Ada kalanya aku ingin kembali ke masa-masa lalu.
Bila aku terasa begitu, cepat-cepat aku buka satu folder dalam laptop ini.
Aku baca kembali bait-bait perkataan yang 'dia' cakap tentang aku, tentang rasa dia pada aku.
Dan kerana setiap bait itulah, aku tidak mampu maafkan dia.
Dia mungkin lupa, tapi tidak aku.
Bait-bait perkataan itu menghapuskan segala rasa indah yang pernah ada.
Yang tinggal, hanya rasa benci dan meluat yang nyata.
Jika waktu boleh diputar, aku ingin hentikan segala penipuan yang dia cipta untuk aku.
Jika waktu boleh diputar, aku sama sekali tidak mahu kenal dia.
Kepantangan aku, adalah PENIPU.
Sudahlah menipu, menari-nari pula atas air mata aku.
Atas rasa sedihku.
Dan segalanya adalah untuk kebahagiaan aku, katanya.
Kalau begitulah untuk aku bahagia, lebih baik kau mati saja.
Itu lagi buat aku bahagia.
Maaf ahjussi,
Aku tak mampu maafkan dia.
Ada banyak perkara yang engkau belum tahu.
Dan aku tak mahu bercerita.
Aku tak dapat buat seperti yang kau nasihatkan aku.
No comments:
Post a Comment