia pakai inai dan bersiap. Tapi bila difikir, tak kan lah pulak aku nak menyibuk kan. Tiba-tiba je ada kat rumah tu.
Aku memandang perkahwinan satu ikatan yang suci. Dimana seorang lelaki inginkan seorang perempuan dalam hidupnya. Dimana dia bersedia untuk susah dan senang bersama dengan orang yang dia cinta.
Waktu aku mula-mula berpisah dahulu, aku ada satu penyakit. Aku berat hati nak pergi wedding. Aku sepertinya nampak orang yang aku cinta bersanding dengan orang lain. Haha, dungu sungguh. :')
Sekarang, aku sudah pulih sedikit dari dunia gelap itu. Waktu aku bercakap dengan Muniey tempoh hari, dia bercakap dengan sangat gembira. Aku pula yang teruja. Berkali juga dia ulang ajakan itu.
Tiba-tiba aku tak sabar pula tunggu 3 Jun. Aku memikirkan hadiah terbaik untuk dia. Ada idea? :)
2 comments:
tetiba aku baca ni aku pun teruja nak pergi tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii aku ada paperrrrrrr
adui.
kalau aku tunang ko misti datang wajibul gunnah tahu
Haha.. Awak bertunang je? Kawen x nak jemput? Kalau boleh sy nak isi borang jd pengapit. Tp mesti Iha yg dapat kan. Haha.
Post a Comment