Hypotension


Semenjak dua menjak ni aku selalu jadi cam ni. Adik aku da cakap dah, hypotension. Tapi ari tu aku boleh derma darah, maknanya darah aku cukup la kan? Ke lain? Hehe.

Ada satu kali tu aku dok hadap lappy tiba-tiba fon bunyi. Aku bangun terus terjelepok jatuh. Pastu gelap sekejap. Haiss, rasa macam apa je. Kawan aku yang ini (Akmal) kata pasal makan skali. Jangan skip makan katanya. Haha. Memang sekarang aku tak makan sangat. Bukan sebab apa, memang perut cepat je kenyang. Contoh macam hari ni, pagi pergi breakfast dalam pukul 8.30 pagi makan sepinggan nasik kerabu, memang sampai malam la aku tak makan. Teringin bila mak masak macam-macam, tapi aku just rasa macam tu je. Perut rasa tak muat. Tapi happy sebab bila makan pun perut tak naik. Hehehe.

Aku google pasal hypotension ni. Tak ada apa sangat. Kalau pergi klinik pun tak ada ubat. Just dia sarankan kalau nak bangun perlahan-lahan. Benda biasa je.

Tapi jenuh la kan tiap kali aku bangun aku kena berdiri beberapa minit dulu baru boleh bukak mata and stabil. Tambah-tambah kalau aku puasa. Rasa tak larat dan jadi sangat pemalas. Mak aku banyak kali suruh sidai kain, rasa berat je nak bangun.

Sekarang aku dah faham bila orang cakap, badan macam mana tak apa, janji sihat.. Aku sekarang pun bukan kurus sangat, tapi sejak berat turun sikit, rasa macam lain je. Dulu selalu kutuk Nurul kalau dia tak larat angkat apa-apa, sekarang aku pulak jadi macam orang lembik. Eiy, tolong la..

Ha, ni kawan sayang aku comment bila aku upload satu pic tu. Dia ni kurus jugak. Jeles tengok maintain je dari sekolah. Yeah, pesanan dia memang aku akan ingat. Kurus sangat tak elok. Aku pun tak nak kurus sangat. Kurus ada shape tak apa, kalau sekeping macam papan playwood tu?? Ha...

"Berat awak turun mendadak, ingat bagus sangat? Tak elok la.."
Mendadak ke, aku rasa tak. 8 kg in 5 months macam tu. Mendadak ke? Tak kan.. Eleh, macam-macam la diorang ni nak takutkan aku kan..

p/s:
Waktu siang rasa macam  anak tunggal je bila  pepagi keluar breakfast dgn parents. Haha




4 comments:

Liyana Iskandar said...

bgn2 ase mcm nak pitam ke ? sy pn ada gak ase mcm ni, tp ada org ckp maybe tekanan darah rendah bekait dgn corak pemakan jugak.. eqm ! bdn kecik x pe jnji sihat.. :)

nurshamila said...

tulah, tgk pon akak mcm kurus sgt. akak kena makan makanan yg berglukos, baru tak penat. kena rajin mkn ye kak..

nyna amani said...

@Liyana Iskandar
Tu la, kawan saya cakap berkain dengan cara makan. agaknya mmg sebab tu la kot.

Badan macam mana pun x apa, janji sihat. :)

nyna amani said...

@nurshamila
Rajin sangat makan nanti gemok! Haha. Thanx dear. :)